Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~

Wednesday, December 28, 2011

Ditiduri Hantu, Lepastu Kena Tindih Pula

hai uolssss~


Hai awak yang kena tindih hantu semalam.. Ya, awak lah yang duk bbm saya cakap kena tindih hantu sampai tak boleh nak gerak-gerak. Tapi boleh pulak awak gerakkan jari bbm cakap kena tindih ye.. Kiranya hantu tu tak tindih tangan awak je lah? Har har har.. 
*****


Gua yakin dan pasti ramai antara korang yang kena tindih dengan hantu ni. Dan kebanyakan mesti orang perempuan. KEBANYAKAN lah..


"Mak, semalam saya kena tindih hantu ler time tidur, satu badan tak boleh gerak", kata gua kepada mak..

"Tu lah kau, tidur tak basuh kaki, semayang kalau aku tak suruh entah buat entah tidak, pemalas pulak tu, bla bla bla", mak mula berceramah sambil tangan angkat-angkat gaya macam ustat...




Kenapa hantu biasanya tindih perempuan? Apesal jarang sangat gua dengar cerita hantu tindih lelaki ketika tidur?? 

salah satu teori gua adalah, hantu juga mempunyai nafsu.. Kalau lelaki kena tindih maknanya sama ada itu hantu kak limah atau hantu gay.. 






Dah nama pun hantu, mestilah keadaan fizikal dia pun fleksibel juga. Kalau korang ditindih hantu maknanya body korang ketika tidur  memang sesuai dengan nafsu hantu. Tahniah diucapkan.





Tapi, golongan manusia yang dah kahwin biasanya tak kena tindih dengan hantu dah.. Tak pernah lagi setakat ni gua dengar golongan bini-bini kena tindih dengan hantu. Cerita kena tindih dengan laki sendiri itu perkara biasa kot.. haha..





Dah-dah.. Ekcelli, yang sebenarnya kalau ikut wikipedia dan sedikit google, gua mendapati keadaan tak boleh bergerak ketika tidur sebenarnya bukan kena tindih hantu pun.. Ni dinamakan Sleep Paralysis. Binatang apa sleep paralysis tu lu orang bacalah sendiri, malas pula gua nak taip.. hahaha~





Lain kali tidur lah elok-elok, macam gua ni, tak pernah lagi kena tindih hantu tau dak. Tapi gua tidur freestyle pakai boxer aje, kenapa takde hantu nak mai tindih? body gua tak menggiurkan ke? misteri juga ni..




Sunday, December 25, 2011

Yassin Dan Penutup Botol

Masa gua darjah enam, UPSR, ada majlis bacaan yassin untuk budak-budak ambik periksa. Jadi ramai lah yang bawak air berbotol-botol dan letak ditengah-tengah sambil orang ramai duduk keliling botol-botol air tersebut.


gambar hiasan - ni bukan gambar orang sembah botol ya..


Tiba-tiba, dalam duk sibuk ramai-ramai pergi letak botol kat tengah-tengah sambil bukak penutup botol, seorang budak ni tersepak botol tu. Dari satu botol yang jatuh dia kena botol yang lain. Maka jadi lah "chain-reaction" dua tiga empat bijik botol jatuh sampai karpet masjid basah.


Disaat darjah enam itu kepala otak gua mengalami ejakulasi dan terus terpikir..

"Kenapa perlu buka penutup botol tu ketika baca yassin? Adakah ayat yassin tak boleh masuk ke dalam botol tertutup dan tidak memberi efek 'power' pada air tersebut?"



Berbelas tahun kemudian yakni semalam, baru gua ingat balik apa yang gua pikir ketika darjah enam tu dan gua tanya lah di fesbuk. 

Nah, ketika gua tanya soalan ni di fesbuk, ada yang tak paham sampai chat fb gua. Hahaha.. Ekcelli, bukan gua nak kata benda ni haram. Bukan gua nak kata benda ni tak boleh pun, tapi kalau tengok soalan tu ada "kenapa?" dan "adakah". Jadi saje je nak tahu. Takkan lah korang tak pernah terpikir kot? ke gua sorang je pikir benda ni? haha..



Ayu Robin cakap kat komen,
"ikut logik la kan..bacaan surah tu sampai la kt air tu dan kita memang nak fokus kat air tu untuk buat air yasin..kalu tak air dalam tangki rumah pon boleh jadi air yasin la kalu baca dalam rumah"


(bukan nak bahan Ayu, Ayu ni kawan blog gua yang paling lama, siap buat entry khas untuk beliau lagi dulu-dulu)LINK


apa yang gua paham, Ayu cakap sebijik apa yang mak gua cakap ketika gua tanya soalan ni kepada beliau. Bacaan surah tu sampai kat air tu kalau penutup dibuka. 

Jadi, ikut logik lukisan paint,

bacaan yasin akan masuk ikut lubang botol atas tu. Kalau tutup botol, bacaan tu tak masuk lah wahai Mejoh woi! Dari gemaan bacaan yasin, gemaan tu akan efek air yasin tersebut dan seterusnya mengubah molekul-molekul air.


Yang pasal molekul-molekul air tu memang betul, memang dia berubah. Dah ada kajian, sila lah google. Dan air yang terubah molekul dia ni lebih baik kualiti dari sebelumnya. Kalau ikut kajian tu lah. Tapi gua memang percaya air yasin ni power. Serius gua percaya.




Apa jadi kalau kita tutup botol? Bacaan tu tak masuk kah? Takde 'power' sangat lah bacaan yasin ni kalau botol tertutup pun tak boleh nak masuk kan? (ini dah masuk soalan 'adakah')





Macam mana dengan orang baca yasin dekat kubur? "kena gali kubur letak corong, baru lah bacaan yasin boleh masuk dalam kubur ke?"


Hang persendakan yasin Mejoh!!! Hang Yahudi!!! 


rilek-rilek beb, yang bab kubur tu memang takdak kaitan pun. Saje je gua buat lawak tanya soalan takde kaitan. Baca yasin kat kubur nak sedekah pahala kat arwah. Bukannya nak sedekahkan bunyi kat arwah ye tak? Kan pahala tu benda ghaib, kalau boleh letak corong gitu gua pun nak jugak. Buat lubang corong kat otak, orang baca yasin otak gua serap lah. Tak gitu? hahaha


Baca kat kubur tu nak sedekahkan pahala.

(masa gua form 4 atuk gua mati, pakat baca yasin sedekah pahala kat kubur beliau, masa tu juga gua pikir, kalau kita record bacaan yasin, lepas tu play 24jam kat kubur tu. Maka pahala arwah makin banyak la kan? Ni pengaruh drama TV, orang sakit pasang CD bacaan yasin)





Berbalik kepada penutup air tadi ya habibi ya maulana ya tahi babi ya kucar lanar..




Teori gua saje ni. entoh betul entoh tidok gua pun tak pernah eksperimen dengan air yasin..

Sains UPSR gamaknya. Daripada tiga medium(air, udara, pepejal), bunyi bergerak lebih cepat pada objek pejal,  cepat pada air, paling slow pada udara. 


paling cepat gila - pepejal (ex: botol, dinding etc)
cepat sikit je - air (omputih-water)
paling slow - udara (omputih-air) 



"Dah tu Mejoh, apesal gua selam kepala dalam air dengar sikit-sikit je?"
"Sebab kepala hang masuk air la bangang! Ingat telinga hang telinga ikan duyung?" 




Jadi kesimpulannya, gemaan/vibration dari bacaan yasin still masuk dalam air tu!!!! gyahahahahahaha~



ke salah teori ni?


apa pendapat korang? ace komen sikit, gua ni ilmu tak banyok, suka bertanya kenapa kenapa je..  



Saturday, December 24, 2011

Cara Jaga Hati Lelaki/Pakwe/Suami

gua seorang lelaki. Ya, lelaki sejak lahir..

Kadang-kadang orang perempuan tak reti jaga hati lelaki. Tetapi, walaubagaimanajadahsekalipun lelaki tetap sayang makwe dia.. Suwit tak ayat gua ni?



1. Puji lah pakwe anda.

Ya, lelaki hensem kat atas dunia ni berapa kerat sahaja. Tapi disebabkan "cinta itu buta" maka cinta tidak lagi mengenal paras rupa bak kata orang tua-tua.. Tiba-tiba rasa geli pula tulis entry ni.. haha...

Puji pakwe korang tu, bukan puji hari-hari, tapi cukup lah sekali seminggu atau sebulan sekali. Nanti dia perasan pula korang menipu ye tak?



2. Jangan Merajuk Selalu


Ya, perempuan memang selalu merajuk! Perasan atau tak, lu orang memang kuat merajuk secara sedar atau tidak. Mungkin lu orang bajet merajuk tu comel, padahal comel sikit-sikit aje. Asyik-asyik merajuk, asyik-asyik merajuk.. Buat "buku merajuk" satu bijik. Merajuk sebulan sekali dah la.. hahaha...



3. Jangan cerita detail sangat pasal pakwe anda


Ya, mengikut kajian status gua semalam di facebook, "perempuan cerita semua benda kat kawan dia eh? SEMUA?" 


kebanyakan gadis gadis nampaknya akan cerita segala benda dekat bestpren diaorang. Dan menatang ni lah yang paling kami laki-laki tidak suka benor. Kenapa? Kerana pada masa akan datang lelaki semestinya jumpa makwe punya bestpren, dan pandangan bestpren tu lain benor gayanya bila jumpa.. macam kami ni buat salah, macam kami ni jimbek sangat, macam... 















4. Jika lu orang ni sudah menjadi golongan isteri maka bak kata orang tua-tua cara paling penting yakni ilmu paling atas menjaga suami ni ada dua. Pertama pada perutnya, kedua pada kemaluannya. 


Ada bini jenis yang buat satu sahaja, sama ada bagi suami makan makanan sedap ataupun aktiviti bilik tidur tu sedap. Apa kata buat dua benda dalam satu masa. Bak kata orang putih "kill two birds with one stone".


Peribahasa ini bukan bermaksud membunuh kemaluan suami anda dengan batunya sendiri, tapi buat dua perkara pada satu masa yang sama. Dengan lebih tepat lagi gabungkan "menjaga perut" dan juga "menjaga kemaluan" menjadi satu perkara.. hahaha.. hebat tak? ke takde orang paham ayat gua tulis? hahaha..




















sekian terima kasih. 
Cinta itu buta. 

Saturday, December 17, 2011

Penangan Ombak Rindu - Blogger Lelaki Terpeluk Maya Karin

hai #teamfazura sekalian..


Lama dah gua nak tengok Ombak Rindu ni, ajak kawan-kawan semua duk pakat booo sebab ni cerita jiwang kata diaorang, baik tengok Tom Cruise diaorang cakap.. ceit..


Semalam dapat juga tengok Ombak Rindu, Faz pula yang belanja. Lawo betul Faz ni, kalau lah Ombak Rindu ni boleh undo balik, rasanya Faz paling cun berlakon jadi Mila ganti Lisa Surihani. Bukan nak kata lakonan Lisa tak menjadi, cuma nampak macam watak tu lagi sesuai untuk Faz.


Terpanggil nama manja Faz pulak dah... Fazura la, Nur Fazura... Fazura yang belanja semalam. keh keh keh.. seriously Fazura yang patut berlakon watak Mila, kesian Mila bercinta dari zaman sekolah lagi. Last-last dapat kat Izzah.. hahaha..


hambik, kepala macam baru selam minyak masak..



Orang kata banyak scene yang kena potong, kena tunggu DVD keluar lah, baru dapat tengok full cerita dia. Tapi serius Ombak Rindu memang sedap, menangis juga sikit-sikit. 


Kalau lah cerita ni boleh undo balik, apa kata buat Ombak Rindu part 1, lepas tu Ombak Rindu part 2. Ala-ala cerita Harry Potter tu. Barulah tak mengecewakan peminat novel ni. Ini tidak, benda tu takde, benda ni takde sebab masa tak cukup nak letak semua.. 


Lakonan Maya Karin mantap. Tiba-tiba rasa nak bagi jam yang gua pakai ni kat bakal bini. Tiba-tiba rasa nak menyorok dekat celah batu masa dating bajet macam Ombak Rindu.. Tiba-tiba nak cari bini yang berkemban aje setiap masa, rambut panjang baru lepas mandi. Tiba-tiba rasa nak cari jodoh kat kelab malam, mana lah tahu kalau nasib baik leh jumpa anak dara kampung yang tiba-tiba jatuh depan kereta... hahaha..

hai izzah.. (lambai-lambai), kali kedua kita jumpa ni. Dulu time movie Khurafat

Hai Fafau! nak jadi #teamfafau boleh?




dahtu apa kaitan tajuk "terpeluk Maya Karin" ni???












hehe~



redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah... 
har har har

Monday, December 5, 2011

Day 1- FAM TOUR, Kembara Selangor Shines 2011


Tanpa banyak cakap, meh sini nak cerita apa kebenda Fam Tour ni. Ehemm..
2-4 Disember lepas, Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor buat satu program "Fam-Tour Kembara Selangor Shines 201". Untuk apa program ni?? Mesti lah untuk melancong dalam negeri Selangor.. hahaha… Walaupun dah lama duk Gombak baru tahu dalam Selangor banyak lagi tempat yang tak pernah pergi.. haha..
Jadi, sebab depa ajak jalan-jalan pusing Selangor, tambah-tambah free tak payah bayar apa pun, tambah-tambah baru aje lepas exam, gua join saja tanpa banyak soal.. hehe..
So, apa yang kami buat hari pertama FAM Tour ni??

Pertama sekali berkumpul dekat Masjid Biru Shah Alam. Tapi sebab terbabas tidur sampai pukul 7, naik pula KTM sampai Shah Alam, ingat ni cerita Doremon kalau lambat boleh guna pintu suka hati? Hahaa..
Dalam jam  9.30 Encik Yusry pun call, “Encik Hamzah tak payah pergi Masjib Biru, terus pergi Bukit Cerakah. Kami dah bergerak dah”
Sobsss.. kena tinggal…  Padan muka.
(pengurusan masa urusetia memang terbaik, kalau dalam kertas tulis gerak jam 9.00, memang pukul 9.00 la diaorang gerak)
Taman Botani Negara, Shah Alam. (bukit cerakah)


 gambar guna phone 2MP,
Owh.. Ingatkan dalam rumah ni ada musim durian ke, musim rambutan ke, musim cempedak ke.. hahahaha… ok tak lawak langsung..
Musim panas, sejuk, bunga dan luruh.. kira bajet duk oversea lah. Bukan semua musim ada dalam ni okeh, Cuma satu rumah tu musim dia berubah-ubah ikut masa. Kalau sekarang ni kat ober-c dah musim sejuk dah, jadi rumah ni pun bertukar jadi sejuk nak mampus. Hohooo

Kemudian ke Taman Cendawan. Tapi apa yang magik nya taman cendawan ni adalah, cendawan tak ada langsung! Hahahaha.. tapi yang banyak gila pokok-pokok herba kat sini, ada yang boleh makan macam tu aja. Alah, macam makan nasi dengan budu la rasa dia..
 Serius tahi tempat ni kalau riadah-riadah dengan anak bini memang best. Nak buat tempat ambik gambar wedding pun lagi cantik dan lagi best dari Frim. Hoho..

gambar air terjun tak sempat ambik, tapi air terjun dari air empangan tu jugak la.. Tak sempat ambik sebab melantak makan nasik. Lapor beb.. lapor..

Taman Botani Negara [untuk lebih info klik sini http://www.tbnsa.gov.my/web/guest/home]


2nd Checkpoint, Royal Theatre Shah Alam.
Lepas semayang Jumaat di Masjid Biru, kami terus pergi ke next stop iaitu Royal Theatre, Shah Alam. Kebetulan malam nya ada Maharaja Lawak Mega kat sini. Dapat la tengok macam mana gayanya backstage dan preparation sebelum live Maharaja Lawak ni..dapat juga jumpa Boboi, Mr Os, dan juga artis yang tak ingat nama.. hahaha
Royal Theatre ni sebenarnya baru siap. Dan fungsi dia lebih kurang sama macam Istana Budaya. Tapi apa yang bestnya, Royal Theatre ni kemudahan dia super awesome, siap ada stage yang gerak-gerak lagi. Air-cond takde, tapi diganti dengan udara semulajadi. Mesti korang macam.. “waddedell? Tak panas ke duk ramai-ramai dalam tu?” oi oi, zaman dah canggih beb,  rasa udara dia macam air cond juga. Dah nama pun super awesome, mesti lah canggih gila system dia kat sini.. hoho..


3rd Checkpoint, State Library, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
Kalau sebut library, dalam kepala mesti pikir ada buku, dan ada buku lagi, dan buku lagi.. haha.. tapi dekat state library ni ada macam-macam beb. Gymnasium, tempat game, internet laju, dan paling best ada XD Theatre 6D Ride Motion(wayang yang ada kerusi gerak-gerak, angin tiup,air simbah atas muka). 

bila pikir-pikir balik adakah ni library dengan kemudahan macam mall ataupun mall dengan kemudahan library? 

sumber gambar [link]
Lagi satu, nak masuk library ni kena bukak kasut, sebab tema diaorang ala-ala “My Second Home” lah. Serius bersih, sebab tu lah kalau pergi sana nak tidur garu-garu telor sambil baca buku pun boleh. Haha..
 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
Jalan Kelab Golf 13/6,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan



4th Checkpoint, Hotel Concorde, Shah Alam

Dah penat, kami dibawa ke hotel jap. Simpan barang, mandi selam air, tukar baju terus pergi dinner.. Tema dinner adalah culture night. Macam-macam pesen ada, ada yang jadi pak haji, ada jadi pengantin, Chinese dengan Indian punya culture pun ada. Haha.. macam biasa blogger ni mana pernah ikut tema, kalau ikut mesti kalah punya..
Dalam banyak-banyak hadiah lucky draw tu, tak ada satu pun mengena! Arghhhh!!!Kenapalah gua tak dapat Galaxy Tab!!

Habis dinner, balik bilik dan terus tidur mati. Esok ada lagi…oyeah..

semua gambar diambil oleh Rayyan Haris, Myravea, dan YanaYassin

Sunday, December 4, 2011

Cara elak diri dirogol

 Heh.. macam biasa entry ni untuk perempuan, jantan dengan lelaki lembut boleh ambik iktibar.. har har har..

So apa cara paling betul untuk elak kena rogol? Untuk jawab soalan ni, gua kena berfikir sebagai seorang lelaki yang mahu merogol perempuan.. kalau lah gua ni perogol, apa yang membantutkan nafsu syahwat gua untuk merogol? Kalau je okeh.. grrr

Belajar silat 
Hakikatnya belajar silat, karate atau menatam apa sekalipun tidak akan membantu ketika dirogol.. cuba ambik contoh ni.. hari-hari korang baca quran.. tiba-tiba suatu malam korang jumpa hantu, gua gerenti semua orang lari laju-laju.. haha.. time belajar silat boleh la yihaa yihaaa kan? jadi nasihat gua jangan belajar silat..

Dah tu? Apa cara untuk elak dirogol?

Kencing ketika dirogol
lelaki mana yang nak rogol kalau dah ada air kencing? Hancing tahu? Air kencing sendiri pun gua tak pernah pegang, inikan nak sentuh air kencing orang lain..



Simpan bulu banyak-banyak 
Kalau lah gua ni seorang perogol, gua geli dengan bulu-bulu ni.. jadi, start dari sekarang, anda sebagai wanita yang takut dirogol sila lah simpan.. ujang dengan ayeem pun cakap mereka geli ngan bulu.. bukan gua sorang je .. jadi apa salahnya mencuba simpan bulu, ye dak?



Pakai Kotex setiap hari 
Kalau lah gua ni perogol, gua tak nak rogol perempuan yang sedang haid.. kotor tahu kotor? Tapi, sebagai seorang lelaki, macam mana gua nak tahu beliau sedang haid ataupun beliau suci bersih???? Jawapannya mesti la gua tak tahu!!! Har har har...

Yang gua tahu kalau pakai Kotex mesti la haid.. ye dak? Jadah apa orang pakai kotex saje-saje kan? Nak tadah air kencing? Tak logik la pulak.. Jadi bila lelaki nampak kotex beliau akan assume anda datang haid.. bijak tak gua??



Dah la.. kalau lah gua ni perogol, benda-benda ni la yang membantutkan semangat gua untuk merogol.. cara ni lebih efisien, jimat, dan amat berkesan di waktu kecemasan... kalau je okeh, tak ada niat pun gua nak jadi perogol.. grrr


Tapi kalau dah buat semua ni tapi dia rogol jugak nak buat macam mana ???

Hmmm..

Wednesday, November 23, 2011

Sperma : Jiran


semua orang tahu lelaki mempunyai dua bijik telor. Dan ini kisah antara dua sperma yang berasal dari telor yang berbeza.


Seekor bernama Mat, dan seekor lagi bernama Mahmod. Kedua dua mereka berasal dari telor, tapi bukan telor yang sama.



disebabkan gua malas buat research, maka dipendekkan cerita kedua-dua sperma ini bertemu juga.











Kejayaan takkan jatuh atas riba macam tu aje. Komplen banyak-banyak apa guna? Macam lah dunia ni lu orang saja yang hidup.


Monday, November 21, 2011

Cuti Sekolah Masa Untuk Bersunat?

helloooooooooooooo...

gua Mejah, in case lu orang sudah lupa pada gua. hehe..



pada cuti sekolah lebih kurang sama macam minggu ni iaitu suatu ketika dahulu, gua telah berjaya disunatkan. Ya, percaya atau tidak.

kalau ingat-ingat lupa lah, masa tu ketika gua darjah lima gamaknya, cuti sekolah lebih kurang macam ni juga, cuti seminggu.

Sebelum bersunat, seperti kanak-kanak lain, gua dengar macam-macam cerita pasal aktiviti persunatan ni. Ada orang kata bersunat kalau umur semakin meningkat kemaluan akan semakin sakit. Kalau hipotisis subjek sains darjah lima, semakin meningkat umur semakin sakit kemaluan.


Ada yang kata sakit macam gigit kerengga, ada juga yang lebih-lebih buat cerita tok mudim silap potong sampai habis. Gila babi punya tok mudim.




Masa gua bersunat dulu-dulu, bapak gua tanya, nak sunat ramai-ramai ke, atau nak sunat dekat klinik? gua pilih Klinik Ahmad masa tu sebab pikir privacy sikit. Tapi binatang haram punya klinik punya privacy, dah macam upacara potong conec beramai-ramai dah kat dalam tu. Yang gua ingat ada budak kecik umur lima tahun sorang, pakcik india mualaf sorang.

Dalam bilik memotong pula ada seorang nurse perempuan dan ada doktor lelaki. Jadi semua sekali ada lima termasuk atuk dan juga bapak gua. Privacy lah sangat kan.. Walaupun area pemotongan cuma kat bawah tu aje, tapi gua sampai sekarang tak paham kenapa doktor tu suruh gua bogel. arghhh...


entah kenapa, gua rasa klinik dekat malaysia patut ada seorang nurse perempuan. Untuk bagi semangat. Serius rasa macam kena rasuk semangat jin pun ada.



Paling sedap bila balik rumah, gua kan anak lelaki sulung. Maka aktiviti persunatan ibarat satu keramaian. Maka pakcik pakcik apa lagi. Pakat tengok apa dah jadi dengan kemaluan gua yang dah bersunat ni. Nasib baik pakcik yang tengok. Kalau makcik?






siap satu entry.

dah, gua mau tido.. tata.. selamat bercuti adik adik yang bersekolah. Kepada bakal isteri, sila jangan bagitahu mak anda pasal entry ni. Mekacih..

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...