asyik-asyik budak ni gua jumpa.. Asyik-asyik muka sumijelly pastu Che Arm.. har har har..
Benda ni dah lama kot tapi baru rasa nak update sebab gambar berada di tangan Kak Sumi.. Kalau update takde gambar tak stim la kan?
Jumaat lepas pergi tengok wayang You Again anjuran nuffnang.. Dah benda free siapa taknak kan?
tu la Kak Sumi, Che Arm jadi driver Kak Sumi.. takut sesat katanya.. kawan Kak Sumi pakai singlet merah tu.. nama dia
Ana.. Beliau dah kahwin okeh? gua dah tanya.. har har har
Belah kiri tu gua lupa tanya nama.. Tengok Che Arm kena jadi nanny. Dan belah kanan tu adalah
Pread-id. Datang bersama isteri beliau yang mengandung.. Tu Kak Sumi tengah bagi tips ibu-ibuan.. sempat jugak gua dengar dua bijik tips.. pastu kena halau.. argh..
Sebab Kak Sumi halau gua balas kat anak beliau.. goncang-goncang.. har har har
Ramai lagi yang datang sebenarnya.. contohnya Anak Perak, Redlinda, CikLily, Mr Big, Anak KakInaKL, Jejai, Redmummy dan suami.. Tapi tak sempat beramas mesra sebab Shara kena balik sebelum pukul 12.. Jadi gua sebagai lelaki prihatin kena la memahami kan? hehe..
Tenkiu nuffnang. Len kali bagi lagi tiket wayang free okeh??