Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~
sedang gua baring-baring dihadapan tv sambil marathon cerita House season 7, mak gua duduk hampir dengan baringan gua..
***
"ko ada awek tak?", mak gua mulakan bicara..
"huh?", gua jawab..
"ko ada awek ke tak? ace slow sikit tibi tuh", mak gua tinggikan suara..
"entah la mak", gua jawab sambil remote astro sorok belakang bontot, takut mak gua tutup tv..
"lelaki melayu kalau ko nak tahu macam hancing.. tahu hancing? kalau sebelum berbini dia baik macam dewa, rumah bakal mertua tak payah cakap lah, hari-hari dia pergi melawat bawak buah rambutan"
"huh?", gua jawab lagi
"lagi satu, lelaki melayu mati awal.. tahu kenapa dia mati awal?"
"nape?"
"hari-hari hisap rokok, balik rumah duk goyang kaki, itu baju kotor siapa basuh kalau bukan bini? itu rumah sepah-sepah siapa tukang kemas kalau bukan bini? lelaki melayu ni tak sihat tahu tak sihat? hisap rokok, makan tidur, makan tidur lepas tu start kereta pergi jalan-jalan hujung minggu"
"kalau bab mengalah jangan harap lelaki nak mengalah kalau gaduh, bini yang kena mengalah tahu? kang dia kata derhaka pula kalau tak mengalah. ye dak?"
"saya bukan nak kahwin esok lusa mak, apa kaitan dengan saya ni mak??"
"saje je mak nak kabo...",
***
kakak gua keluar dari bilik beliau sambil angkat ibu jari ke arah gua dan mulutnya mimik gaya orang gelak..
Kungfu Panda 2 serius sedap gila babi.. (orang wayang marah tak kalau gua sebut gila babi?)
okeh okeh, ekcelli gua tengok Kungfu Panda hari rabu lepas, tapi gua baru nak update sekarang boleh? keh keh keh.. thanks nuffnang, thanks Thara, thanks Jardness..
Selepas movie Kungfu Panda 1 dulu-dulu, gua rasa Kungfu Panda 2 ini adalah cerita kartun terbaik gua pernah tengok sepanjang tahun 2011 ni.. keh keh..
ada ke patut panda tu baru perasan bapak dia seekor angsa????? ekspresi muka memang takleh blah, memang lawak. Jangan cakap cerita ni tak logik, dah nama cerita kartun memang la camtu ye dak? hehe.. Dan bila dapat tengok 3D, entah kenapa gua rasa lagi super duper best cerita ni..
tambah-tambah suara Jack Black sebagai panda.. Angelina Jolie, Jackie Chan, Michelle Yeoh, Dustin Hoffman dan ramai lagi ah.. apesal suara orang-orang femes je dalam cerita ni??? sebab cerita ni memang bestt!!! hahaha
5 Dragon Warriors
untuk Kungfu Panda 2 ni, Po iaitu seekor panda gemok merupakan panda yang terakhir kat China.. Kenapa panda-panda ni nak pupus??? sebab ada watak jahat iaitu buruk merak yang bunuh kaum panda ni.. Burung merak dalam bahasa omputih Pea-cock kan? kan?kan?
"How can kungfu stop something that stop kungfu?" <---ayat lebih kurang camni, gua tak ingat, tapi bila panda sebut memang lawak..
dalam Kungfu Panda 2, Po yang dalam misi untuk memusnahkan senjata yang memusnahkan kungfu telah pergi ke tempat raja-raja.. Raja ketika itu adalah Peacock yang maha haram jahat.. Dan ketika misi ini lah Po dapat tahu bahawa raja Peacock ni la yang duk bunuh kaum panda.
patut lah bapak Po seekor angsa.. angsa tu ambik panda sebagai anak angkat rupanya..
serius best.. tak rugi kalau korang tengok 3D.. gambar 2D pun ada, cuma di pawagam yang terpilih sahaja okeh
okeh, dulu-dulu gua pernah buat entry pasal movie Khurafat, filem thriller pertama arahan Shamsul Yusuf. Dan sekarang Shamsul buat lagi filem tapi dengan genre aksi pula iaitu KL Gangster terbitan Skop Production.. hampir seratus peratus aksi.. perghh
Filem KL Gangster dibintangi oleh Aaron Aziz, Adi Putra, Sofi Jikan dan Zizan memang lain dari lain..
Jadi apa cer ni???
Sinopsis KL Gangster
Malik seorang bekas gangster yang baru keluar dari penjara mempunyai dua orang adik iaitu Jai dan Zetti. Malik suatu ketika dahulu merupakan ahli kumpulan gangster yang diketuai oleh King. King mempunya seorang anak tiri bernama Shark, dan Shark lah punca utama kenapa Malik dipenjarakan.
Di bahagian lain kota Kuala Lumpur, terdapat satu lagi kumpulan gangster iaitu Dragon. Adik kepada Malik iaitu Jai adalah ahli gangster kumpulan ini.. Bagi Jai, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memdapatkan duit. Tidak kiralah mengkhianati kumpulan sendiri dan juga mengkhianati abangnya.
Disebabkan dendam lama terhadap Malik, Shark meminta Jai untuk menjadi ahli kumpulannya. Dan Jai diminta untuk menghapuskan abang beliau sendiri. Manakala Shark pula mahu menghapuskan ayah tirinya sendiri untuk ambil alih kumpulan King..
wahh... gila-gila punya gangster ni.. nak tahu kesudahan konflik adik-beradik, sahabat rapat dan musuh gangster ni korang kena la tengok sendiri ye dak??
****
Adi Putra yang taff
Gua rasa cerita ni memang best.. Serius best.. kenapa?
scene aksi dari awal sampai akhir cerita.. Kalau tak tumbuk orang gangster ni sepak orang.. Kalau tak dapat sepak orang, tersepak meja pun boleh pecah.. kata gangster, gangster kena la ganas ye dak? Jual sayur dua tiga ribu sekilo, jual ayam empat lima ribu sekor, baru lah gangster...
sebelum ni kalau kita tengok cerita lain, kalau scene bertumbuk mesti tak kena kan? dah la tak kena tapi bergolek-golek macam apa ntah.. tapi KL Gangster tak macam tu.. aksi diaorang memang menjadi, kalau tumbuk meman betul muka tu kena tumbuk.. bergaduh pun ada skill orang kata..
memang menjadi filem aksi ni..
****
Sheera.. alaa, halimah jongang tu. hehe
shamsul yusuf dan bloggers lain yang tiba-tiba mahu ambik gambar dengan gua.
bloggers yang hadir adalah Jahar, Bean, Hazman, Cik Hel, dan juga Ujang.. Ujang tu nasib je sebab ada orang cancel jadi gua ajak dia ganti lah.. citer dalam blog nak lebat je Ujang eh? hahaha...
saya tahu masa cikgu belajar kat maktab perguruan dulu-dulu cikgu mesti tak pernah terpikir pun ada anak murid macam saya kan?
masa saya darjah satu dulu-dulu, saya ni penakut orangnya.. nak jawab soalan cikgu saya takut, nak angkat tangan untuk bertanya saya takut, nak tengok mata cikgu pun saya takut.. yang paling saya takut nak minta kebenaran ke tandas.. sampai tercirit saya pada ketika itu.. terima kasih cikgu kerana tolong basuh..
***
selamat hari guru, seyesly gua sayang semua cikgu-cikgu.. terutama cikgu-cikgu wanita yang masih bujang, cikgu-cikgu wanita yang masih bujang adalah antara sebab utama gua suka ke sekolah.. keh keh..