Rina Salleh, mak gua selalu je cakap nak jadikan Rina sebagai menantu.. gua agak takut juga dengan cita-cita mak gua.. Mana gua nak korek duit buat majlis besar-besar, sewa katering ajak Perdana Menteri dengan angkasawan sekali.. Mak gua cakap takpe, nanti orang-orang media prima akan sponsor
gua senyum.. selalunya doa dari mak gua makbul dan menjadi kenyataan..
gua ucapkan tahniah kepada Rina Salleh di page beliau.. gua tahu beliau sangat bizi jadi gua tak harapkan balasan dari mu Rina.. Dan dengan 'like' dari mu itu gua pasti doa ibu gua termakbul walau separuh sahaja..
Lepas ni korang jangan terkejut jika blog http://www.rinasalleh.com/blog/ terdapat update dari gua... mungkin gua akan jadi admin ke-dua blog Rina Salleh.. Dulu gua pernah mendapat jemputan untuk menulis di blog sumijelly.com sekarang Rina Salleh menawarkan perkara yang serupa.. Akan gua fikirkan ye Rina.. gua agak bizi sekarang ni.. exam tak habis lagi..
gua tahu korang semua akan cakap gua edit facebook ni.. takde, gua bukan lelaki seperti itu.. tak caya ni link gua dengan Rina.. har har har..
Lisa Surihani.. dah berapa kali gua mesej, komen, poke kat facebook.. tak pernah lu reply.. mungkin sebab mak gua tak suka lu agaknya..