duit raya pun ada kadar jugak okeh?? mari tengok syarat-syarat untuk bagi duit raya.
- berkemampuan
- ada lebihan harta
- sudah bekerja
- tidak lagi menumpang dengan mak ayah
kadar untuk bagi duit raya adalah seperti berikut:
- Bayi hingga tadika RM 50
- budak tak sekolah RM 10
- budah sekolah darjah1 hingga 6 RM 5
- budak sekolah form1 hingga 3 RM 1
- budak sekolah form4 hingga 6 RM 10
- pelajar kolej RM 100
- penganggur RM 1
dan saya termasuk kategori pelajar kolej... kenapa kena bagi duit raya?? mesti korang cakap "alah, bukan anak aku nak bagi duit banyak-banyak".. tanggapan anda salah okeh.. sebab utama adalah untuk bagi semangat kepada orang-orang muda untuk berjaya seperti anda.. hehe.. kalau anak sendiri tu bagi la duit lebih sikit okeh..
bagi duit raya ni juga bukan semestinya kena datang raya kat umah je.. transfer masuk akaun pun boleh.. kuih raya pulak jangan yang best korang simpan kat dapur.. biskut kering letak kat luar.. itu bukan raya namanya.. kesian la anak-anak muda makan biskut timbang je.. hehe
renung-renungkan dan selamat bagi duit raya!!!
(p/s; perkara ini hanya anggaran sahaja, tak payah ikut pun takpe, hehe~ )