Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~

Sunday, October 31, 2010

Bapak Lu Bapak Gua Juga

Bapak lu pendek... Bapak lu macam sarjan misai roda-roda kota raya... Bapak lu buncit.. bapak lu botak macam takde akal tunjang..

Zaman kecik-kecik duk kat kampung.. Tak pernah panggil nama betul.. kawan-kawan panggil gua dengan nama bapak.. kadang-kadang panggil dengan nama bapak, atuk nenek sekali.. bukan niat untuk kurang ajar, tapi itu la hakikat ketika kecik-kecik dulu..

Orang kata hubungan persahabatan akan jadi lebih erat.. betul juga.. Walaupun kadang-kadang panggil nama bapak siap ubah suai lagi.. Nak lebih sedap katakan.. har har har..

"Ucop roti canaiiiii sssssiiiiiiiiiaaaaaapppppppp.... ", gua panggil member gua dengan nama bapak beliau.. siap ada kerja bapak beliau lagi sebagai penebar roti canai..

"bapak lu babi", beliau cakap..

"bapak lu tebar rotiii, mak lu layan lakiii", gua balas macam pantun melayu..

"bapak lu seetaaannn", beliau balas balik untuk sakitkan hati gua..

ceh..

"Bapak lu tebar roti, mak lu layan laki, atok lu sudah matiiiii... ", gua jerit sambil lari.. puas hati gua..

Gurauan zaman kecik-kecik dulu.. Bila gua jumpa beliau sekarang ni still panggil nama bapak lagi.. nostalgia katanya.. 

Kalau dulu-dulu panggil member dengan nama bapak ni memang takde orang marah.. Tapi bila dah besar macam gajah ni rasa tak elok pulak panggil guna nama bapak kan?

Saturday, October 30, 2010

Mak gua pesan, Ketika Berak Jangan Tengok Tahi Jatuh

Tadi gua berak.. dem, entry gua berak lagi.. entah berapa kali dah gua cerita pasal berak.. argh..korang dah lunch? sila baca blog gua dulu baru lunch okeh?

Tadi gua berak, ketika gua berak gua tak tengok tahi.. mak gua pernah pesan zaman gua kecik-kecik dulu dan beliau cakap kalau berak jangan tengok tahi sendiri.. Jangannnnnn!

Time berak ingat kata-kata mak pulak dah.. alahai.. apesal la time berak tak pernah gua ingat awek ke, cikgu sejarah ke, atau model-model seksi yang selalu gua tengok dalam youtube.. apesal kata-kata nasihat mak gua juga yang gua ingat? sebab gua ini anak mithali agaknya..

Kenapa mak gua pesan bila berak jangan tengok tahi jatuh?

Pernah sekali time darjah berapa entah curiosity gua terhadap tahi jatuh amat lah tinggi.. gua suka tengok tahi sendiri jatuh.. bunyi tahi jatuh amat enak didengar.. tiba-tiba seekor cacing sebesar ibu jari gua keluar bersama-sama tahi..

gua takut.. gua lari keluar dari jamban dalam keadaan bogel.. oh dem..

moral of the story jangan la tengok tahi jatuh wahai adik-adik sekalian..


Friday, October 29, 2010

Apa Itu SEO. Macam Mana Nak Guna SEO, Maksud SEO. (Search Engin Optimizer)

Entry ni sangat panjang.. tak payah baca okeh?? MySpace

Ramai tanya gua kat facebook pasal SEO ni.. Gua ni bukan otai-otai main SEO pun, gua nih budak hingusan dan baru merangkak okeh.. Gua pun bukan suka sangat main SEO ni.. seyesly kebanyakan entry gua tak guna SEO sangat.. kalau korang dah tahu SEO ni apa tak payah baca pun takpe, gua tak marah pun..

Sebenarnya gua tanya dari brader syaringinfo pasal benda ni.. Beliau ni antara otai SEO okeh? entry ni pendapat gua je. kalau salah tolong jolokkan..

Apa itu SEO?
SEO(Search engine optimization) tu ialah macam mana kita nak memastikan entry yang kita tulis tu berada di muka hadapan bila orang search kat enjin pencarian macam Google. Sebagai contoh cuba type kat google "piala malaysia" kalau kita pandai main SEO, entry kita berada di atas then senang le orang masuk blog kita.. 
(gua copy bulat bulat apa sharingingfo email kat gua)

Kenapa Kena Main SEO?
nak naikkan trafik.. banyak trafik jadi duit nuffnang pun masuk.. orang kata macam tu lah, gua tak main SEO sebab mak bapak gua dah kayo rayo.. har har har

Nak guna SEO kena daftar atau bayar kepada syarikat tertentu ke?
kalau korang search SEO kat google akan keluar bermacam-macam syarikat dan service yang tawarkan khidmat ping blog.. Tapi macam biasa lah, kalau pandai main SEO tak payah daftar pun still boleh ada kat muka depan Goole entry kita ni..

Tips guna SEO?
kena pandai main keywords.. Nak main keyword apa? ha... bab main keyword ni la senang macam gampang jeh..

contoh terdekat malam ni akan ada rancangan Gadis Melayu Musin Ke-3 final.. Jadi gua pasti ramai bloggers akan buat entry pasal Gadis Melayu ni.. siapa pemenang Gadis Melayu dan biodata gadis melayu lah dan bla bla bla.. paham tak contoh ni? 

tak paham jugak? dem..

Kiranya tulis pasal apa yang orang nak tahu lah.. Contohnya dulu-dulu ada kes Sosilawati.. semua orang nak tahu pasal kes Sosilawati ni.. gambar sosilawati lah, rumah sosilawati lah, takpun kes mahkamah Sosilawati tu.. Gambar kemalangan simpang Ampat pun ramai jugak yang nak cari..

Atau pun contoh yang lain Datuk Syeikh Muzaffar menikah 10.10.10 hari tu.. Kan ramai orang nak tengok gambar angkasawan tu menikah.. gua sendiri pun rasa nak tengok gambar beliau terbang tuh.. har har har..

Konklusinya tulis la entry pasal perkembangan semasa dan benda yang orang nak tahu.. okeh? yang terbaru pasal Kelantan lawan Negeri Sembilan sabtu nanti.. buat la pasal ni.. hoho..

Contoh Entry yang guna SEO
tajuk : Jom pergi Cameron Highlands

Kandungan: Seronok kan kalau kita dapat pi Cameron Highlands dan macam-macam ada kat sana. Kepada yang belum pernah pergi lagi, jom kita redah cameron highlands.

***
korang tengok tajuk tu ada keyword 'Cameron highlands' dan dalam entry pun ada keyword 'cameron highlands'.. itu je lah SEO ni.. keyword tu penting okeh? kalau korang nak masukkan gambar pulak pastikan korang ubah dulu nama gambar tu.. jangan terus main letak je.. paling koman ubah la nama gambar tu 'percutian best di cameron' dan sebagainya..

SEO For Loser?
Ada yang cakap bloggers main SEO ni gila trafik.. nak duit nuffnang je padahal blog ntah pape.. blog tak best pun tapi isi kandungan copy paste surat khabar.. baik tak payah buat blog.. 
(orang lain cakap, bukan gua cakap)

Itu hak masing-masing.. Ada yang buat blog untuk dapat duit lebih macam 'blogshop' tu.. Ada juga yang jadikan blog sebagai sumber utama pendapatan.. Ada juga buat blog untuk suka-suka je.. Ada buat blog untuk bersosial.. 

Jadi tak guna kot kita nak dengki/benci/marah orang yang main SEO ni.. hak masing-masing kan? bukan kacau kita pun..

lepas korang baca ni apa kata try taip kat google 'apa itu seo'.. tengok blog gua masuk list ke tak

ada ke orang buat blog untuk melucah? har har har..MySpace

Thursday, October 28, 2010

Sampai Hati Korang.. sobss





seyesly air kopi gua tersembur bila baca komen budak dua orang nih.. har har har.. tenkiu2.. gua dah tak tension dah

Tuesday, October 26, 2010

Konvokesyen Pertama

Belum subuh lagi dah bangun nak pergi belajar.. Mak gua suruh tidur tapi gua berkeras nak bangun.. Mak gua suruh mandi tapi gua macam biasa study dulu sebagai persediaan..

Itu lah dia hidup sebagai pelajar.. Dan sekarang boleh berbangga dengan pencapaian ni.. Konvokesyen yang pertama.. Mesti mak gua menangis time ni.. Mesti beliau bangga dengan gua.. Mesti mak gua tunjuk kat jiran sebelah gambar konvo ramai-ramai ni..


Lu ingat senang ke nak ingat satu dua tiga? Ingat senang ke belajar makan nasik guna sudu? ingat senang kegosok gigi ramai-ramai? tu tak kira berak kencing lagi.. 



Monday, October 25, 2010

Nuffnang Exclusive Screening - You Again

asyik-asyik budak ni gua jumpa.. Asyik-asyik muka sumijelly pastu Che Arm.. har har har..

Benda ni dah lama kot tapi baru rasa nak update sebab gambar berada di tangan Kak Sumi.. Kalau update takde gambar tak stim la kan?

Jumaat lepas pergi tengok wayang You Again anjuran nuffnang.. Dah benda free siapa taknak kan?


tu la Kak Sumi, Che Arm jadi driver Kak Sumi.. takut sesat katanya..  kawan Kak Sumi pakai singlet merah tu.. nama dia Ana.. Beliau dah kahwin okeh? gua dah tanya.. har har har

Belah kiri tu gua lupa tanya nama.. Tengok Che Arm kena jadi nanny. Dan belah kanan tu adalah Pread-id. Datang bersama isteri beliau yang mengandung.. Tu Kak Sumi tengah bagi tips ibu-ibuan.. sempat jugak gua dengar dua bijik tips.. pastu kena halau.. argh..

Sebab Kak Sumi halau gua balas kat anak beliau.. goncang-goncang.. har har har

Ni la yang bagi gua cupcake hari tu.. MakDaraTerdiva.. 

Ramai lagi yang datang sebenarnya.. contohnya Anak Perak, Redlinda, CikLily, Mr Big, Anak KakInaKL, Jejai, Redmummy dan suami.. Tapi tak sempat beramas mesra sebab Shara kena balik sebelum pukul 12.. Jadi gua sebagai lelaki prihatin kena la memahami kan? hehe..

Tenkiu nuffnang. Len kali bagi lagi tiket wayang free okeh??

Sunday, October 24, 2010

Gua Seorang Baby

Masa gua zaman baby dulu-dulu ramai orang cakap gua ni cute.. Macam mana gua tahu semua benda ni? Alah, gua time baby semua benda gua ingat..  tak caye sudah la gua tak paksa korang..

ramai yang nak pegang gua.. peluk gua.. awek-awek pun semua pakat nak cium mulut gua.. time tu jugak la gua buat meleleh air liur.. Tapi still mereka cakap air liur gua cute.. gua berak sembur pun diaorang kata cute lagi.. ceh, padahal berebut nak basuh berak gua la tu.. tak malu punya perempuan..

Bila gua menangis makcik-makcik gua buat muka apa ntah.. bajet gua terhibur je.. yang takleh blah diaorang siap joget-joget depan gua.. ceh.. tak layan la bintang RTM ni.. akhirnya bila mak gua datang selawat ke atas rasul baru la gua diam.. hormat.

"cikuuuu cakkk.. ciiikuuuu cakkk", makcik gua cuba maik sorok-sorok iaitu tutup muka dengan tangan..

gua pun sengih la nampak gigi 2 bantang.. Buat lawak bodoh macam ni anak beruk pun rasa nak gelak kan? Try la pasang citer kartun kat tv tuh baru la moden sikit.. oh, zaman dulu gua takde tv lagi.. seyes takde tv..  masuk tadika baru beli tv bapak gua cakap..

Zaman sekarang pakai pampers.. tapi zaman gua pampers lambat sampai kat kampung time tu.. Jadi budak-budak kampung macam gua guna la kain lampin.. pernah sekali makcik gua punya la pemalas beliau biar je kain tu tak tukar-tukar.. perangai macam haram.. patut la bontot gua kecik sekarang ni.. argh

macam mana gua ingat semua ni? gua genius ke? har har har..

Takde la, mak la yang cerita pasal gua kecik-kecik.. gua takde kerja cerita la balik kat korang.. cute jugak eh gua dulu-dulu..

p/s : tolong gua 'like' bende kat facebook ni.. step no.1 like page eyriqazz, step no.2 like gambar gua... har har har.. dua step je

Saturday, October 23, 2010

Social Network Facebook

hoyeah.. semalam gua pergi The Curve tengok wayang.. Lain kali gua story pasal tengok wayang okeh?

"Siapa takde facebook sila angkat tangan?"

"Semua ada facebook kan?"

"kalau siapa-siapa takde facebook boleh duduk kat planet Marikh"

Semalam kat The Curve ada apa ntah.. ada macam konsert, tapi tak macam konsert, nak kata gig tapi tak macam gig, tapi ada orang nyanyi-nyanyi lah.. dem je memekak... dem je buat kat depan pintu masuk.. argh..

Dan antara dengar dan tidak gua tertangkap tiga ayat kat atas tu.. 'siapa takde facebook bla bla bla..' daripada MC konsert/gig/mende ntah..

dulu gua ada facebook.. tapi bukan nama Hamzah Ian okeh? nama lain.. Dan facebook tu dah tak active rasanya..

gua perasan something.. awek-awek cun akan ada beribu-ribu friend, beribu-ribu poke dan juga beribu-ribu friend request sebab mereka cun..

kah kah kah..

Nota Untuk Hidup

Kalau takut di landa ombak, jangan berumah di tepi pantai.. 


...

Okeh.. dah tengahari dah tapi gua baru bangun.. Dah sabtu pun tapi gua masih lagi dalam keadaan yang malas.. Apa guna hidup kalau hari-hari macam ni.. argh..
Semalam internet buat hal.. Tak boleh conec langsung.. error ntah apa benda gua sendiri tak paham.. gua cuba conec tapi takleh.. gua cuba conec tapi takleh.. gua conec tapi.. grr..

final exam dah dekat, jadi terima kasih la kalau intenet slow.. kah kah kah

Friday, October 22, 2010

Kena Klik Follow Ke?

"kena klik follow ke?"

Pertanyaan yang gua tanya readers gua.. dan pertanyaan itu hanya korang yang boleh jawab.. Semalam genap 1000 follower.. terima kasih banyak-banyak.. Tanpa korang semua siapa la gua ni..


kadang-kadang gua rasa takut nak update blog ni.. Takut kalau dengan tak sengaja akan sakitkan hati orang lain dengan entry-entry yang gua tulis..

mak cakap tiada apa dalam dunia ni kekal.. Jadi blog ni takkan kekal okeh? bila-bila masa boleh hilang.. hoho..


"helpful blog, bookmarked the website with hopes to read more!"

komen gua terima semalam.. ah sudah, bila masa blog gua tolong orang lain?? yang gua tahu ramai cakap blog gua ni lucah.. blog lucah yang menolong orang lain.. oh dem..

Kena ke bagi hadiah kepada follower ke-1000? tak perlu kot gua rasa.. tak adil la bagi followers yang awal-awal kan?

sekali lagi terima kasih banyak-banyak kepada followers..

p/s : sape-sape rajin tolong gua tekan 'like' kat facebook ni.. step no.1 like page eyriqazz, step no.2 like gambar ni.. hehe..

Thursday, October 21, 2010

Abang

"gatal", seorang gadis cakap kat gua..

"lohh?", gua kehairanan..

"tak payah tolong.. boleh buat sendiri..", beliau cakap dengan angkuh sambil cuba parking motor..

Tempat parking tu sempit, alang-alang gua ada kat situ gua ingat nak tolong.. Bukan gua mintak duit singgit pun.. Bukan gua mintak nombor talipon pun.. argh.. 

sreeetttt.. (bunyi motor bergesel). gua tengok belakang.. gadis tu masih lagi cuba nak parking motor..

Kedum dummm.. (bunyi motor jatuh). gua terkejut.. gadis tu tengok gua.. gua tengok motor..gadis tu tengok motor, gua tengok gadis.. gua diam..

"abang, tolong jap", dengan muka penuh harapan beliau tengok gua.

"har har har", gua gelak.

abang konon.. ceh

Altitude Special Screening

Pertama sekali terima kasih kepada Che Arm




Semalam iaitu hari Rabu malam Khamis gua tengok wayang bertajuk Altitude.. Kenapa gua buat entry ni? Sebab nak berterima kasih dengan Che Arm.. Jadi Che Arm kena tahu la jalan cerita ni eh? okeh bro?

Dengan siapa gua pergi jangan tanya.. semestinya gua pergi berdua.. berdua kan lebih baik? har har har..

Altitude ni pasal lima manusia yang naik kapal terbang dan dipandu oleh Sara.. Tiba-tiba sebijik skru telah tercabut dan skru itu mengakibatkan sistem pengendalian kapal terbang tu rosak..

Skema gila ayat gua ni.. grr..


Tiba-tiba ada sotong. sotong tu tarik la seorang demi seorang kat dalam kapal terbang tu.. Last sekali tinggal la hero dengan awek dia.. akhirnya mereka mati.. tu je...

Sinopsis gua buat best kan? apekejadah ada sotong kurita atas langit? ending dia semua mati je.. macam mana mati korang kena tengok nanti. gua siap tutup mata woo sebab takut.. seyes takut..

Sekali lagi terima kasih Che Arm.. Jasamu ku kenang sampai bila-bila..

Wednesday, October 20, 2010

I Love Celcom I Love Torch




Why i love the new blackberry torch 9800? let me tell you why..



 I can update my social network like Facebook, Twitter or Buzzd instantly!! So if Cik Lily do something silly I'm not gonna wait for a while to update about it! I can do it with a single post or gather and filter all of it and feeds it in one view.. so cool rite?





5 MP camera
Everybody love spontaneous moments rite? with 5MP camera that comes with flash, I'm not worried about the pictures quality anymore..Just choose from 11 modes and thats it.. snap snap snap..



Maximized multimedia
8GB or 32GB of memory? with Blackberry Torch, I can download everything that I want! oh yeah.. drama series, videos, songs.. you just name it baby, I will put everything and enjoy everything that I want.. plus I can view all of it in portrait or landscape.. oh yeah..



Faster, richer browsing
Who said only one page per view? hey, with this phone I can open many websites with tabbed browsing as well as bookmark all my favourite sites with branded icon.. whooaa.. how cool is that? not cool enough? How about this, cuztomize names right from the home screen.. wow..

Don't you think this phone gonna be the best smartphone ever? Wanna hear more? If you are the 1st 100 customers to pre-register & purchase this phone, you can enjoy the early bird promotion exclusively with Celcom Exec Postpaid plan


and get FREE:
- Jabra Bluetooth Headset worth RM125
- 8GB Micro SD Card worth RM68
- Energizer Portable worth RM58
.
.
.
.
.





Tuesday, October 19, 2010

hamzah dan imaginasi part 4



Suami awak macam mana orangnya?

Bulu ari-ari banyak tak?

Apa yang ko suka sangat pasal lelaki?

Gua punya kaler coklat..

gua ada six pack, body taf.. seyes tak tipu..

kenapa ko suka intai lelaki bogel?

Lepas berak je gua terus basuh..

Siapa pilihan hati kamu?

Kenapa suka mat bangla?

Apa yang kamu suka buat bila bersama ibu mertua?
terima kasih umi..

dah macam scary movie dah menatang nih.. sampai part4 dah pun.. sampai bila gua nak buat benda ni?? argh.. dem dem

part1

p/s : tolong gua 'like' bende kat facebook ni.. step no.1 like page eyriqazz, step no.2 like gambar gua... har har har.. dua step je

Burung Seorang Lelaki

Bilik gua ni mengadap hutan.. Hutan KL ni bukan besar sangat kan? kalau tengok betul-betul kat celah-celah ada kereta.. lorrr.. seberang sana ada lebuhraya.. mati-mati 5 semester gua ingat tu hutan simpan.. ceh..

Bilik gua ni tingkap selalu terbukak.. Dulu masa gua first year ada sekor burung datang masuk bilik gua.. Burung apa ntah gua tak tahu..

Gua dengan penuh semangat cari kotak.. potong-potong sikit terus jadi sarang burung.. fuhyoo.. Burung tu budak lagi.. mungkin baru belajar terbang tapi tak pernah tinggi tinggi.. terus masuk bilik gua.. gua kesian.. gua nak suruh beliau terbang.. jadi gua bela..

Hari-hari gua bagi makan betik.. kadang-kadang gua bagi makan tembikai kaler merah tuh.. gua makan separuh beliau makan separuh.. sharing  is caring orang kata.. duit gua habis beli buah takde orang tahu.. dem..

Suatu hari burung tu menggelepar.. gua ingatkan beliau kena sawan.. gua ambik air gua gosok kepala beliau.. demam agaknya burung gua ni.. eh, bukan burung darah panas ke? gua letak jugak air.. mana la tahu beliau panas.. dah la tak pernah mandi.. busuk jangan cakap la.. bela burung konon.. ceh..

Akhirnya burung tu mati.. mungkin tiada kebebasan..

Moral of the story? gua perlu kawin.. gua perlu bebaskan diri gua juga sama seperti beliau..

p/s : tolong gua 'like' bende kat facebook ni.. step no.1 like page eyriqazz, step no.2 like gambar gua... har har har.. dua step je

My Raya Moments Contest

Sokongan untuk Eyriqazz iaitu antara blogger terawal gua face to face.. Jadi gua masuk contest beliau untuk menunjukkan gua menyokong beliau.. contest KakInaKL pun akan disokong juga tapi lambat skit sebab kena review.. hehe..

ni gambar raya wahai bro Eyriqazz yang gua ambil dari facebook akak gua.. kalau entry ni salah sila bagitahu okeh?
gambar menunjukkan hamzah seorang penyayang...

My Raya Moments Contest adalah anjuran bersama MySuperkids , Viruspadu, LittleKidsPhotography,  Fitrihadi dan Special Additional Sponsor by Redmummy.Com (RM150) and Denaihati (RM200) .. 

Jadi kepada bro Eyriqazz, kiranya dah boleh masuk bahagian satu dua dan tiga la kan?? ke macam mana?

Hadiah dari top blogger ni memang lumayan.. seyes banyak duit bro eyriqazz ni.. hehe.. kalau nak masuk klik sini..

apa lagi?? undi la gambar gua ni.. 

step no.1 like FANPAGE eyriqazz ni..
step no.2 LIKE gambar gua kat sini..

jom jom tekan like.. tolong member-member apa salahnya kan?

Monday, October 18, 2010

Takut Hantu

gua takut kucing.. seyes gua takut..

Kalau gua tengok kucing datang kat gua gesek-gesek mintak nasik gua terus campak ayam seketul.. suruh lari jauh-jauh.. biar la membazir ayam gua.. asalkan gua selamat..

Gua pun pelik.. Muka gua ni macam penyayang sangat ke? macam lelaki kucing ke? ceh..

Asal gua makan nasik je kucing datang.. asal gua makan roti je kucing datang.. tu tak kira lagi yang duk berak depan bilik.. dem dem..

taik diaorang same je bau.. Bau taik kucing.. dah nama kucing mesti la bau taik kucing.. budu la budak ni.. grrr..

Bulu kucing tu kalau kena idung gua mesti hangcung hangcung la.. berair je.. berlendir macam peluh ketiak tuh.. argh.. apa bende la gua story nih.. mampus ah..

Moral of the story adalah gua baru je terlanggar kucing tadi.. seyes tak sengaje..

MAK SAYA

Dulu-dulu  masa gua duduk rumah gua pernah tengok mak gua online.. Mak gua kalau online beliau mesti baca blog.. Walaupun mak gua takde blog tapi beliau ni kirenya silent reader paling tegar la.. Komen tak, tinggalkan jejak lagi la bukan.. Cuma kalau beliau baca dan blog tu berinfo maka mak gua akan cerita la apa beliau baca tadi kepada gua.. korang semua yang lucah-lucah hati-hati la mak gua selalu blogwalking okeh.. har har har..

Pernah suatu hari mak gua terbukak blog terbangtinggitinggi ni.. time beliau bukak gua ada kat belakang.. tapi time tu gua tak letak gambar pun.. Nama gua dulu-dulu Kahak Cair.. Nama pun dah kotor jadi gua tukar la nama jadi Hamzah sekarang ni..

Dan lepas baca je blog ni mak gua terus tekan pangkah.. Nampak sangat mak tak suka blog ni kan? Nasib baik beliau tak suka, kalau suka mahunya hari-hari beliau baca.. har har har..

Masa gua kecik-kecik dulu mak gua selalu je bawak kitaorang adik-beradik jalan-jalan.. Masa tu gua kecik lagi dan kakak-kakak gua pun kecik lagi.. Dan adik beradik gua time tu empat orang je.. sekarang ni dah jadi sembilan dah.. gua pun tak perasan bila adik beradik gua bertambah ni.. argh..

tengok gambar dulu-dulu.. time ni Tasik Kenyir baru bukak dan baru beroperasi...


gua rase ni tahun 97 kot.. hehe..

Tiba-tiba gua ingat mak gua.. nak nangis pun ada.. semua orang ada mak kan? dan gua pasti semua orang akan ingat mak sendiri walaupun baik atau buruk mak seseorang tu..

Kita yang dilahirkan ni kiranya paling bertuah sebab mak sanggup tahan sakit masa beranak.. kalau beliau tak sayang takkan la susah-susah beranak kan?

Jadi saya ucapkan selamat hari lahir kepada mak yang ke 45 tahun pada 17Oktober semalam.. mak masih muda lagi kan?? 

walaupun beliau tak tahu anak lelaki beliau ada blog tapi gua tetap mahu cakap juga.. gua dengan bangga nak cakap gua anak mak..

Sunday, October 17, 2010

Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting

Gua nak update pun rasa serba salah.. Sebab seyesly gua sampai je meeting dah habis.. har har har.. tak remaja la meeting-meeting ni.. Jadi kalau korang berminat nak tahu pasal apakebenda Glitterati Plus ni korang boleh pergi blog teratakarmo dan chearmster..

Pemalas betul gua nih.. orang lain siap bagi penerangan berjela-jela gua cuma link kan saje penerangan Glitterati Plus ni..

Korang mesti cakap 'alah, buat event area KL je abis ahli nuffnang area bukan KL macam mana?'.. Kalau sape-sape cakap macam ni boleh la tekan link teratakarmo dan chearmster kat atas tu okeh? diaorang dah bagi penjelasan..

sampai je gua cari nasik.. biasa makanan event nuffnang ni best-best.. tapi kali ni makan kuih je dengan air mineral.. ciklily cakap gua kurus.. hakikatnya gua lapar+panas.. argh..

antara ahli yang hadir.. ramai yang dah balik time gambar ni diambil..  yang sempat gua cakap-cakap adalah Eyriqazz, Darkbatman, MakCikInakl, Daydeck, Sawanila, Redlinda, Atreyu/bedtimestories, Anakperak, Jejai, Mohd Zaid, Luckystike, Ciklily, Shahrul, Chearm..  sumijelly?? kah kah..

sori-sori kepada brader-brader yang gua tak ingat nama.. rupanya itu syaringinfo, gua malu nak tegur.. har har har..

gua cuba bertukar menjadi oltromen.. tapi orang ramai jadi kuasa susah nak keluar habis..


ambik gmbar bajet nampak muka je.. kah kah kah..

Event ni secara konklusinya best.. Lagi best kalau gua dengar apabenda Shah/tehtarikmemoirs duk cakap masa meeting.. Tapi gua cuma datang dan isi borang Glitterati Plus je.. Korang yang tak pergi event boleh juga join Glitterati Plus ni.. Jangan risau, nanti nuffnang akan update balik dan masa tu korang boleh la daftar online okeh?

Pukul 3 petang gua balik terus cari nasik.. lapor-lapor.. diaorang suruh main layang-layang dan suruh gua terbangkan layang-layang tu tinggitinggi.. ceh.. gua lapor nasik weh.. duit gua bawak 10hinggit je.. grr..

gambar-gambar ni gua ambik kat facebook shahrulhairy, eyriqazz, chearm.. Kepada sumijelly.com gua nak ucapkan padan muka sebab sesat.. terus sumijelly give up dan balik rumah lepas tak jumpa Taylor ni.. har har har..

Nak tengok gambar lagi klik sini.. Nak tahu apa itu Glitterati Plus klik sini, sini dan sini..  hoyeah...

Tertunailah Hasrat Dihati

tadi gua berak.. sori la gua cerita pasal berak lagi.. sori kakina sebab ambik tagline ni.. dah takde bende lain gua nak cerita sebab hari-hari gua berak.. ke ada yang tak pernah berak?? har har har..

Berak ni nikmat sebenarnya.. Lebih-lebih lagi kalau tempat berak tu bersih dan wangi.. Toilet gua berak macam tu la keadaan dia.. bersih dan wangi..

Sedang asyik gua berak tiba-tiba gua dengar sorang mamat ni nyanyi.. Entah lagu apa beliau nyanyi tapi agak kuat la jugak sampai tahi gua jatuh pun gua tak perasan.. Betapa kuatnya suara beliau.. ceh..

"bro, pitching lari lah", gua tegur sambil meneruskan berak..

"ye ke? jap-jap", beliau berenti nyanyi dan kemudian sambung semula nyanyian tapi kali ni dengan suara lebih syahdu..

Entah siapa mamat ni gua main tegur je.. rakyat malaysia kan peramah..

Akhirnya aktiviti berak gua berjaya juga.. gua basuh dan gua keluar dari jamban.. Beliau masih lagi menyanyi dengan gembira.. Baru dapat awek agaknya..

Saturday, October 16, 2010

Hubungan Sulit Dengan Kucing

Tadi gua jumpa kucing.. Sambil tunggu engin panas gua lepak tepi longkang..

Jadi gua tengok kucing tu jalan-jalan..Dari jalan tar beliau ke bahagian yang agak berpasir, tidak jauh dari tempat gua duduk.

oh.. nak berak agaknya.. Kucing tengok gua, gua tengok kucing.. kucing tu tengok gua lagi.. kucing pun rasa malu.. ceh.. Lepas gua tak tengok beliau terus cium-cium tanah dan berak.. rupanya kalau kucing berak keluar tahi kaler coklat..

Habis je berak kucing tu cium.. Lepas cium beliau kambus-kambus tahi yang kaler coklat tu.. Kambus tahi pun tak habis.. =

Kucing tu jalan pula hingga sampai ke jalan tar dan tiba-tiba gua tengok ada seorang brader ambik kucing tu.. peluk, cium kucing tersebut.. sayang sangat dengan kucing agaknya.. Dan gua hanya dapat melihat hubungan mereka dengan rasa terharu..

Itu Hakikat Yang Sukar Ditelan

Sudah subuh rupanya.. 

Gua dengan keadaan malas segera bergegas mencapai tuala.. gua buka lampu... Dengan tiba-tiba mata gua tak nampak apa-apa.. silau dengan lampu tersebut..

Gua perhatikan roomate gua.. masih enak dibuai mimpi indah.. Mimpi apa agaknya beliau itu.. Dulu-dulu gua dengar beliau mimpi pasal Siti Nurhaliza.. bersungguh-sungguh beliau cerita pasal Siti Nurhaliza.. Seronok agaknya jumpa Siti walaupun dalam mimpi.. ceh..

Gua teruskan niat gua.. gua ambil botot breeze yang berisi air dan terus menyiram beliau bagaikan menyiram kubur.. Dari kepala sampai ke kaki gua sembur.. sudah mati agaknya sebab tiada respon.. 

Ceh.. buang masa je mamat ni.. baik gua pergi makan lagi bagus..

Thursday, October 14, 2010

Hari Ni Last

Salam (kali kedua or ketiga bagi salam)

Hari ni 14hb Oktober 2010 dan ini bermakna hari ni la abis contest GUA TAHU ITU SIAPA.. dan entry ni gua tulis time pukul 5 pagi.. dah lama tak bangun awal-awal sebab nanti ada kuiz.. argh..

Jadi setakat ni ada 79 penyertaan.. terima kasih banyak-banyak.. dan kepada yang masuk contest boleh chek link di sini.. Seperti dijanjikan akan ada 2 hadiah cabutan bertuah iaitu belanja makan area KL.. gua pun rasa berdebar nak belanja peserta bertuah ni.. mana la tahu jumpa perogol ke nanti tak pasal-pasal hilang teruna gua.. har har har..

okeh gua dah kelaut.. grrr..

Jadi contest akan habis pada tepat pukul 12malam ni.. dan keputusan akan keluar esok.. Seyes keluar esok keputusan iaitu dalam pukul 11 pagi.. esok gua takde kelas jadi aktiviti usha-usha blog peserta dan cari pemenang berjalan esok okeh? Dan pemenang bertuah gua akan cabut undi lah.. macam mana gua cabut undi jangan nak tanya.. har har har..

Jadi? Takkan nak tengok je orang lain menang hadiah juta-juta?


Saturday, October 9, 2010

Taf Gila

Kalau gua cakap dengan member perempuan majoriti mereka suka lelaki taf.. dem. majoriti okeh.. gua tau ramai berpijak dibumi yang nyata.. Dan gua tahu ramai ada boyfren buncit, suami kurus kering.. kah kah kah..

Gua tahu korang suka tengok je kan? Kalau nak jadikan mereka sebagai suami memang haram lah.. gerenti skandal banyak, perempuan keliling pinggang.. tu tak kira lagi sugarmami, mak ikan, tak pun ntah-ntah gay.. Jadi baik korang tengok je lelaki taf ni..

Ramai orang kata takpe muka tak hensem, body tak ketul-ketul pun takpe.. asalkan berharta dan tahan lama diranjang.. bab tahan lama kat ranjang tu gua tak tahu nak cakap apa sebab gua belum kawin lagi.. bab berharta gua macam biasa la.. hehe

Jadi gua rasa bangga kalau perut gua tak kempis macam dulu lagi..

sekian..

Friday, October 8, 2010

Eh.. Pengumunan Oi

salam (first time bagi salam)

Kepada yang join contest gua dan rasa-rasa nak join gua ada cerita sedih dan gumbira.. 

Tarikh akhir untuk contest gua terpaksa awalkan sebab gua baru je tengok jadual exam gua.. Awal-awal buat contest tak nak tengok.. ayooo... 

Final exam gua dah dekat.. Jadi tarikh yang baru untuk contest ni adalah seperti berikut..

Tarikh tutup : 14 Oktober 2010
Tarikh Keputusan Keluar : 15 Oktober 2010
Tarikh bagi hadiah : 16 Oktober 2010..

Hadiah jugak lepas dapat cadangan dari kawan-kawan gua tukar sikit.. tak banyak berubah pun..  hadiah ke-3 dan cabutan bertuah je yang berubah.. 

Hadiah-hadiah:
1.Pertama : Duit RM30 dan juga Domain (dua-dua gua bagi)
2.Kedua : Duit RM20 atau Domain (pilihan nak domain atau nak duit, satu je okeh)
3.Ketiga : Topup RM10 
4.Cabutan bertuah untuk semua perserta iaitu belanja makan area KL.. ( Dua peserta sahaja)

Jadi pada 16Oktober ni iaitu hari sabtu gua nak belanja makan untuk dua peserta bertuah.. Kalau korang nak join makan sekali jom la kita keluar ramai-ramai.. seyes ni.. lagi ramai lagi meriah kan?? maybe kita main boling sekali ke.. cantik tak idea gua? 

saper-saper nak join sabtu ni meh chat dengan gua kat facebook.. nanti gua bagi no phone kita keluar ramai-ramai.. tapi dua peserta bertuah je gua belanja makan.. yang lain bayar sendiri.. saje je nak memeriahkan suasana.. har har har..

Jadi kepada yang join contest boleh chek link ok? Mana la tahu gua lupa nak letak link atau silap letak ke.. kepada yang baru nak join GUA TAHU ITU SIAPA meh cepat-cepat join.. 

You Again?

Seyesly ni cerita betul.. Masa gua darjah empat.. seyes tak tipu..

Semua orang tak paham perasaan seorang budak lelaki darjah empat..  segala-galanya nampak indah.. semuanya perlu dicuba, semuanya perlu dinikmati bersama.. ciss.. dinikmati bersama?? kah kah kah..

Cinta.. ini kisah cinta.. ya.. Cinta

Gua jatuh cinta dengan cikgu Bahasa Inggeris yang baru transfer ke sekolah.. mungkin beliau baru keluar maktab.. mungkin ini cinta pertama gua dan mungkin ini cinta terakhir cikgu Bahasa Inggeris bernama Teacher Wan.. nama penuh dah tak ingat.. grr..

Gua beli kertas wangi, sampul surat ada corak bunga-bunga.. gua pinjam kamus kakak gua, dan gua tulis surat cinta dalam Bahasa Inggeris.. ayat inggeris pertama gua tulis, "I Love You Teacher" dan ayat seterusnya gua tak ingat..

Gua suruh kawan baik bagi surat tu kat teacher, member gua takut dan beliau passing surat tu kat penolong kelas.. Penolong kelas pun takut juga dan entah macam mana surat tu sampai kat pegawas..

pengawas macam biasa skema gila-gila dan beliau bagi la surat tu kat cikgu disiplin..

oh dem..

Apa cikgu disiplin buat?? Cikgu disiplin baca surat cinta gua masa perhimpunan pagi..

Satu sekolah dengar dan tak seorang pun faham isi surat tu sebab english berterabur.. yang mereka paham Hamzah Love Teacher Wan.. tu je.. ciisss..

Sejak hari tu hampir setiap hari Teacher Wan senyum kat gua.. Adakah cinta sudah dibalas?? semestinya tidak la kan.. gila apa bercinta dengan anak murid, budak sekolah rendah pulak tu.. Daripada cinta gua benci Teacher Wan.. hari-hari beliau senyum bila tengok gua.. cisss.. senyum tak ikhlas..

pengawas, cikgu disiplin, Teacher Wan.. argh..

Gua dengar Teacher Wan dah beranak-pinak.. Dah pindah sekolah ikut suami beliau.. Semoga berbahagia Teacher Wan.. harap-harap kita tak jumpa lagi.  kalau jumpa takkan la Teacher Wan ingat kan? mungkin beliau dah gemuk, buncit, dah tak hot macam dulu lagi.. har har har..

poster

Thursday, October 7, 2010

Naik Lagi

Dua hari lepas mak gua talipon..

"harga naik lagi", mak gua cakap.. lembut je suara beliau..

"berapa naik mak?", gua tanya balik..

"kalau yang mahal sikit tu dalam 10hinggit.. kalau yang selalu ko guna tu 8ringgit setengah..", mak gua eksplen..

"oooo", gua cuma tenangkan diri..

entah berapa kali harga menatang ni naik.. gua ingat dulu-dulu harga menatang tu hanya 40sen je.. sekarang ni nak beli satu-satu dah tak boleh.. kalau tokey kedai tak kenal dia tak jual satu-satu.. dia akan syak kita ni pegawai apa ntah.. kalau jual satu-satu kena saman.. dem dem dem..

"pastu ko nak buat apa?", mak gua tanya lagi..

"entah la mak..", gua jawab elok-elok...

"berenti eh", mak gua cuba pujuk lagi..

"tengah try ni mak", gua cakap lagi..

"mak doakan anak mak ni tak beli dah menda tu..", sayu dan lembut je mak gua cakap.. rasa nak menangis gua rasa.. dalam hati jangan cakap dah memang nangis pun.. argh.. apesal la gua story kat korang...

"jap.. bapak ko nak cakap", mak gua bagi phone kat bapak..

"ok"..

"helo", gua bagi salam ikut cara orang putih..

"bila ko nak berenti isap rokok hah!!!!!!", bapak gua jerit.. tiada lagi ucapan lembut dari mak gua.. hati gua yang tadi lembut tiba-tiba jadi keras..


api dan air.. bagus-bagus..

Tuesday, October 5, 2010

Berak Katak

Tadi ke kelas dengan keadaan mengantuk.. tapi apa guna duduk universiti kalau selalu ponteng kelas kan?

Jadi gua makan roti canai telor dan terus ke kelas.. duduk 2 3 minit rasa nak berak.. dem..

gua bangun dan terus ke jamban.. perlu ke cerita keadaan gua berak? semua orang reti berak kan?? har har har..

seyes bongok entry berak ni.. mampus ah gua nak story jugak..

gua masuk jamban no-3.. kali ni makcik cleaner takde okeh?

tengah gua berak tiba-tiba ada katak melompat depan gua.. dem.. katak.. gua benci katak..

lompat si katak lompat..
lompat la tinggi-tinggi..
haram punya katak
lu lompat sampai masuk lubang jamban..
kah kah kah

Gua rasa serba salah.. nak berak tapi katak ada tepat di bawah punggung gua..

gua mintak maaf katak.. gua teruskan berak.. takkan la gua nak ambik katak tu guna tangan kan?? takkan la gua nak berenti aktiviti berak kan??
gua tengok katak.. katak tengok gua.. dua hati menjadi satu..

gua basuh berak tapi katak tetap tak berjaya keluar dari lubang jamban..

gua tekan butang flush.. katak makhluk amfibia.. beliau akan hidup juga dalam air kan?

masuk kelas gua pinjam laptop member gua.. gua tulis cerita katak.. gua publish.. korang baca..

har har har.. gua nak namakan katak tu Encik Syam

p/s: sori tak jalan blog korang sebab terlalu bz dengan kuiz, assignment, kerja amal, kerja tak amal, campur dengan internet lembap.. seyes lembap..

Sunday, October 3, 2010

Hamzah Dan Mak Dara Terdiva

hehe... first time gua tulis entry untuk orang lain ni.. har har har... Jadi gua taknak pusing-pusing intro bagai dan straight to the point okeh..


Terima kasih kepada Mak Dara Terdiva sebab bagi cupcake yang cantik, sedap dan cun gila-gila ni kat gua.. seyes ni first time gua dapat kek daripada someone.. tak pernah sebelum ni gua dapat kek daripada orang lain selain daripada mak gua .. Biar la korang cakap ni entri sedih sekalipun pun.. gua nak cakap jugak terima kasih kat Kak Firuz.. oyeah..


16 bijik cupcake yang ada simbol terbangtinggitinggi.com..




gua message member gua seramai 15 orang.. dan orang pertama yang sampai siapa lagi kalau bukan pemakai boxer kesayangan gua... har har har.. takde la.. gua gurau je.. bukan mamat ni okeh..

Mak Dara beli kek ni kat blogshop okeh? Jadi gua promote sikit blogshop akak yang buat dan deliver cupcake ni.. pergh.. memang sedap woo.. beli je online terus sampai kat rumah.. Mak Dara beli kat sini la.. nyam nyam.. terima kasih sekali lagi Kak Firuz.. kamu la kakak kesayangan ku.. hoho..
h/p: 019-3607107

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...