Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~

Wednesday, May 25, 2011

Press Screening: KL Gangster 2011

thanks Cik Helena atas jemputan ni..

okeh, dulu-dulu gua pernah buat entry pasal movie Khurafat, filem thriller pertama arahan Shamsul Yusuf. Dan sekarang Shamsul buat lagi filem tapi dengan genre aksi pula iaitu KL Gangster terbitan Skop Production.. hampir seratus peratus aksi.. perghh


Filem KL Gangster dibintangi oleh Aaron Aziz, Adi Putra, Sofi Jikan dan Zizan memang lain dari lain.. 

Jadi apa cer ni???

Sinopsis KL Gangster

Malik seorang bekas gangster yang baru keluar dari penjara mempunyai dua orang adik iaitu Jai dan Zetti. Malik suatu ketika dahulu merupakan ahli kumpulan gangster yang diketuai oleh King. King mempunya seorang anak tiri bernama Shark, dan Shark lah punca utama kenapa Malik dipenjarakan.

Di bahagian lain kota Kuala Lumpur, terdapat satu lagi kumpulan gangster iaitu Dragon. Adik kepada Malik iaitu Jai adalah ahli gangster kumpulan ini.. Bagi Jai, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memdapatkan duit. Tidak kiralah mengkhianati kumpulan sendiri dan juga mengkhianati abangnya.

Disebabkan dendam lama terhadap Malik, Shark meminta Jai untuk menjadi ahli kumpulannya. Dan Jai diminta untuk menghapuskan abang beliau sendiri. Manakala Shark pula mahu menghapuskan ayah tirinya sendiri untuk ambil alih kumpulan King.. 

wahh... gila-gila punya gangster ni.. nak tahu kesudahan konflik adik-beradik, sahabat rapat dan musuh gangster ni korang kena la tengok sendiri ye dak??

****
Adi Putra yang taff

Gua rasa cerita ni memang best.. Serius best.. kenapa?

scene aksi dari awal sampai akhir cerita.. Kalau tak tumbuk orang gangster ni sepak orang.. Kalau tak dapat sepak orang, tersepak meja pun boleh pecah.. kata gangster, gangster kena la ganas ye dak? Jual sayur dua tiga ribu sekilo, jual ayam empat lima ribu sekor, baru lah gangster... 

sebelum ni kalau kita tengok cerita lain, kalau scene bertumbuk mesti tak kena kan? dah la tak kena tapi bergolek-golek macam apa ntah.. tapi KL Gangster tak macam tu.. aksi diaorang memang menjadi, kalau tumbuk meman betul muka tu kena tumbuk.. bergaduh pun ada skill orang kata..

memang menjadi filem aksi ni..




 

****



Sheera.. alaa, halimah jongang tu. hehe

shamsul yusuf dan bloggers lain yang tiba-tiba mahu ambik gambar dengan gua. 


bloggers yang hadir adalah Jahar, BeanHazmanCik Hel, dan juga Ujang.. Ujang tu nasib je sebab ada orang cancel jadi gua ajak dia ganti lah.. citer dalam blog nak lebat je Ujang eh? hahaha...

terima kasih sekali lagi kepada Cik Helena.. 

semua gambar dari Jahar, Ujang dan Hazman, gua macam biasa kamera tak ada.. grrr
Comments
30 Comments

30 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said... [MEJAH JAWAB]

dah kuar ke? heheh..banyak betul cerita tak tahu nak layan mana ni...

Unknown said... [MEJAH JAWAB]

mcam best ;D

normala_ali said... [MEJAH JAWAB]

wah taw mmbr pon kata kl gengster nie best giler.. zizan hensem.. heheh... :)

dak eina said... [MEJAH JAWAB]

perhhh macam best je cite nie.. tgk trailer pon jadi la. haha~

Miss Twinkletoes said... [MEJAH JAWAB]

nak tengok gak ah citer nie..

Ujang9897 said... [MEJAH JAWAB]

wahahahahahaah


hampeh..!!!!!


dah la sesat..grrrrrrrrrrrrr!!!


wei nanti ajak aku lagi..hahahah

Unknown said... [MEJAH JAWAB]

same je weh body ady ngn aku...

mimmie said... [MEJAH JAWAB]

aku cuma nk cakap..ko nampak gemok la..hahaha

Anonymous said... [MEJAH JAWAB]

confirm best ke? tapi cerita aksi lebih2 pn tak best jgk kan.

J.Syazwana said... [MEJAH JAWAB]

macam taknak pergi tengok je sebab penakut tengok orang gaduh2 and darah. huhuhu

Miss b said... [MEJAH JAWAB]

lu pon da mcm artis da skang

heks.

Yuyu said... [MEJAH JAWAB]

hai syamsuh...eh syamsul....:)

Mr feckry said... [MEJAH JAWAB]

beb, nape lu tak ajak guia

Cik Puan Nurul said... [MEJAH JAWAB]

mail lambung aka zizan pun ade..jd paklawak ke seriyes neh

Akim Iqbal said... [MEJAH JAWAB]

gaduh.

HALIM said... [MEJAH JAWAB]

Kenapa gua rasa ada yang tak kena kalau zizan ada dalam citer2 gangster ni??? hahaha!

Faizal Fredley said... [MEJAH JAWAB]

asal muka ujang ada derr....x jadu gua nak layan entry ni..kirim slam mauy kat ujang der..gua benci ujang..

farah wahedda said... [MEJAH JAWAB]

waahhh zizan ade gak nak tengok r

Noor Fatin said... [MEJAH JAWAB]

peh cnfrm best ni. gahahah

Aimi Bahari said... [MEJAH JAWAB]

mcm tak best je aksi2 ni. taknak tengok lah.

hazman aka species1980 said... [MEJAH JAWAB]

HIHIHIHI.....review yang sempoi la abang long HAM.... ;-p

Ze_Mhis said... [MEJAH JAWAB]

kenapa tak engkau turut jadi gengster dalam filem ni??? kompem aku gi tengok.

tapi, sebab kau tak berlakon dalam filem ni, aku mengambil keputusan tunggu je la die kuar kat astro baru tengok.

lagipun kureng suke la cite gengster melayu ni. kurang gengster opppss!!!

cik ciput said... [MEJAH JAWAB]

mcm best je ni hamzah...

faiznur rotashia said... [MEJAH JAWAB]

mejah asal gamba kau kaku je dengan shamsul?hoho

senyum sampai ke telinga.. XD

cik helena said... [MEJAH JAWAB]

sama2..wuwu
nasib gamba aku ade tu.ahahaha

Wahida Nasution Thakhrim said... [MEJAH JAWAB]

lepas ni hamzah makin famous la.. entah2 nanti ditawar berlakon lak..

Anonymous said... [MEJAH JAWAB]

nasib baek adi putra takde..kehkeh!

sarah mohamad said... [MEJAH JAWAB]

peh! aaron aziz tuu! filem wajib tengok ni!

Myra Arshad said... [MEJAH JAWAB]

whoa. tak sabar nak serbu panggung nanti :))

rj Etika said... [MEJAH JAWAB]

zizan buat muke gengster pon still nampak klaka. hahaha. =.="

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...