Jadi saya kena buat review la kan? ok ok saya buat..
Sinopsis Khurafat (saya tak tutup mata pun, saya tengok habis walau takut ) :
Johan, lakonan Shamsul Yusuf yang kerja kat hospital baru je kahwin dengan Aisyah lakonan Liyana Jasmey.. Pada mula-mula cerita bapa Johan telah meninggal dunia dan Johan la yang kena jaga mak dan adik perempuan beliau..
Dan ada watak Hana lakonan Sabrina Ali.. Hana ni bekas girlfriend kepada Johan.. Dan lepas Johan tinggalkan Hana untuk kahwin dengan Aisyah maka Hana seperti orang gila dan tak dapat berfikir dengan waras dan mula ganggu hidup Johan sekeluarga..
Sejak Johan tinggalkan Hana dan kahwin dengan Aisyah, Johan dan Aisyah kena ganggu dengan syaitan/jin jahat.. Semua orang tertanya-tanya siapa yang buat benda-benda Khurafat ni.. semua orang ingat Hana nak balas dendam dan Hana lah yang hantar setan/jin jahat tu.. Tapi...
Tapi selepas Hana meninggal akibat beliau dirasuk oleh setan/jin jahat, semua orang bertambah pelik.. Aik?? abih tu sape yang hantar setan nih??? Hana dah mati tapi setan/ jin masih ganggu lagi..
dup dup dup (berdebar)..
Nak tahu siapa dalang disebalik gangguan setan/jin jahat ni maka korang kena tengok cerita ni okeh. har har har
Kena bagi rating ke ha? kalau kena bagi saya bagi 8/10 lah.. terbaik la tu.. kalau tak kena bagi rating nanti gua edit balik kasi buang ini rating okeh?
Memang berbaloi tengok cerita Khurafat ni.. penuh dengan aksi-aksi mendebarkan.. pergh..
sekian terima kasih..
p/s : thanks Cik Helena sebab tiket pra-tonton ni..
p/s : thanks Kak Ina atas gambar-gambar diatas..
p/s : ekcelli Scha memang tinggi dan beliau pakai heels okeh.. hehe