Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~

Thursday, December 30, 2010

Lurah Dendam

dulu gua pakai spender ada gambar power rangers.. dulu lah, mungkin mak gua mahu memupuk minat gua terhadap perlunya memakai spender..

Sekarang gua tengok kat Danau Kota dah banyak gila jual boxer ada gambar kartun.. spongebob lah, otomen lah, gambar Jesika Albab pun ada.. tapi yang beli ramai orang tua je gua tengok.. kah kah kah..

Gua tengok sekarang ni dah jadi macam fesyen dah.. pakai seluar londeh nampak boxer.. then boxer tu memang unik gila-gila sampai gua tengok ada dekat dua tiga minit..

Lagi bangang bila ada yang tak pakai boxer.. nampak lurah bontot kaler hitam.. oh dem.. itu memang geli.. tak tahu lah kalau ada yang minat lelaki yang nampak lurah bontot kaler hitam.. ada ke? yekss


***
"baju awak terangkat la, nampak lurah bontot", si perempuan berkata..


"tolonglah betulkan", si jejaka menjawab..

see? tak pakai boxer/spender juga salah satu cara untuk eratkan silaturrahim.. hebat kan?


pakai la boxer brader.. lurah bontot lu hitam sangat lah.. tak basuh berak ke apa? arghhh..

Friday, December 24, 2010

Hidup Memang Macam Ni La, Kadang-kadang Best, Kadang-kadang Tak Best

Tengok paper hari ni je cerita pasal budak PMR.. Gua bukak blog ramai yang cerita pasal PMR.. Jadi gua pun nak cakap tahniah kepada yang berjaya dan jangan bersedih kepada yang tak dapat apa korang nak..

rilek-rilek sahaja, hidup memang macam ni la.. kadang-kadang best, kadang-kadang tak best.. Kalau hidup tak best lu kena la usaha sikit untuk jadikan hidup ini best.. ok?

PMR bukan pengukur hidup korang la, kalau result teruk sekalipun korang still ada peluang lagi.. Ramai je orang yang berjaya walaupun sekolah tak tinggi mana..

Nanti kalau korang dah besar macam gajah, manusia takkan tanya berapa A korang dapat time PMR ni.. Manusia takkan tanya berapa A korang dapat dalam SPM.. Manusia hanya akan tengok sama ada lu berjaya dalam hidup ataupun tidak.. tu je..

oyeah.. 


Wednesday, December 22, 2010

Lelaki Dan Rambut Panjang

Masa gua zaman jahiliah dulu-dulu rambut gua boleh dikira panjang juga.. Lepas abis SPM je, gua mula dengan rambut gua yang panjang.. gua ingat boleh la berfesyen macam rock star ke, atau paling bodo pun boleh wat rambut macam budak-budak emo yang tutup mata je tuh..

Tapi masalah gua kalau rambut panjang ni rambut gua bukan panjang ke bawah, tapi panjang ke atas.. ni semua sebab genetik dari bapak gua agaknya.. gua pernah tengok gambar beliau time muda-muda buat style alfro.. kah kah kah.. macam mana la mak gua boleh minat lelaki rambut alfro nih.. har har.. eh, kutuk bapak sendiri pulak.

Kalau gua rambut panjang gua terpaksa suruh kakak gua straightkan rambut gua.. bila dah rebonding hasil tangan kakak gua tu rambut gua seyes shit lagi cantik dari Scha, lagi cantik dari Sabrina Ali, lagi cantik dari Yusry..

Dan bila gua buat rambut hampir botak ni gua rasa seronok juga.. yelah, bangun pagi tak payah pakai minyak rambut, tak macam member gua yang siap buat kuda-kuda lagi time betulkan rambut sebab beliau lagi tinggi dari cermin tu.. macam haramjadah je gua tengok beliau stylekan rambut depan cermin..



ekcelli gua lupa nak mandi time pergi kelas tadi.. ada kuiz dan gua study sungguh-sungguh dari pagi sampai la ke kelas.. punya la semangat gua nak jawab kuiz last-last kuiz cancel.. demmit.. arghhh

okeh, gua nak mandi sekarang

Tuesday, December 21, 2010

Majlis Pra-Tonton Khurafat dan sinopsis Khurafat

Ekcelli, berhubung dengan entry saya yang ada gambar Scha, saya dan rakan-rakan blogger hadir ke Majlis Pra-Tonton Khurafat.. Terima kasih kepada Cik Helena sebab beliau dari pihak Media Prima yang bagi tiket ni.. ye la kan? ke kawan Cik Helena yang Media Prima?

Jadi saya kena buat review la kan? ok ok saya buat..

Sinopsis Khurafat (saya tak tutup mata pun, saya tengok habis walau takut ) :




Johan, lakonan Shamsul Yusuf yang kerja kat hospital baru je kahwin dengan Aisyah lakonan Liyana Jasmey.. Pada mula-mula cerita bapa Johan telah meninggal dunia dan Johan la yang kena jaga mak dan adik perempuan beliau.. 




Dan ada watak Hana lakonan Sabrina Ali.. Hana ni bekas girlfriend kepada Johan.. Dan lepas Johan tinggalkan Hana untuk kahwin dengan Aisyah maka Hana seperti orang gila dan tak dapat berfikir dengan waras dan mula ganggu hidup Johan sekeluarga..




Sejak Johan tinggalkan Hana dan kahwin dengan Aisyah, Johan dan Aisyah kena ganggu dengan syaitan/jin jahat.. Semua orang tertanya-tanya siapa yang buat benda-benda Khurafat ni.. semua orang ingat Hana nak balas dendam dan Hana lah yang hantar setan/jin jahat tu.. Tapi... 






Tapi selepas Hana meninggal akibat beliau dirasuk oleh setan/jin jahat, semua orang bertambah pelik.. Aik?? abih tu sape yang hantar setan nih??? Hana dah mati tapi setan/ jin masih ganggu lagi.. 


dup dup dup (berdebar).. 


Nak tahu siapa dalang disebalik gangguan setan/jin jahat ni maka korang kena tengok cerita ni okeh. har har har

***

Seyesly ketika saya nak tengok cerita ni, saya gelak-gelak juga.. ye la, persepsi terhadap cerita melayu yang membazir duit kalau tengok wayang masih lagi ada dalam kepala saya.. Tapi bila dah tengok saya rasa perghhhh.. memang anak Yusof ni kreatif la kalau buat cerita seram.. seyes tak tipu..

okeh.. mesti korang tak baca sinopsis kat atas tu kan? gua tunjuk gambar lah.. grrrr...

antara bloggers yang hadir pada majlis pra-tonton ni.. 

Yusry ni kalau korang tak kenal .. dan Norman KRU, Raja Azmi pun ada jugak.. bagi sokongan kepada Skop Production mereka ni.. bagus-bagus..

hero yang berlakon Awan Dania tu ada gak.. ntah sape nama, ambik gambar tak tahu nama.. gua kenal dua tiga orang je jadi ambik ngan dua tiga orang pelakon sudah la ye.. kang mak gua tengok gambar ngan Sabrina mampus la.. har har..


Maya Karin pun ado.. tu Ery buat aksi ninja.. sebab tu la muka blur. sampai gua kena efek ninja juga. arghh

pelakon-pelakon filem Khurafat.. Yusof Haslan tu tak berlakon la ye.. cuma beliau big bos Skop Production.. lakonan A.Galak memang seram gila-gila.. seyes takut.




Kena bagi rating ke ha? kalau kena bagi saya bagi 8/10 lah.. terbaik la tu.. kalau tak kena bagi rating nanti gua edit balik kasi buang ini rating okeh?

Memang berbaloi tengok cerita Khurafat ni.. penuh dengan aksi-aksi mendebarkan.. pergh..

sekian terima kasih..

p/s : thanks Cik Helena sebab tiket pra-tonton ni..
p/s : thanks Kak Ina atas gambar-gambar diatas..
p/s : ekcelli Scha memang tinggi dan beliau pakai heels okeh.. hehe

Ku Ingin Terbang Tinggi Di Awan.. | Scha - Awan Dania |


"hai, saya hamzah, terbangtinggitinggi.com"

"boleh awak terbang tinggi di awan macam Awan Dania?"

"cantik reben atas kepala"



laporan penuh untuk gambar ini gua akan cerita sebentar lagi okeh???? har har har...

seyesly Scha gelak har har..

Monday, December 20, 2010

Perempuan 9 Nafsu 1 Akal, Lelaki 9 Akal 1 Nafsu... Betul Ke Teori Ni?

phufffff.. Korang setuju perempuan ada 9 nafsu 1 akal dan lelaki 9 akal 1 nafsu? Orang kata satu akal perempuan boleh kawal sembilan nafsu tapi satu nafsu lelaki dapat kawal sembilan akal.. Korang paham tak apa gua nak cakap ni? grrr...

entry ni berdasarkan dari sini dan sini...
(kalau skrin laptop anda kecil sila tekan 'Ctrl' bersama-sama butang '+')

***


Soalan : Apa perempuan tengok pada lelaki?







***

Soalan : Apa lelaki tengok pada perempuan?




***

See?? Betul la perempuan sembilan nafsu manakala lelaki ada satu nafsu je kan?? Ke tak betul apa gua cerita ni? arghhh...

Punya la banyak apa yang perempuan tengok pada lelaki ni.. last-last lelaki tengok satu benda je pada perempuan.. muka cantik, kasut lawa, tudung panjang lilit-lilit jadah semua tu lelaki tak tengok la? hoho..

moral of the story adalah, kalau anda rasa anda tak hot, tak cukup gedik, tak cantik dan tak mantap anda jangan risau okeh? asalkan anda seorang perempuan sudah.. 

p/s : kadang-kadang gua rasa blog gua ni berinfomasi juga.. har har har

Sunday, December 19, 2010

The Season of the Witch is Here



Seriously guys..  what do you know about witch? really ugly person? smelly? zooming around on her broomstick? can live forever and ever? 

Naaahhhh.. 

let me tell you 'something' about witch and what scares me the most about her..

 First, they really hot.. super dupper hot.. hey, witches sholud be super hot so people will fall for her. Arghh.. pretty people really scares me ok.. 
wanna know the secret behind all of this? 


eat human's brain?? 


She got the power of love.. and she can control anyone to do anything.. 


Oh god.. how come people didn't know about this?


errr.. wait a second witch.. how come your face looks like hanis zalikha huh?




p/s : if Hanis Zalikha didn't kill me her fans will... 

Saturday, December 18, 2010

Nuffnang Dan Celcom Bagi Blackberry Torch.. Gua Senyum Sahaja

setelah sebulan gua menunggu.. Setelah banyak caci maki dan kata-kata perlian yang dilemparkan kepada gua.. akhirnya..

Blackberry Torch ada di tangan gua.. har har har...

Sudubesi di kiri, pemenang minggu kedua contest Celcom Blackberry


Dan gua boleh update blog guna Torch.. cool gila..

Tenkiu Kak Sumi sebab tumpangkan gua dan Sudubesi ke ofis Nuffnang.. dan gua jumpa Phreak-id kat ofis Nuffnang.. Tak sempat jumpa Liyana Lunia sebab beliau sesat.. kah kah kah.. KL pun boleh sesat. 

Tak sampai 24jam gua guna Blacberry Torch,



syukur.. rezeki Tuhan bagi.. 

Monday, December 13, 2010

Menangis Dalam Kegembiraan

"Mat, pinjam laptop sejam dua, gua nak online jap", gua berkata-kata..

"erm.. jap-jap.. gua nak tengok facebook jap", member gua berkata..

haram.. sampai tetido gua tunggu.. bangsat sungguh harapan yang diberi oleh beliau.. demmit..

"mat, gua nak pinam pc jap.. nak online register subjek", gua berkata-kata dengan berhemah..

"ok.."

*empat lima minit lepas tu*

"dah siap? lama gak eh",

bangsat.. tak payah nak perli lah.. demmit..

Patut la ramai orang cakap hidup ni umpama roda bulat.. kejap kat atas kejap duduk kat bawah.. Tapi bagi gua hidup gua umpama roda segi empat tepat.. kalau lu duduk bawah bermakna lu akan duduk bawah.. melainkan lu tukar roda bentuk segi empat itu..

argh.. bila la duit nak masuk ni.. monitor monitor monitor monitor..


p/s : lu semua paham kan ?

Saturday, December 11, 2010

Apa Perasaan Perempuan Bila Tengok Lelaki

Okeh.. kalau lelaki tengok perempuan mesti la perkara pertama mereka tengok adalah tetek.. jangan buat bangang sebab gua dah buat kajian kat entry ni.. ramai je mengaku.. grrrr

Tapi kadang-kadang gua terpikir juga.. first sekali perempuan tengok apa pada lelaki ni??

Tengok body taf ke?

Tengok baju smart-smart ke?

Tengok muka hensem ke?

Atau sekadar tengok sahaja dan takde perasaan langsung.. arghhh...

Sebab semalam gua ada meeting. then ketika kawan gua membentangkan usul dan idea beliau, perempuan yang gua tengok gedik-gedik terus cakap gaya ala-ala bergosip.. kejadahnya minah ni.. orang datang nak meeting je tapi pakai baju macam nak pergi KLCC.. gua syak ada yang comolot lepas meeting tu.. grrr..

oh, gua dah kelaut.. jadi persoalan sekarang adalah.. pada pandangan mata kamu sebagai perempuan, kamu tengok apa pada lelaki????

(lelaki gay jangan jawab, grr)

Friday, December 10, 2010

Dalam Bas Balik Kampung

dah kul 4.30 petang rupanya.. Menatam mana la curi gua punya LCD.. tak pasal-pasal gua update blog lambat sebab pinjam laptop member.. grrr..

Hari tu ketika gua naik bas nak balik KL, gua duduk sebelah perempuan.. ya, perempuan.. dan gua lebih suka duduk tepi perempuan sebenarnya.. kenapa? sebab lelaki kebanyakannya busuk dan tido buas..

Mesti korang ingat gua seronok duduk tepi permpuan kan? mesti korang ingat gua stim kan? mesti korang ingat gua mintak phone number perempuan tu kan?

Ceh..

perempuan tu dah ada anak la.. siap anak beliau tendang-tendang gua lagi.. apa salah gua? mana suami akak ni? kenapa akak ni naik bas dengan anak kecik beliau???? apesal gua kena duk situ? oh dem..

Paling best bila akak tu dengan selamba bagi susu badan kepada anak beliau.. dengan kata lain beliau mentetek.. alahai.. besar sungguh dugaan orang perempuan ni eh..

Sebabkan gua baik dan berhati mulia gua tak tengok tetek beliau.. seyes gua tak tengok.. hehe


Thursday, December 9, 2010

Gua Rasa Nak Pukul Orang, Nak Sepak Orang, Nak Potong Conec Mamat tuh.. grrr

arghhh...

hari ni first day gua kat hostel dan first day kat KL ni.. sampai sekarang gua benci dengan KL.. semua jenis manusia ada kat sini.. grrr...

Masuk je bilik tadi gua rasa panass.. manusia mana la curi LCD pc gua ni. Nak gua mencarut dalam blog jugak ke? argh.. dah puas gua mencarut dari tadi..

jadah apa curi LCD? CPU harga ribu-ribu ni taknak curi.. nak tengok blue guna LCD besar ke? grrrr.. panas panas.. macam mana la gua nak online.. macam mana la gua nak buat assingment..

"kitaorang tak boleh wat pape dik, dah nak ilang nak buat camne", akak ofis tu cakap ketika gua buat report kat ofis tadi..

grrr... bukan nak suruh gua selawat ke, istifar ke apa.. mende la mung ni kak.. gua lepuk atas dahi kang.. siap duk main facebook lagi.. arghhh...

tenang hamzah.. tenang.. semua yang berlaku ada hikmahnya.. (memujuk diri sendiri)



gambar LCD 20 inci ketika entry bulan pose hari tu.. sebijik je gambar ko ada hamzah??? arghhh..

Wednesday, December 8, 2010

Lelaki Perlu Hensem Kacak Bergaya Ke?

"Dude.. Lu punya muka bapak buruk sial.. macam gampang je gua tengok", kata teman baik gua..

***
Grrr.. gua syak mamat ni jeles sebab beliau tak sehensem gua.. kah kah..

Bagi gua lelaki tak perlu hensem sangat.. Memang la perempuan akan tengok lelaki hensem terlebih dahulu sebelum memandang gua ni, tapi bagi gua kehenseman tidak perlu bagi seorang lelaki.. (*saje ambik hati readers yang tak hensem)

Apa paling penting bagi lelaki??

1) Duit
2) Tenaga batin yang kuat

Dengan duit lu boleh jadi hensem.. Percaya tak apa gua cakap ni? Dan jika lu ada kereta besar, semestinya ramai perempuan akan dekat dengan lu.. gua sendiri jeles juga kepada lelaki yang ada kereta mahal-mahal ni.. entah-entah keje driver ke kan? Lantak lu lah, janji bergaya

Tenaga batin yang kuat.. oh dem.. Itu semua lelaki perlu ada.. Apa guna lu ada duit juta-juta kalau tak dapat puaskan nafsu serakah seorang bini? bila bini tak beranak lu kahwin lain.. macam haram perangai.. grr

gadis-gadis yang belum kawin kadang-kadang kompius sama ada boyfriend mereka itu punya tenaga batin yang kuat atau tidak.. takkan nak test romen dahulu baru kawin kan? lu gila? ada caranya.. nanti gua cerita entry lain.. har har har..

Dan gua rasa lelaki kacak ni bukan pilihan perempuan.. contoh terdekat video comolot KLCC yang top hari tu.. tengok lelaki dalam video tu.. LOL??? muka macam mamat ni pun ada jugak orang nak cium? cium lama pulak tu.. apakejadah? kalau gua gay sekali pun gua taknak cium mamat KLCC tu.. dem dem..

erm..

baik hati, kuat iman, dan lain-lain itu gua taknak komen apa-apa.. lu sudah besar gajah boleh pikir sendiri.. grr..


ini Ayam.. Beliau ada duit dan tenaga batin yang agak kuat.. nama pun ayam.. see the leg la

Tuesday, December 7, 2010

Hidup Ini Terlalu Indah (header dan layout baru!! yay!!)

Ingatan jika lu terlupa.. Hidup ini memang indah..



Lebih indah jika dapat dinikmati bersama-sama..




Okeh, gua memang tak reti nak jiwang-jiwang.. demmit.. empat lima kali juga gua preview entry ni.. grr..


kalau lu semua perasan, blog ni dah bertukar wajah.. apa pendapat korang pasal layout, header, banner baru gua ni??? semua ini hasil kerja Ayam Ayeem

Ayam kata tahun baru benda lain pun kena la baru.. ke guane Ayang? Apa pendapat korang pasal benda baru ni?? bagi pendapat sikit boleh?? Ayam nak dengar..

Sunday, December 5, 2010

Hari Ahad Hari Orang Gila

Berhubung dengan perkara diatas yang takde kaitan dengan apa gua nak bagitau.. arghhh...

Sebenarnya gua dalam dilema nih..

gua balik KL 8hb ni.. yay!! Tapi masalah sekarang adalah gua tak patut balik KL lagi.. argh.. apesal la bengap sangat gua pergi beli tiket bas awal-awal..

Jadi gua akan keseorangan selama 2 3 hari lamanya di kolej gua bersama-sama makcik cleaners.. Gua harap tak ada apa akan berlaku antara gua dan makcik makcik cleaner tersebut.. Ye lah, kalau lelaki dan perempuan makhluk ketiga adalah syaiton nirojim.. ye tak?

ok gua tahu gua dah melalut... demmit.. grrr


Nak pergi New Zealand klik sini

Saturday, December 4, 2010

Giveaway Domain dari Sumijelly & Sekilass

Kepada Kak Sumi & Cik Nopa.. Ini entry khas untuk lu orang.. grrr..


Kak Sumi telah memaksa gua untuk join dan seterusnya mempromosikan GA ni.. Jadi gua nak bagitau bahawa korang berpeluang memenangi:


Pertama : Domain baru @ diperbaharui + 15 keping FOOT DETOX
Kedua : Domain baru @ diperbaharui + 10 keping FOOT DETOX
Ketiga : Domain baru @ diperbaharui + 5 keping FOOT DETOX


Harga domain adalah RM31.60 daripada netkl.net... Jadi macam mana nak menang??


  • Buat entry bertajuk “Giveaway Domain dari Sumijelly & Sekilass 
  • Jangan lupa letak BANNER dalam entry
  • Tulis kenapa anda ingin DOMAIN itu? Kalu dah ada domain sila bagi tahu, bila domain korang akan tamat?
  • Tag 3 orang jer
  • Tinggalkan link di BLOG SEKILASS (wajib)

  • Pemenang dikira berdasarkan cabutan BERTUAH! (nombor akan diberi selepas link diberi)

senang je.. ni cabutan bertuah okeh.. jangan duk pikir pikir sangat sebab rezeki kita tak tahu kan? Apa tunggu lagi, masuk je la GA ni.. tak rugi pun kalau lu join.. har har har


Friday, December 3, 2010

Bahagiakah Kahwin Awal

Rakan-rakan yang dikasihi sekalian.. Semalam malam jumaat dan hari ni hari jumaat.. Semalam gua tengok TV9 program Semanis Kurma.. Topik yang dibincangkan cukup hebat.. Bahagiakah Kahwin Awal.

Klik sini kalau Nak tambang murah pergi New Zealand!

erm..

Gua teringat kawan gua bernama John (bukan nama sebenar sangat).. Beliau ada kekasih.. mereka sama umur dengan gua di kolej.. Dan mereka berdua plan nak kahwin.. Nak kahwin ketika belajar ataupun kahwin awal..

okeh, maybe cerita gua ni bosan tapi lu semua sila baca kejap.. dah nak sampai klimaks dah.. gua citer pendek je ni..

dan mak bapak kepada John dan kekasih beliau tak setuju.. ye lah, muda-muda kerja pun takde kahwin jadah apa kan? Jadi John dan aweknya buat benda bangang.. Korang pikir tak apa gua pikir sekarang?

Yup.. memang betul apa korang pikir tu (*gua bajet korang pikir)

mereka melakukan hubungan luar nikah.. atau bahasa kasarnya seks.

So apa kaitan antara Semanis Kurma dengan cerita kawan gua bernama John? Mengikut apa yang gua tengok semalam ada banyak kaitannya..

Mengikut ustazah dalam rancangan tersebut, kalau terjadi perkara sebegini iaitu anak-anak mahu kahwin awal maka tindakan yang perlu dilakukan adalah berbincang dengan cara berhemah.. Ya gua tahu gua bukan pakar dalam hal ni.. Begitu juga lu semua gua pasti bukan pakar sangat dalam hal ni..

Sebab itu kalau lu sebagai ibu bapa harus cuba dengar apa anak katakan.. jangan cepat marah-marah tak tentu pasal.. Dan lu sebagai anak haruslah respek mak ayah lu.. Dan kalau mak ayah tak reti dan berbincang dengan cara berhemah maka rujuk lah pakar-pakar.. tanya pakar kaunseling atau orang-orang yang lebih tahu..

see? korang dapat tangkap tak kaitan antara Semanis Kurma dengan John?

erm.. gua pun tak pasti apesal gua cerita pasal ni.. argh..

ni kiranya first ceramah la kan.. ke bukan?

Thursday, December 2, 2010

Boyfren Kakak Gua

Kadang-kadang gua tengok beliau ni bangang juga.. Kakak gua suruh beli mekdi beliau beli, suruh beli tudung beliau beli, suruh beli kepci dan piza pun beli jugop.. bangang tak?

Okeh.. maybe lu orang perempuan akan rasa "wah, untung ada boyfren macam tuh duit tak kedekut".. Tapi bagi gua kaum lelaki ni akan rasa tindakan beliau agak tak menggunakan akal..

Kakak gua tu bukan bini beliau pun.. Bab jodoh kawin nikah cerai ni bukan boleh kita control tak? tapi kalau hari-hari bagi hadiah memang nampak ke-control-an itu berhasil gamaknya.. argh..

Kadang-kadang gua pun tumpang sekaki.. time teman kakak gua shopping hari tu sempat juga gua selit boxer dua tiga bijik.. tak termasuk lagi minyak rambut dan minyak wangi yang harga 60hinggit tuh.. oh dem.. mampus lu lah.. bukan duit gua, siapa suruh lu minat kakak gua.. har har har..

Ini layanan belum kawin.. kalau dah kawin gua rasa tak merasa la benda-benda materialistik nih.. argh.. Kadang-kadang gua rasa macam terima rasuah pula.. Berdosa ambik rasuah kan??

arghhh.. grrr..

Wednesday, December 1, 2010

Lu Nak Jadi Apa Huh!! grrrr...

Dah bulan Disember eh? sungguh cepat masa berlalu.. Rupanya dah 5 bulan lamanya gua tulis entry berturut-turut tanpa miss walau sehari.. apesal la gua tulis blog ni.. argh...

Coding dan photoshop sampai sekarang gua tak pandai.. Orang lain buat tutorial gua malas nak belajar.. Kalau ada masalah coding gua terus report dengan Kila.. Kila lah yang buat header, Kila lah yang buat banner, Kila lah yang ejas coding.. grrr

Apesal Kila yang kena? Sebab dia kawan yang baik.. har har har.. 
(bukan sebab free tak payah bayar)

Ramai lagi blogger lain yang tolong tapi banyak datang dari Kila lah.. Pastu Kak Sumi.. Kak Sumi ni yang tolong beli dan ejas domain terbangtinggitinggi.com ni.. gua selalu jugak gosip dengan kak Sumi.. Beliau siap guna phone opis lagi sebab nak bergosip.. ayooo.. rosak kerajaan

Intan  dan Liyana ada jugak tolong sikit-sikit.. Tapi paling banyak Kila lah.. Background blog pun gua suruh Kila ejas.. betapa malasnya gua nak belajar.. arghhh...

Hari tu gua suruh Ayam ajar buat lukisan guna flash.. bila gua tengok gua terus tutup.. gila babi punya susah tutorial.. tukar background pun gua tak reti ada hati nak main flash.. Ayam, lu tolong buat kartun flash boleh? tolong = free

arghhhh..

oh dem.. apa yang gua reti pasal blogging ni ???? ejas gambar menjadi besar dan melukis guna paint.. tu je gua reti.. 

=(

gua sedih


Elmo cakap same dengan muka gua.. dem dem..

Tuesday, November 30, 2010

Hubungan Genius Dan Berak

mak gua cakap gua ni antara anak beliau yang pandai la.. Tapi beliau tak cakap depan-depan nanti adik gua yang lain jeles pulak.. dan gua pasti mak gua cakap perkara yang serupa kat lapan lagi adik beradik gua.. heh.. patut la tak cakap depan-depan kan? har har har..

Tapi ada benarnya cakap mak gua tu.. bukti gua genius adalah gua ingat dengan jelas apa yang berlaku ketika gua umur 3 tahun.. hebat tak?

Masa gua umur 3 tahun, kakak gua umur 4 tahun.. kitaorang macam kembar lah.. makan sekali, tidur sekali kadang-kadang berak sekali..

Nak tahu macam mana berak sekali??


genius tak mak gua? gua pun genius jugak kan? kakak gua genius jugak kan?

arghhhh.. grrrr..

Saturday, November 27, 2010

Jodoh Aku Dia Kamu

Benda ni berlaku depan mata gua sendiri.. seyes gua tak tipu.. tak caya meh datang kampung gua.

Semua orang tahu sekarang cuti sekolah dan ramai la nak kahwin kan.. so mood orang kahwin tak habis lagi.. Tapi bukan gua nak cerita pasal orang kawin.. tapi pasal orang tak jadi kahwin..

Kalau drama hindustan 3 idiot tu gua tengok elok-elok nak kahwin terus lari last minute sebab perempuan tu minat kat Amir Khan.. Kalau drama-drama omputih pun sama, boleh lari last-last minute dan cancel kahwin..

Argh..

Dan benda ni terjadi kepada jiran gua sendiri.. beliau tak jadi kahwin saat-saat akhir.. Lembu dan sembelih.. orang kampung dah ramai makan-makan.. tok kadi pun dah ada.. kiranya semua dah ada la.. yang tak ada cuma pengantin lelaki.. pengantin lelaki tak sampai-sampai kat rumah pengantin perempuan..

Sebab apa tak jadi kahwin gua tak pasti lagi. Tapi yang pasti bukan sebab kematian atau kemalangan.. dengar cerita pengantin lelaki yang cancel.. bukan hantar wakil pihak lelaki untuk cancel tapi just guna phone untuk cancel wedding.. seyesly gua tekejut.. family diaorang malu sangat-sangat.. duit dah habis ribu-ribu tunggu nak akad nikah je.. grrr..

dan gua dengar macam-macam cerita dan macam-macam versi dari mulut-mulut busuk.. lelaki tu menipu lah.. perempuan dah kena tebuk lah.. kena santau lah..

alahai..

Lu sendiri boleh agak moral of the story kan??

Friday, November 26, 2010

Perasan Anti

Lol.. seyesly gua sakit.. gua rasa gua ni kolejsick..orang lain homesick tapi gua rindu kolej gua sangat-sangat.. rupanya dah seminggu dua hari gua berada di rumah gua ni..

kat rumah ni hari-hari gua bangun lambat, makan nasik, tido balik.. Ceh, macam kat kolej gua bangun awal je.. arghh

semalam gua main basikal adik gua.. oh dem, entah berapa tahun gua tidak mengayuh basikal.. itu basikal gua dan sekarang adik gua ambil alih.. bilik gua pun sama ibarat adik gua yang punya.. barang-barang peribadi gua sebagai seorang lelaki seperti majalah dan vcd dewasa entah kemana.. argh...

bila gua main basikal tiba-tiba teringat sesuatu.. basikal ni la yang hampir-hampir pecahkan telor gua suatu ketika dahulu.. kalau jatuh mesti kena palang kat tengah tu.. demmit.. sakit lu jangan cerita la.. lebih sakit dari bersunat.. seyes gua cakap.. sebab tu kalau ada orang nak rogol lu kena sepak telor okeh..

Dah lama tak naik basikal ni bontot gua jadi sakit bila duk lama-lama.. dem dem..



Dah la.. gua rindu kolej gua.. dah macam menumpang kat umah sendiri pun ada.. grrr


Thursday, November 25, 2010

hamzah dan imaginasi part5




Yay!! video comolot kita dah 40juta orang tengok.. lepas ni gambar cium bontot pulak.. baru la pecah punggung..

Best tak dating dengan nabill? dapat comolot dia?

Lepas potong conec bapak gua cakap gua dah boleh kahwin.. yay!! jom kahwin.


Gua rasa pakwe lu paling kacak sebab beliau banyak bulu.. 

kenapa tutup mata malam pertama eh? Siap lari lagi keluar dari bilik

Nampak 'alat'? pastu macam mana layanan suami? 

Kau cakap kau suka kencing berdiri bersama suami.. Semua perempuan suka buat macam tu eh?

Kau pulak macam mana malam pertama?

Kau pulak Tim? kalau cakap sakit jugak gua lempang free.. grrr

Dem.. baik tak payah kawin kalau semua sakit, geli.. argh. camne gua nak kawin ni?

Ye ke tak semua perempuan camtu? Ada yang jenis lain ke?



the chronicles of Hamzah Ian... har har har

Lariiiiiikkkkk...

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...