Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~

Thursday, September 30, 2010

Makan Makan Makan

Semalam gua ke danau jalan-jalan makan angin. Singgah kejap kedai Red Chair yang jual shisha tu.. Gua dan rakan-rakan subahat suruh brader tu letak semua perisa. Brader tu cakap gua gila. Jadi gua suruh letak 3 perisa je. 

Secara kasar dekat 6 bulan jugak gua tak bershisha ni.. campur pulak dengan bulan puasa jadi aktiviti keluar malam agak terhad. 

sssssssruupp... gua isap sekali.. tarik nafas kasi dalam-dalam, kalau boleh taknak oksigen masuk nak asap shisa je dalam paru-paru.. Member subahat suruh gua hisap tanpa henti.. Gua yang selalu ingin mencuba sesuatu yang baru terus setuju. Gua hisap dan hembus tanpa berhenti untuk oksigen dan gua teruskan kira-kira 4 hingga 5 sedutan.. 
Dan hasilnya amat celaka sekali.. Masuk je sedutan ke-6 gua muntah. Dem.. Semua orang gelak. Owner Red Chair datang marah-marah. Dem dem..

Gua teruskan muntahan sampai habis.. Char kuew teow yang gua makan tadi penuh atas lantai.. Eh, baru gua tahu gua makan kunyah tak habis.. har har har.. 

Wednesday, September 29, 2010

Perlu Ke Pendidikan Sex?

gua rasa ini bukan entry lucah.. perlu ke pendidikan seks?

Sebelum tu gua nak tanya, dari mana korang belajar tentang sex? Siapa yang perkenalkan sex kat korang semua. Tipu la kalau nak cakap lu tido lepas tu tiba-tiba dapat hidayah dan esok terus tahu semua ilmu tentang sex.. grr..

Seyes ni gua tanya, dari mana korang belajar pasal seks? Kebanyakan yang baca blog gua ramai lagi yang tak kahwin.. Dan ramai juga yang belum pergi kursus kahwin.. Kat kursus kahwin diaorang ajar macam mana nak buat sex kan?

Jadi sebelum korang pergi kursus kawin gua agak ramai yang dah tahu apa itu sex, apa itu tetek dan conec, apa itu hubungan 2 hala, apa itu melancap, apa itu penggunan timun dan terung.. apakejadah kaitan timun dan terung nih??? argh..

jadi dari mana korang tahu semua benda ni? Dari mana?

Dari mana gua tahu semua benda ni??? mesti korang nak tahu kan? Gua belum kawin lagi, kursus kawin lagi la tak pernah pergi. Nak cakap gua belajar dari kelas agama memang sah-sah la gua tipu..

"manusia memang ada perasaan ingin tahu yang tinggi" itu prinsip yang gua aplikasikan dalam kehidupan.

kalau ada pendidikan seks kat sekolah-sekolah korang pasti ke budak-budak tak bereksperimen dengan ilmu pendidikan sex ni? Kalau gua zaman sekolah eksperimen bedah katak, balik rumah gua ambik katak dan operate guna pisau lipat. seyes gua tak tipu.. Abis tu kalau budak-budak yang belajar pasal pendidikaan sex ni agak-agak diaorang balik rumah terus buat eksperimen seks ke?

Gua cakap pasal benda ni sebab semalam gua dapat flyers "Sex Education : How Far Is The Need And Reasonableness" daripada seorang brader time gua jalan nak pergi kelas.

perlu ke pendidikan seks ni kat sekolah-sekolah? kalau takde pendidikan seks gerenti la budak-budak yang berperasaan ingin tahu yang kuat akan search guna google dan taip perkataan "seks".. Dan gerenti la diaorang tengok cerita lucah lepas tu.

Tiba-tiba gua teringat kat adik gua yang darjah satu.. Beliau tanya "orang beranak keluar ikut punggung kan?"

argh.. nak jawab salah, tak jawab salah.. dem dem..

Lelaki Cantik Perempuan Kacak

ho ho ho hoyeah... (iklan horlick)

Gua tengok perempuan cantik tadi. seyes cun.. gua tak tipu.. Jadi gua nak tanya korang semua.. Kenapa kita suka tengok orang yang lebih cantik, menarik? 

Bagi gua semua orang nakkan perhatian. betul tak? Ke tak betul? Kenapa lu pakai mekap? laki pakai minyak rambut? Tipu la kalau lu cakap nak lebih berkeyakinan untuk menghadapi hari-hari mendatang.. itu semua alasan masa jawab soalan karangan spm je.. argh..

Bila korang beli mekap apa perasaan korang time tuh? Maksud gua perasaan ketika mahu membeli alat hiasan nih? Sebab mekap tu akan buat korang nampak cantik cun melecun kan? Jadi takde la jakun sangat orang lain pakai mekap kita tak pakai betul tak? 

Orang cakap kalau dah cantik tak payah pakai mekap pun takpe. Pakai baju buruk pun nampak cantik.. argh.. Dalam 10 orang gua jumpa hari ni, sorang je gua tengok cun.. yang lain hanya la cuba untuk menjadi cun.. termasuklah gua sendiri.. grr..

Tipu la kalau niat korang beli mekap tu nak suruh suami tengok.. Kalau gua ada bini pun gua tak nak bini gua pakai mekap. gila apa nak cium bini tapi muka penuh bedak, ada gincu, rantai kat tengkuk.. ciss.. tak ghairah langsung.. 

Abis yang tak kawin lagi apekejadah pakai cun-cun?? Kepuasan diri sendiri kawan perempuan gua cakap..

apekejadah gua pakai levi's ori hari-hari? baju nike ori, minyak rambut mahal macam gampang.. Jawapan gua, kepuasan diri gua sendiri.. Lebih berkeyakinan mengadap orang ramai.. Dan juga nak riak takbur kat orang lain.. ceh, jawapan same je.. har har har


Tuesday, September 28, 2010

Hamzah dan imaginasi part3




Ciri-ciri lelaki idaman anda?

Ko  layan cerita lucah tak?

Kenapa ko suka tengok penis orang lain?

Apa pendapat ko tentang lelaki gay?

Ko nak apa untuk hadiah birthday?

Apakah petua akak untuk panjang umur?

Suami ko sedih, nape tak layan dia?

Nape ko suka raba tetek aku?

Siapa yang kamu paling sayang?

har har har..

Perempuan Cantik

Keyboard gua buat hal atau PC gua yang tolol.. Gua cuba untuk menaip dan bila ditekan-tekan keyboard gua tak bagi respond.. dem

Gua cuba bukak word dan text untuk cuba menaip tapi gagal akhirnya.. gua ingatkan blogspot yang problem tapi nampaknya keyboard gua sudah dimamah usia walaupun gua baru beli tahun lepas.. argh..

Gua ke katil roomate dan gua ambik keyboard beliau yang digunakan untuk bermain game.. Perasaan sayu menyelubungi hati bila gua nampak boxer gua disampahkan dicelah-celah kehidupan beliau yang hitam.. Selamat tinggal boxer, jasamu untuk menutup lurah bontot gua ketika seluar terlondeh amat gua hargai sampai ke akhir hayat..

Gua bukak facebook.. Gua tengok ada yang komen kenapa gambar gua tidak berganti selari dengan peredaran masa.. Kenapa? Sebab gua bukan lelaki kacak yang suka bergambar sambil mata melihat ke arah lain. Tapi gua bukan anti mereka yang suka bergambar.. gua suka tengok gambar korang yang cantik.. seyes gua tak tipu.

Hati gua masih sakit.. Setiap kelas gua pergi hari ni gua cuma datang sign dan gua balik. Gua tahu mak ayah gua suruh datang belajar tapi.. argh..

Gua balik dan buang keyboard gua.. Habis madu sepah dibuang. Itu lah kehidupan.. Jangan berpura-pura baik, dan jangan berpura-pura sayang. Buat apa simpan kalau sudah tidak sayang? 

paham apa gua cakap?

Menangis Dengan Cool

Hidup kena ceria.. Kalau sedih jangan malu untuk menangis. 

Biasa la kalau ada masalah dalam kehidupan.. Kalau takde masalah bukan kehidupan namanya.. 

hidup juga perlukan pengorbanan.. Tidak kira la pengorbanan itu orang lain sedar atau tidak.. tidak kira la orang ingat atau tidak.. 

Lain orang lain masalah, lain kehidupan.. Kalau masalah semua orang sama apa gunanya muka berbeza-beza? apa gunanya ibu dan ayah lain rupa? apa gunanya lelaki dan perempuan?

Kalau hari-hari ketawa memang nampak seronok.. Tapi dalam hati orang lain takkan tahu apa kita rasa.. Semua orang ingat kita happy dan semua orang ingat kita suka dan gembira.. Tapi pahitnya kita seorang yang rasa..

Luahkan yang pahit dan tanya mereka.. Nak ke kongsi benda pahit dan penuh dengan air liur ni? Mesti la mereka taknak.. Kenapa tanya mereka? Ibu dan ayah kan ada.. kalau ibu dan ayah ada mereka takkan tunggu kita telan. Cepat-cepat mereka keluarkan dari mulut. Tak payah kongsi mereka telan semuanya.





 Hidup tak selalu best. Kalau hari-hari best itu bukan kehidupan..

Hidup juga bukan selalu sedih.. Kalau hari-hari sedih itu bukan kehidupan..

Monday, September 27, 2010

Cinta Itu Dari Mata Turun Ke ?

Orang kata cinta dari mata turun ke hati..

Tapi member gua cakap cinta itu dari mata turun ke conec.. Memang celaka ayat beliau.. Nak je gua sepak laju-laju lepas tu sepak beliau celah kangkang.. argh..

Member gua sebenarnya perempuan okeh.. Dan sekali lagi gua nak cakap ni bukan entry lucah cuma meluahkan apa yang ada dihati semata-mata.. (ayat macam haram kan?)

"apekejadah ko cakap macam tu ha?", gua tanya beliau.. beliau cuma duduk kat belakang gua dalam kelas ni..

"entah la.. aku tengok semua laki sama je.. takde beza apa pun.. semua laki kalau tak tengok tetek diaorang tengok bontot aku.. ", beliau cakap lagi ibarat dalam kelas ni takde orang.. dem..

eh.. bukan gua dah buat ke entry pasal ni kat entry lelaki mana tak suka tetek?? apesal gua cakap lagi ni??

sebab gua gila..

gua tak gila okeh..
Sebenarnya kawan-kawan gua yang dirahmati sekalian, bukan semua cinta lelaki jatuh terus ke bahagian conec ye.. ade yang jatuh ke hati terlebih dahulu sebelum jatuh ke tempat lain.. contohnya gua.. har har har har..

Sunday, September 26, 2010

SENARAI PESERTA CONTEST GUA TAHU ITU SIAPA

  1. http://rock-buttons.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  2. http://www.katakila.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  3. http://nadineibrahim.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  4. http://ayuerobin.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  5. http://nurulchumel.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa-contest.html
  6. http://hatidipijakpijak.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-tu-siapa-lu-tahu-tak-hamzah.html
  7. http://shalizasyasya.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa-contest.html
  8. http://sararawks.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  9. http://liyalicious.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  10. http://www.ciklilyputih.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa-contest.html
  11. http://taipsitipikal.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  12. http://antaramimpidanrealiti.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  13. http://camtaek-ei.blogspot.com/2010/09/gwa-tau-da-saper.html
  14. http://sunsweetz-miszsunsweetz.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  15. http://inizonsaya.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  16. http://fifyhuruhara.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  17. http://www.daydeck86.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa-contest.html
  18. http://akuanakcikbob.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa-contest.html
  19. http://mia-erova.blogspot.com/2010/09/contest-gua-tahu-itu-siapa.html
  20. http://unadin.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  21. http://tiefazatie.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  22. http://gardisareyou.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa-contest.html
  23. http://emymilia.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa-contest.html
  24. http://nurnuha-syakila.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  25. http://eiralovechess.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  26. http://mr-curly-keli.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  27. http://imadesolution.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  28. http://blekros.blogspot.com/2010/09/gua-tau-itu-siapa-contest.html
  29. http://sepatulakasutpink.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  30. http://cikpia.blogspot.com/2010/09/gua-tau-itu-siapa.html
  31. http://halieydabiakswk.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  32. http://asitisplease.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  33. http://kesayangankepunyaan.blogspot.com/index.html#4412293995740756576
  34. http://momoelovepet.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  35. http://pickuchi.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  36. http://prince-kais.blogspot.com/2010/09/contestgua-tahu-itu-siapa.html
  37. http://ohninie.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  38. http://jue-meluvu.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  39. http://beautifulgirl84.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  40. http://anewexpressionofme.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa-boleh-sesaja-tambah.html
  41. http://halieisa.blogspot.com/2010/09/contest-gua-tahu-itu-siapa.html
  42. http://itissmile.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapacontest.html
  43. http://liyachentaungu.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa-contest.html
  44. http://sekilass.com/2010/09/24/gua-tahu-itu-siapa/
  45. http://duniaimanis.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa-contest.html
  46. http://pitliymila.blogspot.com/2010/09/hmm.html
  47. http://hikayatcikzqa.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  48. http://rockyonefly.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa-contest.html
  49. http://najwaqaseh.blogspot.com/2010/09/gua-tau-itu-siapa-c0ntest.html
  50. http://chaxchaer.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa-contest.html
  51. http://emymilia.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa-contest.html
  52. http://thebluekiller.blogspot.com/2010/09/gua-tau-itu-siapa-contest.html
  53. http://rinastories.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  54.  http://sneakershighheels.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  55. http://blog-budak-johor.blogspot.com/2010/09/gua-tau-itu-siape-contest.html
  56. http://sumijelly.com/2010/09/27/gua-tahu-itu-siapa-contest/
  57. http://asitisplease.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html#comments
  58. http://anato1608.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  59. http://syafiqahezamshah.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa-contest.html
  60. http://sparklemaneh.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa-contest.html
  61. http://lulu-pages.blogspot.com/2010/09/contest-gua-tau-itu-siapa.html
  62. http://juanyuan.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  63. http://sitifaiznur.blogspot.com/2010/09/misteri-sungguh.html
  64. http://shafaaliaa.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa-contest.html
  65. http://mummymujid-chocolatetarik.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  66. http://fuckinfren.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-la-lu-sape.html
  67. http://www.intanurulfateha.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  68. http://www.chearmster.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa-hamzah-punya-contest.html
  69. http://nasi-kerabu.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html 
  70. http://ctliyana86.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html
  71. http://owlkieranaa.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa-contest.html 
  72. http://www.ciklinn.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa.html 
  73. http://fatinlovefaiq.blogspot.com/2010/09/gua-tahu-itu-siapa-contest.html
  74. http://memanipulasikanotaksendiri.blogspot.com/2010/10/gua-tahu-itu-siapa-contest.html
  75. http://chentashayang.blogspot.com/2010/10/gua-tahu-itu-siapa-contest.html 
  76. http://fadzforfun.blogspot.com/2010/10/contest-gua-tahu-itu-siapa.html
  77. http://bilaakumenaip.blogspot.com/2010/10/gua-tahu-itu-siapa.html
  78. http://www.biskutsarkas.com/2010/10/boleh-aku-tukar-nama-contest-tu-gua-tak.html
  79. http://hoyehhoyeh.blogspot.com/2010/10/gua-tahu-itu-siapa.html
  80. http://sophisticatedgirllife.blogspot.com/2010/10/gua-tahu-itu-siapa.html
  81. http://risingsunawakenmoon.blogspot.com/2010/10/gua-tahu-itu-siapa.html

Saturday, September 25, 2010

Seluar Oh Seluar

Semalam gua pergi beli seluar baru.. Beli seluar pun kena cakap kat blog ke? mampus ah.. ada isi tersirat nih..

last gua beli seluar kalau tak silap sebelum bulan puasa hari tu.. Jadi dengan semangat yang tinggi gua ke butik Levi's.. Terus gua pergi kat seluar yang gua nak. Lelaki kalau nak beli apa-apa terus je beli takde nak tengok-tengok 2 3 jam last-last tak jadi beli (saje bagi perempuan panas).. Yakin dan tawaduk bak kata budak tabligh.

"Kak, bagi saiz 36 seluar ni", gua cakap dengan lembut dan sopan..

"Ok dik",

Lepas gua dapat je seluar saiz 36 gua terus masuk fitting room dan test.. aik? tak padan? gile ah..

"kak, bagi saiz kecik sikit", gua cakap lagi..

"Ok dik", kakak tu terus lari dan berlari mencari saiz kecik sikit..

"Takde la dik saiz kecik sikit.. kecik banyak ada la..", beliau cakap dengan nada kecewa..

"Saiz apa ada?", gua tanya lagi

"33"

gua try dan tiba-tiba muat pulak.. bukan ketat okeh.. seyes muat.. gua tekan function kalkulator kat phone dan kira..
(Pout / ρ) + (V2out / 2) + gzout = (Pin / ρ) + (V2in/ 2) + gzin + hL
 Pout = 3

ini bermakna 3 kilo berat gua turun lepas puasa.

macam mana gua dapat equation ni jangan tanya.

Thursday, September 23, 2010

Nafsu Menguasai Diri

Hari ni gua puasa enam.. perlu ke gua cakap gua puasa enam?? mesti la perlu ingat gua ni tak pergi kelas agama ke?? har har har..

"menatang berok", mulut gua tiba-tiba berkata-kata tanpa disuruh bila kaki gua tersepak selipar bertaburan kat luar bilik.. argh.. nasib baik tak mencarut dan nasib baik gua sebut nama binatang je.. kah kah kah..

jadi gua  teruskan misi untuk berpuasa enam.. Ceh.. baru start sehari dah masuk blog.. apa la lu hamzah..

Lepas siap-siap gua ke kelas. Gua tengok ramai pakai baju kurung. oh bagus betul la budak-budak ni.. lagi bagus baju kurung transparent.. wah, coli merah.. wah, coli hitam.. wah, takde coli.. argh..

cepat-cepat gua tanya member gua yang selalu berkupiah atas kepala.

"batal ke puasa gua hari ni? tadi gua tengok coli merah, hitam dan takde coli", gua tanya dengan nada slow. takut orang lain dengar gua sebut coli.

"tak batal tapi kurang sikit pahala.. saya rasa lah..", member gua cakap siap bersaya-saya lagi..

gua tanpa ucap terima kasih terus blah.. member gua yang berkupiah ni kalau layan lama-lama nanti beliau bagi dalil, hadis dan sebagainya.. bukan taknak dengar, tapi gua cuma perlukan jawapan yang ringkas dan tepat dari beliau.. har har har..

hari ni memang kelas full sampai pukul 5 petang.. jadi dengan perasaan marah, lapar, gersang, gua naik motosikal dan terus ke dewan.. Ada apa kat dewan?? Jamuan Hari Raya

gua masuk dan terus makan.. tiba-tiba gua jumpa member yang pakai kupiah tadi..

"Bukan puasa enam ke pagi tadi?"

gambar takde kaitan

Wednesday, September 22, 2010

ini adalah sticky post. sila ke bawah untuk entry terbaru

"GUA TAHU ITU SIAPA" CONTEST 



Hadiah-hadiah:
1.Pertama : Duit RM30 dan juga Domain (dua-dua gua bagi)
2.Kedua : Duit RM20 atau Domain (pilihan nak domain atau nak duit, satu je okeh)
3.Ketiga : Topup RM10 
4.Cabutan bertuah untuk semua perserta iaitu belanja makan area KL.. ( Dua peserta sahaja)




Syarat-syarat:
  1. Disebelah kanan gua ada orang misteri dan beliau melakukan sesuatu. Anda perlu meneka siapa orang misteri itu dan apa yang beliau buat dalam gambar tersebut.
  2. Buat satu entry dalam blog anda sendiri bertajuk "GUA TAHU ITU SIAPA" dan bagi jawapan anda. Jawapan hendaklah ringkas. 
  3. Entri anda perlu ada link http://www.terbangtinggitinggi.com/ dan juga gambar ini.
  4. Terbuka kepada semua blogger warganegara Malaysia tidak kira follower atau bukan follower
  5. Bila dah siap semuanya tinggalkan permalink entry anda dibahagian komen.
  6. Kalau ramai yang dapat teka dengan tepat peserta paling awal dan teka dengan tepat dapat hadiah.
  7. Tag 3 kawan blogger dan pastikan diaorang tahu anda tag. 
  8. Tarikh tutup 14 Oktober 2010. Keputusan pemenang diumumkan 15 Oktober 2010 di blog ini.. Hadiah akan diberi sebelum 16 Oktober 2010. 
  9. Kalau boleh copy coding banner ni dan letak di sidebar blog anda. Taknak letak pun takpe gua tak marah.  
  10.     
  11. 1 blog 1 jawapan sahaja. Contoh jawapan " gua rasa tu mak hamzah tengah makan kuih".. Dan jawapan yang tak diterima adalah seperti " gua rasa tu mak atau abang atau adik hamzah.. dan diaorang makan nasik, makan kuih , korek hidung" .. maknanya tekaan anda hendaklah 1 sahaja dan 1 perbuatan sahaja.       


p/s :Kalau pemenang tu dah ada domain gua akan ganti dengan duit.. gua akan beli domain untuk pemenang daripada http://netkl.com/ . Bukan netkl.com yang sponsor okeh. Pemenang CABUTAN BERTUAH gua akan belanja makan area KL sahaja. Kalau area lain gua ganti dengan duit topup. paham tak ni?? letih gua taip panjang-panjang.. 

grrr..

Gua Menang RM200 Duit Raya

sebelum tu gua nak suruh lu tekan BLOG NI.. jadikan pengajaran kepada semua perempuan jangan main YM dengan orang tak kenal..

Berbalik kepada tajuk, gua menang duit raya daripada KAK SUMIJELLY dan hadiah duit raya itu adalah RM200 sahaja.. Tadi gua chek akaun bank dan nampaknya duit belum masuk lagi.. Agaknya beliau sibuk dengan urusan duniawi dan telah melupakan gua sebagai pemenang.

gua malas nak citer banyak ok.. entry ni just penghargaan kepada Kak Sumi sebab bagi gua duit raya RM200 tadi. tidak sia-sia gua menulis satu entry dan masuk contest yang beliau anjurkan..

gua tahu entri ni takde perkataan lucah dan mengarut sebab gua anggap Kak Sumi sebagai sugarmummy.. takkan la time penghargaan gua nak melucah jugak kan?  mampus gua kalau husband Sumijelly baca.. kah kah kah..

Ini Kak Sumijelly.. beliau sangat cun dan ada 3 orang anak lelaki.. Mungkin tahun depan bertambah lagi anak beliau hendaknya.. ~~Amin~~

Gua Bukan Superman

pagi tadi gua bangun pagi.. Dan macam biasa pagi tadi adalah 11.16 tengahari. Gua rasa puas bila bangun lewat macam gampang nih.

Lagi seronok bila gua tengok bilik gua takde orang pun dan gua pastikan betul-betul sebelum kantoi dengan roomate gua. Gua panggil nama beliau sekali.. oh, takde jawapan. Gua panggil nama beliau 2 kali.. oh memang sah takde dalam bilik. Aktiviti gua akan dijalankan dengan jayanya nanti.

Gua bangun ambik tuala putih gua.. tuala gua memang kaler putih sebab gua malas nak basuh. Gua remdam kloroks je tiap-tiap hujung minggu.. Lepas 3 minggu tuala gua dah reput pastu gua beli tuala lain. Harga tuala murah je RM15 hinggit kat giant. Mampus ah lu nak cakap gua kaya ke hape sebab beli tuala banyak-banyak. Sebab tu rasanya badan gua putih mulus rasanya. Takde jangkitan kuman dari tuala lama-lama..

Gua pergi mandi kat toilet sebelah bilik. Memang takde orang pun. Adakah patut gua cerita cara gua mandi? Zaman sekarang semua orang mandi bogel kan? kah kah kah kah.. mati la gua lepas ni.

Lepas gua mandi gua kesat-kesat dan dengan separuh bogel gua keluar dari toilet.. Gua on pc lepas tu gua tulis entry ni.. Lepas tu gua ingat nak berak jadi gua berenti kejap dan gua tekan publish post.

sekian terima kasih.

Tuesday, September 21, 2010

Berak

Seyesly entri ni gua tulis lepas berak.. Mampus ah lu nak cakap gua pengotor ke hape. Takkan lu tak pernah berak kan? gua rasa semua orang suka berak.. har har har..

Tahu tak gua duk kat hostel? jadi macam biasa tempat berak hostel adalah perkongsian gua dan rakan-rakan seperjuangan untuk mencapai cita-cita yang lebih tinggi..

argh.. (bukan bunyi berak)

toilet dengan bilik gua sangat-sangat dekat. gua flush jamban pun roomate gua boleh dengar.. roomate gua berak sembelit pun gua boleh dengar.. seyes gua tak tipu..

time gua berak tadi tiba-tiba makcik cleaner masuk.. Gua yang tengah berak jadi takut gila. seyes gua takut kena rogol. gua masih suci..

"ada orang tak? makcik nak basuh jamban ni", makcik tu sound sebelum masuk jamban..

"ada makcik!! jap-jap!!", gua balas balik.. aktiviti gua untuk berak cancel sebab makcik cleaner nak basuh jamban.. gua basuh berak okeh.. ingat gua tak basuh ke?? grr..

bila gua keluar je jamban dengan keadaan separuh bogel makcik cleaner tiba-tiba ada depan pintu dan beliau cakap..

"wow"

Monday, September 20, 2010

Hidup

Hidup tak selalu best.. Kalau nak best tiap-tiap hari meamng tak boleh.. Sebab itu gua gunakan dynamo.. lebih kuat mencuci.. argh.. gua mengarut dah..

Ada orang suka ada orang tak suka.. Bagi yang tak suka gua tak tahu nak buat apa.. Mungkin hidup korang terlalu seronok, mungkin juga terlalu sedih agaknya.. Mak gua cakap, "dalam dunia ni takde apa yang free" kalau dapat free itu la rezeki namanya.

Kalau hari-hari kita sedih apa kita dapat? Cuba pikir secara positif ataupun tak payah pikir langsung pasal bende-bende yang ganggu korang.

Korang mesti nak cakap, "Ko tahu cakap je, ko tak tahu perasaan aku macam mana. Ko tak rasa apa aku rasa.. cakap boleh la tapi habuk takde"

seyesly memang gua tak paham apa pun.. tapi apa gua paham hidup kena hepi, kalau tak hepi kawan-kawan kan ada diaorang boleh tolong. Kalau takde kawan korang boleh main miskol.. seyes main miskol best gila.. gua hari-hari buat tak kira la gua main tekan je nombor tu.. entah-entah tu nombor perdana menteri memang mati la gua pasni.. har har har..

kalau tak berani jugak try korang tengok cerita 'annoying orange' kat youtube.. seyesly memang best. sampai sekarang gua tak habis lagi tengok. kawan itu penting dalam hidup. jangan sebab benda remeh temeh, bende kecik kita nak lupa kawan.. argh..

dan juga gua rasa semua orang boleh buat baik.. walaupun orang tu gila trafik, gila duit nuff, atau buat entri rage kutuk-kutuk orang lain tapi dalam hati kita tetap sama.. semua orang boleh jadi baik..

selamat hari lahir hamzah ian.. maaf zahir dan batin..

Sunday, September 19, 2010

Bye-bye Rumah

"Nanti blajar betul-betul, jangan asyik jalan-jalan.. Makan kena jaga, tido biar cukup", mak gua berkata-kata..

"Alah.. dia tau la pikir mak.. dah besar gajah takkan tak tau lagi..", kakak gua dari jauh sound.. mesti beliau jeles. gua dah agak.. padan muka lu kak..

"Kalau mak tak cakap saper lagi nak cakap?", mak gua balas balik.. Agak betul point mak gua bagi.. Kalau gua tak dengar cakap mak gua nak dengar cakap saper lagi? Mak lu? gile hape gua bukan kenal pun.. kah kah kah..

"Ok mak", gua balas dengan dua perkataan.. dua perkataan sudah cukup bagi gua.. ingat nak nangis tapi gua tahu tangisan akan membawa padah..

"tiket dah ada?", mak gua cakap lagi..

"ada mak"

"baju sejuk?", mak tanya lagi..

"ada mak"

"kasut?"

"ada mak",

"Mak, semua dah ada la tu.. Budak ni dah 5tahun duk KL tuh.. tengok cara dia cakap dah tau bukan budak kampung dah.. tapi budak KL", kakak gua perli lagi.. nak je gua sumpah jadi katak tapi gua tau sumpahan gua takkan menjadi.. argh..

Bila lu baca entri ni gua dah ada dalam bas, argh.. seyes gua sedih.. nampaknya tahun depan la gua balik kampung ni lagi.. bye-bye rumah.. Hi hi KL..

Ingatku dalam doamu mak.. gua benci lu wahai Kuala Lumpur.

Saturday, September 18, 2010

Kehidupan

Orang kata hidup tak selalu best. Kalau nak best je memang tak boleh.. 

Ada orang tanya apa rahsia gua selalu hepi go laki, dan gua jawab rahsianya adalah kepala otak lu sendiri. Beliau terus lempang gua laju-laju sebab beliau adalah mak gua.. seyes gua tipu.


tiba-tiba kurasakan something.. apa gua merepek ni.. Nak jiwang tapi gua tak reti la pulak.. argh..

Friday, September 17, 2010

Raya Ke Lapan

Oh dem.. Bila la gua nak stop beraya ni.. Bila la gua nak start puasa 6 ni.. argh..

Tadi time semayang jumaat selipar croc gua telah dirogol oleh budak-budak sampai bogel.. Nak je gua jerit kat masjid tadi siape rogol selipar croc gua..

Kalau budak tu curi selipar gua takpe lagi, gua ok je sebab gua boleh curi selipar orang lain.. masalah sekarang budak tu curi button yang ada kat selipar croc tu.. Lu tahu button yang orang letak banyak-banyak kat selipar croc?

Button tu adik gua yang bagi.. Adik gua lima orang.. Sorang pakat beli dua button. Lu bayangkan la banyak mana button tu ada kat selipar croc gua. argh.. takkan nak suruh adik gua beli lagi kan? dah la mahal macam haram button selipar.. grr..



okess.. konklusinya gua baru balik beraya.. gua pun tak paham apa kaitan croc dengan raya ke lapan nih..
mampus ah takde kaitan pun.. har har har..

Thursday, September 16, 2010

Raya Ke Tujuh

Rasanya ni la last gua beraya dan raya hari ni takde gambar sebab gua hanya pergi rumah jiran buat open house..
Kalau beliau tak buat open house memang haram la gua nak pergi rumah jiran sebelah. argh..

Korang pun ada jiran kan? so, paham-paham je la perangai jiran macam mana.. Campur pulak dengan perangai gua memang takkan masuk dan memang takkan aman gua rasa..

Tapi macam biasa ucapan 'maaf zahir dan batin' hanya di bibir mulut gua saje.. besok gua nak sekat longkang rumah jiran.. Ade ke patut hari tu gua jumpa kepala ayam dalam longkang? wtf?

apekejadah buang kepala ayam dalam longkang? sah-sah kepala ayam tu masuk longkang rumah gua pastu siap bau-bau macam haram kan? argh.. gua dah kutuk jiran la pulak.. ayoo... abaikan je.. sori2..

Ramai yang minat baju merah untuk entri semalam .. entah korang minat ataupun tiru je komen sebelumnya itu gua tak pasti.. Dan ini gambar budak baju merah terkangkang.. gua syak baru lepas bersunat dan beliau tengah stim.. kah kah kah..


skali lagi.. mana satu muka gua? saper puji baju merah lagi gua lempang laju-laju.. kah kah kah

Wednesday, September 15, 2010

Raya Ke Enam

oyeah oyeah oyeah..

sekarang telah masuk raya ke enam.. dan ini bermakna gua beraya selama enam hari berturut-turut. Siapa duduk rumah tengok tv tak raya gua hanya tumpang simpati.. meh datang rumah gua.. rumah gua hari-hari orang datang sebab rumah cun gila-gila sebab cat baru.. seyes gua tipu..


ni bukan rumah gua okeh.. Tuan rumah nama beliau Afidah Akmal Johari.. korang boleh search kat facebook jap lagi..

Seyes ni entry boring kan? just letak gambar je buat apa.. argh.. Mampus ah, gua tak tau nak update pasal apa dowh.. grr..

Saper tau mana satu muka gua???

Tuesday, September 14, 2010

Raya Kelima

Korang beraya tak hari ke-5 ni?? dan seyesly raya ni la paling best gua rasa sebab gadis yang gua minat datang beraya kat umah gua tadi..

Nak je gua lompat-lompat tapi takut mak gua cakap gila pulak.. argh.. 

Beliau datang sorang okeh? Dan seyesly beliau memang cun.. Lagi cun, lagi putih, lagi gebu dari lisa surihani.. seyes gua tak tipu.. 

Kenapa beliau datang sorang? Mesti korang ingat ni perempuan ni gedik nak mampus kan? Mesti korang ingat perempuan ni tak tau malu kan?

Sebenarnya gua larikan beliau dari rumah kawan gua dan bawak pergi rumah gua.. Hebat tak? Idea memang bangang tapi beliau raya kat rumah gua ada la dalam 2 3 jam siap tolong mak gua masak.

Lepas makan gua hantar balik dengan gaya gentel-man..

Dah lima hari gua beraya.. Dan lima hari ni gua beraya dengan best.. 

Lelaki Jahat Perempuan Bodoh

"Lelaki melayu semua jahat", mak gua cakap macam ni.. Gua pun terkejut jugak bila mak gua tiba-tiba emo.. Nak je gua tanya gua ni bukan melayu ke? kang kena penampor pulak dari beliau.. argh..

"Lelaki melayu ni sikit je yang baik.. Yang haprak memang bersepah!", gua jadi lega bila mak gua cakap macam ni.. maybe beliau tengok muka gua yang mintak penjelasan nih..

"Ingat lepas kawin semua setel? Ingat lepas kawin bahagia macam drama tv ke? haram la kalau ko perempuan pikir macam tu..", kakak gua yang duduk terkangkang pulak yang kena.. Nasib ko la kak..

"Lelaki ni sebelum kawin je baik, bagi hadiah macam-macam, tolong kalau susah, cakap bunga-bunga.. Lepas kawin? Haaaraaaaaammmm..", mak gua cakap lagi... kali ni dengan nada yang panjang.. nak je gua gelak tapi bila pikir ni situasi yang seyes gua diam je dan buat muka seyes macam orang gila..

"Dan perempuan tu bodoh sebab percayakan lelaki..", mak gua akhiri khutbah beliau dengan nasihat kepada perempuan..

owh.. ada surat khabar kat depan beliau rupanya.. tapi betul jugak apa yang mak gua cakap kan?

Monday, September 13, 2010

hamzah dan imaginasi part 2

perangai mak mertua ko macam mana?

ko dah jumpa mak mertua Kila?

ko jiran mak mertua Kila kan? Macam mana perangai dia?

ko nak suruh aku buat apa dengan mertua ko ni Kila?

Aku rasa Kila intai aku mandi pagi tadi.. argh..

Kila pakai coli kaler purple.. seyes tak tipu..

aku dah rebonding bulu ketiak lurus macam rambut Kila

ko rasa ketiak aku macam mana lepas kena tebas?

apa perasaan ko kalau tengok ketiak aku?

orang kata tengok porn sampai 30kali bahayakan kesihatan..


Syida.. i rasa i suka kat u..

Part 1 disini.. gurau je kawan2..hahaha..
lariiiiiiikk
Enhanced by Zemanta

Sunday, September 12, 2010

Orang Gila Beraya

Semalam gua beraya kat umah kawan kampung sebelah.. ciss, punya la jauh rumah mamat ni sampai 10 lagu raya gua dengar rasanya... argh..

sampai je kat satu selekoh ni ada kereta kancil depan gua.. Rasa nak potong tapi sebab member call jadi gua hanya follow kat belakang.. 

dan sesungguhnya driver kereta kancil ni memang celake... bawak kereta terhuyung -hayang macam orang gila.. Ingatkan ada lubang ke ape jadi gua ikut la ke kiri kanan tuh.. dan kereta kat belakang gua pulak ikut same pergi ke kiri ke kanan.. har har har.. bongokss..

Jadi senang citer gua potong je la.. gua bukak tingkap sebelah kiri sebab nak sound mamat ni.. 

dan tiba-tiba je gua rasa macam haram bila seorang perempuan tiba-tiba bangun dari riba mamat tu sambil buat muka malu-malu.. cissssss... 

tahun depan gerenti ada kes buang bayi lagi.. dunia-dunia..

Saturday, September 11, 2010

2 Syawal hamzah ian

"makcik, nak duit raya", gua dengan berani mati mintak..

"huh? aku ingatkan budak mana tadi.. ko besar macam gajah nak duit raya?", makcik perli pastu gelak macam orang gila.. argh..

gua besar sangat ke ha? apesal cepat sangat gua membesar ni?? dulu-dulu gua ingat duit raya gua dapat ada la 2 3 ratus.. sekarang haram la duit raya.. nasib baik gua bijak bawak anak sekali.. har har har..

kalau raya umah yang gua tak kenal memang gua mintak duit sampai dapat. kalau tak bagi gua makan kuih sampai tinggal habuk.. seyes ni gua tak tipu.. argh.. bestnya jadi budak-budak kan? main mercun tak kena marah, sepak anak jiran tak kena marah, curi rambutan tak kena marah.. tipu la tak kena marah kan? tapi biasa la budak-budak lagi jadi kalau kena marah esoknya orang dah tak ingat dah.. 

dan yang paling tak best raya tahun ni semua saudara gua ada anak.. apakejadah la semua pakat beranak ni? upacara beromen berjemaah ke apa? memang gerenti kena bagi duit raya la kan? tapi macam biasa gua bagi seringgit.. kalau yang adik beradik ramai gua bagi seringgit pastu suruh kongsi.. hoho..


selamat main mercun..

1 Syawal hamzah ian

hoi!!! apakejadah la gua update blog time raya kan?? kah kah kah.. ni cerita semalam..

"hamzah!!! bangun pergi smayang raya!!!", mak gua jerit dari dapur..

"jap2!! 5minit more!!", gua cakap dalam hati.. maybe mak dengar sebab beliau adalah mak kandung gua..

dan disebabkan '5minit more' tu la gua rasa macam terpinggir pagi raya ni.. gua rasa macam berdosa pulak.. argh.. kenapa la gua tak bangun pergi semayang raya pagi tadi.. kan raya setahun sekali.. entah tahun depan gua hidup entah mati.. argh..

dan mak gua? beliau ke kubur arwah atuk dan meninggalkan gua sorang-sorang.. rasa sedih jangan cakap la. tiba-tiba gua rasa gua ni anak angkat pulak..

Dan raya kali ni gua raya umah nenek.. dan ini anak gua.. nenek yang jaga.. ramai tak tau gua ada anak kan?


selamat hari raya semua.. maaf zahir dan batin dari hamzah ian

Friday, September 10, 2010

Ucapan Hari Raya

Saya hamzah ian mengucapkan selamat hari raya kepada semua blogger yang datang ke blog ini. Diharap raya tahun ini disambut dengan meriah ok?

Kepada yang berada diluar negara diharap bersabar menyambut hari kemenangan ini tanpa orang tersayang dan diharap ceria selalu..

Selamat Hari Raya!! Jangan tak main mercun... Kalau tak main hilang la satu nikmat raya betul tak? hehe..


Thursday, September 9, 2010

Lisa Surihani Cium hamzah ian

pergh.. korang caya tak ni?? tak caya?? Lisa bagi video selamat hari raya kat gua dowh.. terharu rasanya Lisa buat macam ni.. sob2..

Lisa cakap beliau selalu jugak baca blog ni.. tapi silent reader je la.. kang kalau beliau komen banyak-banyak nanti korang kacau pulak.. grr..



korang tengok tak ??  video ni lisa cium gua kan? pergh.. dekat 150 juta kali gua tengok.. harap-harap tak mimpi pelik-pelik la malam ni..

dah banyak entri pasal lisa dalam blog ni, jadi gua jemput lisa datang beraya kat umah.. kan rumah gua bercat baru.. =)

p/s: lisa surihani.. gua seyes ni..

Wednesday, September 8, 2010

Raya Hari Jumaat Oi!!

dah tengok berita kan?? raya hari jumaat dowh.. har har har.. dan ini bermakna gua ada esok untuk mengecat apa yang tak abis lagi.. cisss..nasib baik raya hari jumaat.. kah kah kah

dan ada jugak yang bangang iaitu mereka ajaran sesat yang dah beraya pagi tadi.. apa ke bongok la diaorang beraya time orang lain tak raya lagi? bukan boleh pergi beraya umah jiran pun.. nak dapat duit raya lagi la tak boleh sebab orang lain pose lagi.. yang hairannya diaorang tu raya tengok anak bulan bila dan kat mana? tengok celah kangkang ?

okess.. cakap banyak hapa pun tak guna.. sekali lagi gua nak cakap saper yang raya umah gua pastu tak puji cat umah baru ni memang gua halau.. kah kah kah..

selamat hari raya semua.. esok puasa lagi..

Rahsia Remaja



"tu la, sekarang baru nak menyesal.. nasi dah jadi bubur"

"adik janji adik akan bertanggungjawab", lelaki tu cakap..


apakejadah video ni?? saper upload ni ha!!
tiba-tiba kurasakan something( ayat bro eq)... hoho

Tuesday, September 7, 2010

Baju Raya Ku Koyak Celah Kangkang

argh!! argh!! argh!!
apekejadah ah ah ah ni?? beromen ke hape hamzah?? 

grr..

baju melayu gua koyak celah kangkang.. bongok punya baju melayu.. raya lagi 2 3 hari baru sekarang nak koyak.. ciss

"ko pakai je la samping tuh.. apa ke pandai otak ko", mak gua berkata-kata..

"mak weh, kalau saya pakai jugak nanti nak pergi beraya kena duduk atas sofa... kan duduk atas sofa kena mengkangkang..", gua agak bijak berkata-kata

"jangan duduk atas sofa, pergi umah orang duduk je atas lantai tu", mak gua balas balik

huh?? duduk atas lantai mak??? lantai?? lantai??


"mak buat lawak ke mak?", gua tanya lagi.. sejak bila la mak gua pandai buat lawak ni.. ayooo

"bak sini seluar ko tu", gua ambik seluar pastu bagi mak..

"nak kata ko ada bini ko tak kawin lagi.. nak kata ko pergi masjid hari-hari, kalau aku tak suruh ko tak pergi.. ko buat apa sampai koyak celah kangkang ni??", mak cakap dan cuba menjahit guna kuasa tangan..

"ko pergi masuk bilik pastu ambik duit mak", mak gua cakap dan letak seluar

"nape mak?"

"besok ko pergi beli baju melayu baru", mak cakap dengan nada paling slow..
ngeh ngeh ngeh.. 

Monday, September 6, 2010

Nuff!! tenkiu tenkiu

just quick update okeh sebab ni entri ke-200.. gua baru sedar bahawa 4 hb 9 2010 dah lama lepas. Jadi ini bermakna dah 2 bulan 2 hari gua blogging setiap hari dan tak pernah miss update gua rasa.. hari-hari nak rasa update je... ciss.. entri ntah pape gua tulis.. kah kah kah..

dan selama 2 bulan 2 hari gua join nuffnang gua dah dapat BE kedua.. pergh.. baru 2 BE dah kecoh lu hamzah.. apa benda la.. bukan apa, gua tulis entri ni untuk peringatan kemudian hari je.. gua bukan ada diari ke hape, buku lejar lagi la takde.. setiausaha seksi-seksi lagi la takde.. grr.. apa benda la gua mencarut banyak-banyak ni..

ni BE ke dua untuk blog gua.. ok la tu, bukan banyak pun duit. saje je nuff nak ambik hati gua ni.. ciss


Disebabkan ni entri ke-200 gua nak ucapkan terima kasih sebab datang blog hingusan ni.. korang suka hingus eyh? dan juga terima kasih yang suka mengkritik, mengutuk kat FB gua.. sebab korang brani tunjuk muka kat FB jadi gua terima seadanya kelemahan gua.. sob2..

dengan duit ni gua nak beli aiskrim stroberi.. tapi kampung gua takde mekdi la pulak.. argh..

p/s: bukan jumlah sebenar

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...