gua gaduh dengan adik gua bernama Siti. entah macam mana tiba-tiba gua cakap bahawa Siti mak gua jumpe dalam jamban.. gua siap tunjuk bukti lagi dalam paper entah zaman bile yang berlambak kat rak kasut tu.. Biasa la berita buang bayi kan banyak..
Siti darjah satu okeh.. nasib ko la siti saper suruh jadik adik gua,, har har har.
dan petang tu mak gua suruh pergi beli kuih kat kedai makcik mana entah dan gua cakap tak kenal jalan sebab gua ni perantau yang balik beraya je.. Mak gua dengan muka bengis suruh jugak beli kuih tu dan beliau suruh Siti temankan gua cari kedai makcik kuih.. grr..
"comelnya adik awak ni.. umur berapa tahun ni?", makcik tu cuba berbaik dengan gua. ah.. biasa la peniaga, lepas gua blah bukan ingat pun..
"jawab la Siti, makcik tu tanya", gua suruh Siti yang layan makcik kuih.
"darjah satu makcik", orang tanya umur ko jawab darjah.. memang genius.. saper la cikgu BM ko siti.. ayooo
"awak ni anak saper? pandai je bercakap ni", makcik tu buat baik lagi..
"saya anak jamban", siti jawab dengan yakin..
"masa saya kecik-kecik mak jumpa dalam jamban, lepas tu mak ambik la saya jadi anak", siti bercakap lagi.. ah sudah..
"abang, betul kan?", adik gua mintak sokongan.. makcik tu tengok gua. customer yang lain lagi la.. semua tengok gua.. bongok la lu Siti..
siapa yang pernah jumpa anak jamban kan? memang patut la semua orang tengok gua lebih kurang je. ciss.. orang kampung kalau tak jaga celah kangkang gua memang tak sah.. grr..
jadi kalau ikut kepala adik gua mesti pemikiran dia macam ni..