Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~

Tuesday, November 30, 2010

Hubungan Genius Dan Berak

mak gua cakap gua ni antara anak beliau yang pandai la.. Tapi beliau tak cakap depan-depan nanti adik gua yang lain jeles pulak.. dan gua pasti mak gua cakap perkara yang serupa kat lapan lagi adik beradik gua.. heh.. patut la tak cakap depan-depan kan? har har har..

Tapi ada benarnya cakap mak gua tu.. bukti gua genius adalah gua ingat dengan jelas apa yang berlaku ketika gua umur 3 tahun.. hebat tak?

Masa gua umur 3 tahun, kakak gua umur 4 tahun.. kitaorang macam kembar lah.. makan sekali, tidur sekali kadang-kadang berak sekali..

Nak tahu macam mana berak sekali??


genius tak mak gua? gua pun genius jugak kan? kakak gua genius jugak kan?

arghhhh.. grrrr..

Saturday, November 27, 2010

Jodoh Aku Dia Kamu

Benda ni berlaku depan mata gua sendiri.. seyes gua tak tipu.. tak caya meh datang kampung gua.

Semua orang tahu sekarang cuti sekolah dan ramai la nak kahwin kan.. so mood orang kahwin tak habis lagi.. Tapi bukan gua nak cerita pasal orang kawin.. tapi pasal orang tak jadi kahwin..

Kalau drama hindustan 3 idiot tu gua tengok elok-elok nak kahwin terus lari last minute sebab perempuan tu minat kat Amir Khan.. Kalau drama-drama omputih pun sama, boleh lari last-last minute dan cancel kahwin..

Argh..

Dan benda ni terjadi kepada jiran gua sendiri.. beliau tak jadi kahwin saat-saat akhir.. Lembu dan sembelih.. orang kampung dah ramai makan-makan.. tok kadi pun dah ada.. kiranya semua dah ada la.. yang tak ada cuma pengantin lelaki.. pengantin lelaki tak sampai-sampai kat rumah pengantin perempuan..

Sebab apa tak jadi kahwin gua tak pasti lagi. Tapi yang pasti bukan sebab kematian atau kemalangan.. dengar cerita pengantin lelaki yang cancel.. bukan hantar wakil pihak lelaki untuk cancel tapi just guna phone untuk cancel wedding.. seyesly gua tekejut.. family diaorang malu sangat-sangat.. duit dah habis ribu-ribu tunggu nak akad nikah je.. grrr..

dan gua dengar macam-macam cerita dan macam-macam versi dari mulut-mulut busuk.. lelaki tu menipu lah.. perempuan dah kena tebuk lah.. kena santau lah..

alahai..

Lu sendiri boleh agak moral of the story kan??

Friday, November 26, 2010

Perasan Anti

Lol.. seyesly gua sakit.. gua rasa gua ni kolejsick..orang lain homesick tapi gua rindu kolej gua sangat-sangat.. rupanya dah seminggu dua hari gua berada di rumah gua ni..

kat rumah ni hari-hari gua bangun lambat, makan nasik, tido balik.. Ceh, macam kat kolej gua bangun awal je.. arghh

semalam gua main basikal adik gua.. oh dem, entah berapa tahun gua tidak mengayuh basikal.. itu basikal gua dan sekarang adik gua ambil alih.. bilik gua pun sama ibarat adik gua yang punya.. barang-barang peribadi gua sebagai seorang lelaki seperti majalah dan vcd dewasa entah kemana.. argh...

bila gua main basikal tiba-tiba teringat sesuatu.. basikal ni la yang hampir-hampir pecahkan telor gua suatu ketika dahulu.. kalau jatuh mesti kena palang kat tengah tu.. demmit.. sakit lu jangan cerita la.. lebih sakit dari bersunat.. seyes gua cakap.. sebab tu kalau ada orang nak rogol lu kena sepak telor okeh..

Dah lama tak naik basikal ni bontot gua jadi sakit bila duk lama-lama.. dem dem..



Dah la.. gua rindu kolej gua.. dah macam menumpang kat umah sendiri pun ada.. grrr


Thursday, November 25, 2010

hamzah dan imaginasi part5




Yay!! video comolot kita dah 40juta orang tengok.. lepas ni gambar cium bontot pulak.. baru la pecah punggung..

Best tak dating dengan nabill? dapat comolot dia?

Lepas potong conec bapak gua cakap gua dah boleh kahwin.. yay!! jom kahwin.


Gua rasa pakwe lu paling kacak sebab beliau banyak bulu.. 

kenapa tutup mata malam pertama eh? Siap lari lagi keluar dari bilik

Nampak 'alat'? pastu macam mana layanan suami? 

Kau cakap kau suka kencing berdiri bersama suami.. Semua perempuan suka buat macam tu eh?

Kau pulak macam mana malam pertama?

Kau pulak Tim? kalau cakap sakit jugak gua lempang free.. grrr

Dem.. baik tak payah kawin kalau semua sakit, geli.. argh. camne gua nak kawin ni?

Ye ke tak semua perempuan camtu? Ada yang jenis lain ke?



the chronicles of Hamzah Ian... har har har

Lariiiiiikkkkk...

Wednesday, November 24, 2010

Jom Potong

har har har..

Gua perasan sejak dua menjak ni gua kurang melucah eh.. Tadi ada orang tanya apesal tak melucah bang? LOL..

Ekceli gua nak cerita pasal conec.. yup.. conec.. conec.. yup.. conec.. conec.. eh dah berapa kali sebut conec? argh... dem dem..

Sekarang ni musim cuti sekolah okeh? kalau cuti sekolah maknanya musin orang kawin, musin orang buat kenduri, musin orang mengawan dan juga musin orang potong conec..

bahasa lembutnya adalah berkhatan ye kakak-kakak, makcik-makcik, adik-adik.. jangan takut, abang hamzah tak letak gambar conec.. korang kena baca sebab nanti lu sebagai perempuan kena tahu bakal suami tu dah potong ke belum? Dan berkhatan atau tak?

Sebab utama potong conec mesti la sebab orang Islam kan.. sebab lain? supaya conec lagi cantik? ceh.. tu reason gua dengar time nak khatan dulu-dulu.. nak cantikkan conec sebab tu kena khatan.. demmit..

Time gua temankan adik gua untuk berkhatan, gua nampak seorang budak lelaki yang dah besar gajah turut sama dalam upacara potong conec tu.. ada la dalam form3 budak tu.. seyesly gua siap tengok conec budak tu lagi.. arghh..

moral of the story?? entah la.. kan gua dah cakap tadi gua nak melucah.. har har har..


p/s : dulu-dulu dah buat entry ni.. LINK

Monday, November 22, 2010

Gua Hampir Kena Liwat Dengan Batang Mop

Argh... (bukan bunyi lucah)

Musim orang kawin lagi.. baru gua perasan entry hari tu gua eja 'musim jadi musin'.. dah la kat tajuk.. grr..

Berbalik kepada story gua tadi.. Semalam senior gua kahwin.. atas jasa baik beliau suatu ketika dahulu gua kenal apa itu dunia ni.. (ayat macam drama dah)

Ketika gua masuk form 1, gua terus dibuli pada malam pertama.. memang muka gua ni agak kerek sikit, poyo lebih dan bajet bagus.. bukan gua cakap tapi senior la yang cakap gua ni poyo.. padahal gua rasa muka gua ni comel.. form 1 kan innocent lagi mesti la gua comel.. har har har..

Jadi macam-macam cara la gua kena buli seperti pukul tanpa sebab, menjadi separuh bogel, cium kasut, tiup kipas sampai kipas tu pusing dan juga tiup lampu mentol sampai padam.. seyesly gua memang tiup kuat-kuat walaupun gua tahu mentol takkan padam.. demmit..

ketika senior mahu menjalankan eksperimen meliwat menggunakan batang penyapu, tiba-tiba ada hero datang.. Beliau juga merupakan senior dan setelah beliau discuss dengan senior yang lain gua secara tak rasmi jadi adik angkat kepada beliau..


Selepas tu macam biasa lah, kena angkat beg, beli air, angkat barang senior, bla bla bla.. ceh.. adik angkat la sangat.. macam haram..

tapi nasib baik la jugak sebab jasa beliau gua tak kena liwat.. kalau kena liwat mesti gua tulis entry liwat sekarang ni.. arghh...

Tetapi entry kali ni gua bukan nak buruk kan senior gua okeh.. gua tak salahkan beliau pun atas layanan sebegitu rupa.. gua ketika jadi senior macam tu juga perangai.. kiranya senior gua telah mengajar gua sesuatu yang penting iaitu "gua senior lu junior"

okeh okeh.. meh tengok gambar senior gua kawin.. beliau ambik gambar kahwin di kampung kitaorang iaitu Bukit Besi.. Siap ada lombong bijih lagi kat belakang tu.. cun sial..

Selamat pengantin baru bro.. bini lu memang cun..



Sunday, November 21, 2010

Kisah Lelaki.. (perempuan tak boleh baca)

Pada sepuluh tahun dahulu ada sebuah bandar bernama Gotham City.. Bandar ini ada ramai penjahat.. macam-macam jenis penjahat ada..


Dan seperti kebanyakan cerita Amerika yang lain, semestinya ada seorang superhero.. bukan Hiro yang suka pakai coli tu tapi ini betul-betul superhero..

rakyat tempatan memanggil beliau Ah-Yie (bukan nama sebenar). Dengan menggunakan muka hensem dan dua bijik pistol, Ah-Yie berjaya mengalahkan ramai penjahat... pergh..


Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di siang hari.. (ini peribahasa)

Entah macam mana Ah-Yie telah disengat oleh seekor kelawar.. Kelawar ini sangat berbisa spesisnya. Tengok kulit dan gigi pun dah tahu kelawar ni memang berbisa.. Entah bisa apa gua pun tak tahu..


akhirnya beliau menjadi hitam dan jahat.. segala kejahatan beliau lakukan.. ini semua angkara bisa kelawar itu tadi.. Sejak kejadian tersebut, rakyat Gotham City memanggil beliau Dark-Bekmeng..


Kejahatan Dark-Bekmeng telah melebihi batasan apabila beliau cuba mengintai Hanis Zulikha mandi.. aigo aigo..


Berita Dark-Bekmeng suka mengintai telah tersebar sehingga ke negara matahari terbit!! Seorang superhero dari Jepun telah datang untuk menyelamatkan keadaan.. siapa lagi kalau bukan Oltromen.. (lagu tema ultraman sekarang)


Dengan kuasa ultra, Oltromen terus fire Dark-Bekmeng.. Dark-Bekmeng terus lari dan lari..





(to be continued)


p/s : bukan Darkbatman dan Hanis Zalikha

Friday, November 19, 2010

Kenapa Dengan Remaja Di Pavilion

mana-mana gua pergi mesti baca pasal orang comolot kat pavilion tuh.. keh keh keh.. betul la lokasi kat pavilion kan? gua siap kaji selidik lagi video tuh.. betapa bersemangat nya gua ni.. har har har..

Punca diaorang comolot sebab sorang nak pergi klcc seorang lagi nak pergi mana ntah.. Bangsat je perangai.. gaduh-gaduh kemudian cium romen-romen.. chare jugak kan skill memujuk macam tu?

ceh..

kejadahnya pujuk macam tu? ingat ni amerika?

cakap pasal amerika, tadi gua ada tengok video korea paling cool kat facebook.. baru je upload dua minggu lepas.. kiranya ni video korea paling cool la gua tengok setakat ni.. apa kaitan korea dengan orang cium mulut?



gua layan korea sekarang.. anayongsayoo

Mandi Tasik Best Jugak Eh


budak-budak lepas mandi


Kat kampung gua ni ada tasik.. Tasik Puteri Bukit Besi nama nya.. korang boleh google jap lagi.. keh keh keh..

Macam-macam ada la kiranya.. Lama jugak gua tak mandi dan main kuda kat sini eh... homestay pun ado.. gua dah macam promote kampung sendiri pulak... har har har..

Thursday, November 18, 2010

Subuh subuh subuh!!

"Subuh subuh subuh!!!", mak gua jerit umpama warden asrama.. pergh.. dah lama rupanya mak gua tak kejutkan untuk semayang subuh.. keh keh keh..

walaupun gua dah besar macam gajah ni kadang-kadang gua saje je tido balik.. nak jugak merasa mak gua jerit kat lubang telinga nih.. baru la nostalgia namanya.. tapi niat gua tak kesampaian apabila penyangkut baju hinggap di kaki gua.. arghhh..

lepas solat secara berjemaah, gua selaku abang/imam akan tido balik.. gua kan boss jadi aktiviti tido gua mesti la sehingga tengahari.. baru la layak menjadi pemuda harapan bangsa.. ke guane?

waaaaa... waaaa..  (bunyi baby nangis)

bangsat anak sape la nangis ni.. siapa pulak ada anak kecik kat kawasan rumah gua ni eh? gua terus report kat mak gua cakap ada budak nangis.. mana la tahu takut-takut ada orang buang bayi kat belakang rumah gua ni. kang metro datang rumah senang skit gua tulis skrip siap-siap..

unfortunately mak gua cakap tu bunyi kucing.. gua dengar sekali lagi dan ternyata tu memang kucing.. kejadahnya bunyi kucing macam bunyi baby nangis? argh.. spesis ape la kucing ni... grrr..

gua tido balik.. gua rasa gua lah pemuda harapan bangsa..

Wednesday, November 17, 2010

Raya Ini Menggamit Rindu

Keh keh keh.. tajuk gua agak jiwang sikit...

Tadi raya macam biasa pergi masjid pastu semelih lembu pastu makan pastu tido.. tu je raya gua tahun ni.. malas gua nak pergi jalan-jalan rumah orang lain.. nanti diaorang boring pulak tengok muka gua ni. har har har..

Gua rasa perut gua dah buncit.. dem betul.. padahal lemang gua tak makan lagi sama itu ketupat.. yang gua makan hanyalah nasi sahaja 2 3 pinggan.. rupanya dah lama gua tak jumpa lauk sedap-sedap.. harapkan cafe kat kolej tu masak ntah pape la.. arghhh..

ini sahaja raya korban gua tahun ni. gua harap raya korang lebih bermakna dari gua.. salam sayang dari hamzah ian di kampung..

=)

p/s : waktu berak gua terganggu ketika di rumah.. mungkin perbezaan waktu dan suasana.. arghh

Selamat Hari Raya

keh keh keh.. selamat hari raya kepada semua readers.. gua tahu lu semua pemalas dan duk rumah je tengok TV.. Jadi gua sebagai rakyat prihatin sangat memahami korang..

Jangan duk sedih-sedih kalau raya sorang-sorang.. biasa la tu kehidupan. kadang-kadang hidup ni best kadang-kadang hidup kita tak best..

Selamat Hari Raya Aidiladha.. Selamat berkorban okeh? tak kira la korban apa pun.. hehe..


FYI tadi gua tengok video semelih lembu kat youtube.. then ada la nampak komen komen.. ada jugak komen penyembelih lembu ni bodoh? ayoo.. orang nak makan dia boleh cakap penyembelih bodoh lak..



apa pun meh kita tengok video cara orang semelih lembu okeh? mana-mana tempat gua rasa sama je.. asalkan ikut syarat kan?

selamat hari raya korban sekali lagi daripada Hamzah Ian..

Tuesday, November 16, 2010

Soal Jawab Bersama Hamzah

Akema Yazid : Apakah nama sebenar kamu? 
Hamzah Ian.. ade lagi tak tahu rupanya.. hehe..

EmiliaIdris : Mana dapat idea untuk berblog?
Ntah.. tiba-tiba gua rasa nak tulis gua tulis.. publish esok lusa pun takpe.. bukan orang tahu pun.. har har har..

Nur Syafiqah : Amjah.. har har..
ni soalan ke? dem dem.. grr..

Anon : Lu gila ke?
Lu rasa? 

Anon : Ko pernah comolot tak? Apa rasa dia?
next!!

Anon : kenal Hanis Zalikha?
Lepas lu tanya ni baru gua kenal.. seyes shit baru tengok blog beliau.. grr.. btw gua kenal Nik Aziz.. apesal takde orang tanya? argh..

Shahrul : ko suka shara sebab dia seksi ke?
grrr.. 

Anon : sehari berapa kali mandi?
Dua kali.. pagi dan malam.. macam mat saleh kan? har har har..

Anon : apakah cara terbaik bersetubuh?
Kejadah tanya soalan ni? ingat gua bapak ayam? argh.. pergi tanya Dr Ismail Tambi tuh.. 

Anon : penah tak ko jatuh cinta ngan kawan korang sendri.. last2 dia dapat tahu even though korang try nak rahsiakn.. last2 dia jauhkan dri.. memang la nampk sangat dia nak korang jadi kawan dia jek.. so ape korang nak wat? 
aaaa.... seyes gua tak paham soalan ni..

Ery Farieha : apa special nya aku pada korang?
erm.. kerana dirimu begitu berharga..  betul la jawapan ni kan?


Anon : Apa yang dimaksudkan dengan tarbiah?
ermm... siapakah nama anda wahai anon?


Anon : kenapa lelaki suka tengok porn?
gua rasa lelaki suka tengok porn sebab dia takde life.. Nak kawin takde duit, kalau dah kawen tapi still tengok porn ini bermakna bini dia tak cun macam maria ozawa.. dah tau bini tu tak cun pergi la beli jus mate ke, loreal ke, fair n lovely kasi cun.. ayooo... (pendapat gua je ni.. kang publish dalam Metro mampus gua..dem dem)


Anis Hang Tuah : awak dah makan?
Dah


Anis Hang Tuah : awak sihat?
sihat

Anis Hang Tuah : awk nak kawin bila?
errm.. 

Incek Ard : wooaahaaaa..
ni soalan bahasa apa?


grrr.. best jugak jawab soalan formspring ni.. har har har.. http://www.formspring.me/hamzahian

gambar takde kena mengena

Kampung

gua nak balik kampung dah.. sebut je pasal kampung lu jangan ingat kampung gua takde internet. Ade je stimik kat umah gua..

Jangan korang termakan hasutan drama-drama tv yang melebelkan kampung sebagai tempat yang sedih, tempat orang kerja tanam padi toreh getah, balik malam-malam letih, nasihat anak supaya belajar rajin-rajin.. takde duit lepas tu makan ubi kayu..

ceh.

orang kampung gua ni walaupun jamban ada kat luar rumah tapi kita orang takde la macam drama tv tu.. gua makan nasik lauk best apa.. gua pergi kebun best apa, gua mandi kat tasik best apa.. kampung bukan tempat sedih-sedih macam drama tv.. Ada je awek-awek pakai seksi-seksi.. jadi jangan risau okeh.. har har har..

salam sayang gua dari dalam bas..


Monday, November 15, 2010

Gua Ada Dua Awek

"Anak sape la tu eh"

Ni ayat yang gua selalu dengar kat kampung gua..Yup.. Kampung gua ni bukan la besar sangat, so kalau lu tak kenal siapa budak tu at least lu kena kenal bapak dia.. paham tak? am i going too fast?

so kalau ada budak kampung gua dapat 5A time UPSR mak bapak budak tu la paling bangga riak takbur.. okeh, takde la sampai riak takbur. Tapi siapa tak bangga kalau anak sendiri bijak pandai kan? gua sendiri bangga dengan anak gua yang masih dalam skrotum nih..

Jadi ceritanya macam ni..

semua orang kampung kenal gua punya bapak.. tapi mereka tak pernah tahu nama gua ni.. kadang-kadang muka gua pun takde orang kenal.. yang diaorang tahu gua anak Rudin.. anak Rudin buat tu, anak Rudin study KL, anak Rudin bla bla bla.. kiranya gua ni contoh teladan la kat kampung.. har har har..

ahhh.. lu orang dah tahu nama sebenar gua kan? sape tak tahu lagi baca entry Blackberry balik..grr..

Tapi yang dapat nama sebagai anak Rudin adalah adik gua.. gua syak adik gua dapat awek sebab awek tu ingat adik gua adalah gua.. lu paham tak apa gua nak cakap ni? ke lu sudah lost? siapa lost baca balik dari awal.. bila gua baca balik apekejadah ada banyak perkataan gua gua gua nih?? demmit..

Macam mana gua tahu benda ni? Hari tu gua jalan-jalan then someone ask me about a girl.. of course la gua tak kenal.. celah mana pulak gua berkapel dengan budak ni.. then bila beliau cakap kapel dengan anak Rudin gua terus terbayang adik lelaki gua..

demmit.. gua ada dua awek sekarang..

Babi Memang Lari Straight

Babi.. Time gua darjah lima gua pernah kena kejar dengan babi.. yup, babi.. atau bahasa lembut khinzir.. Gua syak lu budak-budak yang beranak kat KL ni tak pernah rasa ghairahnya dikejar babi..

Lu orang bandar tahu melepak kat KLCC je.. babi yang korang jumpa paling gampang pun kasut kulit babi.. Tu pun buat tak tahu selepas sentuh padahal kena samak. walaupun sekarang ni ada sabun untuk samak najis berat tapi gua tak pernah lagi jumpa sabun tu.. darn it..

Bukan gua nak diskriminasi budak yang lahir kat bandar.. its a joke okeh, take it easy..

Babi yang kejar gua tu bukan macam babi pink kat Discovery Channel tu.. Itu babi untuk makan.. tapi babi yang kejar gua bulu banyak, kaler hitam, ada tanduk kat hidung.. seyes betul-betul babi babi ni..

Kenapa gua kena kejar dengan babi?

Member gua time tu cakap makhluk babi ni kalau kejar kita dia akan kejar straight je.. takde belok-belok.. seyes shit apa mamat tu cakap semuanya betul macam gampang.. dah gua lari straight memang la babi tu kejar straight jugak.. mana gua ada masa nak pikir panjat pagar ke atau nak lari belok belok.. yang gua pikir time tu adalah "babi kejar gua" dan "mampus la gua lepas ni"

apesal la gua baling botol kat babi tu.. dem dem dem..

Yup.. pigs do run straight. that's my conclusion..


Sunday, November 14, 2010

Gua Menang iPhone 4

Gua menang iPhone daripada Digi.. tenkiu nuffnang tenkiu Digi.. Syukur alhamdulillah atas rezeki yang tak di sangka-sangka ni.. (ayat copypaste dari backberry)


har har har..
 
Mesti lu orang benci gila dengan gua sekarang ni sebab gua menang iPhone kan? kah kah kah.. kejadahnya gua menang iPhone4. Sepatutnya entry ni gua buat lama dah jadi sila salahkan internet konection yang lembap. Tahi keluar lagi laju gua rasa.. argh...
 
Okeh, sebenarnya pada hari Khamis lepas gua pergi ke kelab Zouk sempana Digi Pimp My Music Party. Sepatutnya gua pakai baju macam rockers tapi bila gua pikir balik kejadahnya pakai baju macam rockers..
 
Jadi sesiapa yang dressup macam artis berpeluang menang iPhone4.. Dan nasib baik gua tak pakai baju macam rockers sebab memang takde peluang nak menang.. Orang lain lagi maju daripada gua.. Che Arm pulak letak mangga tri-circle kat tengkuk.. Siapa la artis letak mangga kat tengkuk gua tak pasti.. har har har..
 
 
gua cuba menge-test iphone4. haram tak tahu nak tekan mana satu.. Bajet gua pernah guna iPhone je.. Ada sebijik best jugak ni..
 
Jangan tanya gua ni siapa.. gua tak tahu nama.. Lu tanya shahrul la nanti..
 
Ni pulak acara merebut beg digi.. last-last DD yang dapat.. DD pakai topi putih okeh.. Kena joget-joget, pastu muzik stop diaorang pun stop jugak.. heh
 
Ni Shahrul.. Beliau duk ambik gambar dari awal sampai akhir. mana gambar gua naik motor shahrul?? grr.. jangan publish gambar tu.. argh..
 
Ni time acara merebut iPhone4.. Lu tengok AC Mizal pun ada.. Elvis pun ada, Lady Gaga pun ada.. Nasib baik gua pakai biasa-biasa je.. Takkan nak lawan diaorang pulak.. siap bawak gitar lagi tuh. haha.. Takpe bro, yang penting semangat kesukanan..
 
seyes shit gua tak tengok Lady Gaga ni joget. Orang kata beliau joget dengan aksi ghairah.. Yang gua pasti ramai orang tua duk berkerumun depan stage untuk tengok Lady Gaga ni.. kah kah kah.. Yup.. beliau menang iPhone4.. kaki putih gila.. argh..
 
 
Kan gua dah cakap orang tua duk depan.. Eyriqazz paling seronok gua tengok.. Malam jumaat katanya.. Tak paham gua apa kaitan malam jumaat dengan joget-joget ni..

 siapa tak pernah pergi Zouk? ni la keadaan Zouk.. time Digi Party ni takde arak la okeh.. minum coke je..

Jejai jadi P-Ramlee malam tu.. Menjadi jugak muka Jejai ni eh.. Bean gua tak tahu fesyen apa..
 

Shah, Che Arm dan gua.. dem.. ada benda tak kena dengan gambar ni..
 
Gambar ni pun gua rasa ada benda tak kena... argh..
 
Lebih kurang 20 kali gua tengok gambar ni.. nasib baik tak stim tengok gambar sendiri..
 
Semua gambar daripada shahrulhairy.com, daydeck86.com, eyriqazz.com.. Kalau nak gambar kahwin boleh mintak khidmat Shahrul okeh.. Gua macam biasa curi gambar daripada orang lain sudah.. hoho
 
So kenapa Digi buat party ni? Sebenarnya dengan Digi korang boleh download bermacam-macam lagu dengan DiGiMusic PLAY! hanya RM5 sebulan menggunakan iPhone4 dan iPhone 3GS.. Lagi murah daripada syarikat lain kan? paham tak apa gua terangkan ni?
 
btw gua tak minum arak kat kelab Zouk ni okeh.. Gua makan nasik dan minum air coke je.. Lepas layan dua tiga lagu, ambik gambar sikit gua terus balik.. Seyes takde arak.. Lu ingat ni party liar ke? hoho.. seyes shit event ni best.. Apa benda diaorang cakap gua tak dengar sebab muzik kuat gila.. dum dum dum dem.. Nak tersedak asap rokok sebab jantung gua dum dum jugak.. gua buat-buat cool je lah..
 
p/s : gua tak dapat lagi Blackberry.. saje je nak bagitau korang.. hehe

Saturday, November 13, 2010

Kunci Perisa Tahi

Tadi gua berak.. Banyak perkara berlaku dalam hidup gua ketika gua berak.. betul gua tak tipu sangat..

Tadi gua berak.. Takde orang kat bilik gua, roomate keluar pergi mana entah gua taknak ambik tahu.. gua tahu gua berak lama jadi gua kunci pintu.. bawak kunci masuk jamban sekali..

Entah kenapa gua letak kunci tu atas lantai.. arghhhh.. tindakan yang paling bangang gua buat.. grr..

gua basuh berak, gua bangun, gua melompat dari jamban tu.. Entah kenapa gua melompat gua tak tahu.. Apa kejadah la gua lompat tadi..

Dan tiba-tiba kaki gua tertolak kunci tu masuk mangkuk jamban..

dem

jamban cangkung..

dem dem dem.. gua ambik penyangkut baju di ampaian.. Gua bengkokkan dawai penyangkut baju tersebut untuk mencapai kunci dalam mangkuk jamban..

Dan gua berjaya mencapai tahi gua sendiri.. tahniah kepada gua.. setelah 2 3  kali percubaan akhirnya baru lah berjaya gua naikkan kunci tersebut.. gua basuh kunci dan gua bukak pintu seolah-olah tiada apa yang berlaku.. argh.. mutawasitoh betul..



eh, gua flush ke tak tadi eh? lupa dah..

har har har..

Thursday, November 11, 2010

Nuffnang Premiere Screening Skyline

Semalam gua tengok cerita Skyline, terima kasih kepada Syaringinfo sebab bagi tiket free.. hehe


gua tak reti nak cerita pasal wayang ni jadi kalau nak info pasal cerita Skyline korang tengok kat blog Syaringinfo okeh? macam-macam beliau cerita.. terima kasih Syaringinfo a.k.a Nik

Cik Lily dan juga Mr Big

Nik atau lebih glemer syaringinfo.. Nik pun study UIA jugak.. Ko single lagi kan Nik?

Che Arm yang tak ajak gua tengok wayang.. Jadi gua rasa Nik kawan baik gua sekarang.. har har har..  Anak Perak dan juga RedLinda..  Sempat juga gua dengar teori RedLinda pasal sebelum dan selepas kahwin.. Imaginasi RedLinda sangat tinggi.. pergh..

Tu henset baru gua.. Torch, ada lampu kat atas henset tu.. dua orang belah kanan gua lupa tanya nama.. ayoo

Ini dia pasangan CheArm.. beliau bawak Tia dan tinggalkan gua sorang-sorang.. mentang-mentang gua ni jantan lu sudah lupakan gua eh Che Arm.. sob-sob.. Nasib baik Sharinginfo baik.. har har har

Tia ni cun orang nya.. Keh keh keh.. Lepas ni kena panggil Tia sebagai B..

Ni semua gambar daripada encik Daydeck.. gua tak ada kamera.. Gua tunggu gambar daripada Phreak-id dan Mr Curly tapi nampaknya diaorang tak update lagi..

Semalam habis exam dan semalam jugak gua pergi tengok wayang.. Dah Syaringinfo bagi jadi gua terima dengan hati yang terbuka.. ke macam mana Che Arm? hoho

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...