Wednesday, March 7, 2012

Zaman Hamzah Mengaji

Ingat-ingat balik, masa gua umur darjah satu, mak gua suruh pergi mengaji. Beza antara mengaji dekat kampung dengan mengaji dekat bandar Kolompo ni banyak beb.. Serius banyak. Sekarang ni pula orang tak hantar anak-anak pergi mengaji dah, sekarang budak-budak sekolah ada kelas KAFA ke apa entah yang petang-petang tu..



Permulaan
Permulaan mengaji Quran yang pertama gua adalah dekat rumah Mak Cik Aji. Reason kenapa orang kampung panggil beliau macam tu adalah, dulu-dulu berapa kerat lah sangat yang mampu pergi haji ye dak? Nama beliau sebenar pun gua tak tahu. Hahaha~

Pulut kuning. Ketika mak gua hantar pergi mengaji masa mula-mula, mak buat pulut kuning bagi dekat Mak Cik Aji. Upah-upah guna duit takde beb, ada orang bagi gula, beras, apa yang kau ikhlas kau bagi. Tapi dah macam satu upacara majlis tahlil dah sebab mak gua buat banyak-banyak, semua anak murid buleh makan, buleh tambah. hehe~



Mengaji
Seperti kebiasaan, mak gua hantar sekali aje. Hari-hari lain yakni lepas habis sekolah gua dan kakak dua orang naik basikal pergi mengaji. Jarak perjalanan dia lebih kurang satu batang rokok Nusantara kalau naik kereta. Jauh lah tu,

Tapi budak-budak apa tahu jarak dekat jauh, pergi mengaji ni ibarat pergi main. Mengaji kejap main banyak.. haha





Semangat
Pernah sekali semangat benor nak pergi mengaji, lupa time tu pakai short aje. Tak pasal-pasal kena ceramah pasal aurat. Bukan ke gua tak baligh lagi time ni? harhar~




Ngeri
Perkara paling angker gua rasa time mengaji adalah bila selendang kakak gua terselit masuk dekat rantai motosikal. Celaka betul, leher dia berparut macam orang nak gantung bunuh diri dah time tu. Gua lagi lah, kena tarik sekali. Refleks tertarik kepala katanya. Jelaka betul. haha~




Shortcut
Jarak rumah Makcik Aji sumpah jauh dari gua punya rumah. Kalau basikal rosak ke, tayar pancit ke, tu bukan alasan tak pergi mengaji. Entah kenapa dulu rasa berdosa je kalau tak pergi. Kena pergi jugak beb, wajib pergi bak kata mak.

Kalau jalan kaki, gua lebih suka masuk kawasan sekolah, lepas tu dia boleh keluar ikut belakang. Dari belakang sekolah masuk kawasan rumah orang. Selamba badak aje masuk kawasan rumah orang kampung takdak hal, takdak orang nak marah. Tapi makhluk lain marah.. Jelaka betul...





Habis
nak habiskan satu bijik quran tu punya lah lama beb. Makan masa dua tiga tahun juga, sebab pergi mengaji bukan target nak habis cepat, tapi target nak main. Sekali pergi baru habis satu muka surat, tu tak kira melencong tempat lain pergi main.. hahaha~

Tapi bila dah nak habis, gua rasa bangga gila-gila. Perasaan macam orang grad pun ada. Last day umpama macam hari pertama datang, mak kirim bawak pulut kuning. Makan ramai-ramai meraikan sudah habis baca satu bijik quran.




Sekarang?
Budak darjah tiga pun pandai lepak Pavilion. Jakun ambik gambar dalam jamban pula tu. Jelaka..


Thursday, March 1, 2012

Riuh Di Royal Belum World Drum Festival

Seperti entry lepas, akhirnya Royal Belum World Drum Festival berakhir dengan jayanya. Terima kasih banyak-banyak kepada Kilatan Unggul Events yang jemput terbangtinggitinggi ke acara ini. Oyeah~


Drum Festival ni boleh dikatakan akan menjadi acara tahunan untuk negeri Perak. Dan juga salah satu usaha Tourism Perak untuk menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke Negeri Perak ni.. World Drum Festival ni lagi ohsem bila turut disokong oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzwan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah.


Semua negara yang beraksi pada malam penutup rata-rata mengetengahkan budaya negara masing-masing. Yang paling ohsem malam tu semestinya geng Indonesia, yang bermain gendang guna siku dan kepala.. Perghhhh.. Kiranya idea diaorang memang kreatif, ohsem gila-gila..


Kami juga dibawa ke Royal Belum iaitu hutan simpan yang dekat dengan border Thailand. Dan pengalaman masuk hutan Royal Belum memang takkan dilupakan.. Best sanad-sanad~


Moh kita tengok gambar moh...



ini group dari Japan, perempuan bila main drum serius nampak cool..  





 Penari dari Vietnam, masa diaorang buat persembahan aku tak snap gambar. Eksaited sangat tengok diaorang sampai lupa. haha... Nasib baik duk tepi pentas, habis aje terus ambik gambor.. menggoda betul, wohooo~

Sudah jodoh agaknya.. Jalan-jalan balik hotel tiba-tiba jumpa depa duk jalan ramai-ramai. Terus panggil nak ambik gambar sekali lagi.. facebook pun dah add, sampai sekarang tunggu approval. =.=




Hari kedua, iaitu Hutan Belum, dekat dengan Gerik. Spesifiknya kami pergi Pulau Banding. Naik bot adalah dalam satu jam lebih.. Perghh... Heaven bila angin campur air kena muka masa naik bot..









Gambar diambil oleh blogger paling gojes iaitu Ruby-atul..

Friday, February 24, 2012

Royal Belum World Drum Festival

Hai orang-orang Ipoh dan rakan-rakan yang nak pergi Ipoh..


Sempena tahun melawat Perak, Negeri Perak ada satu festival yang paling awesome pada tahun ni iaitu Royal Belum World Drum Festival. 



dan masuk adalah percuma!!!!!

Dah kenapa gua promote Festival kat Ipoh ni wahai rakan-rakan? 

Sebab GUA AKAN KE IPOH weekend ini untuk festival ni!!!! har har har~ 


program/show untuk hari Sabtu malam 25Feb :
Kumpulan Drum perak
kumpulan penari kebudayaan
kuala lumpur drum corps
white percussion
Dhol Federation
Atenteben usic & Dance Ensemble
Malwa Sabhyacharak Club
Natiq Rhytm group
Absolute Thai
Bonita
Rhytm Masala
Wadaiko Syo
Capoeira Camara
U Ri So Ri

Royal Belum World Drum Festival 2012
Date : 25th February
Time : 8.30pm
Venue : Dataran MBI,Ipoh,perak.
Admission FREE.
Pesanan ini khas daripada Tourism Perak via blog terbangtinggitinggi


p/s: blogger IPOH, jum lepak minum nak? roger-roger lah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...