Nota :
'gua' merupakan kata ganti diri pertama yang bermaksud
'saya'
minggu lepas, gua dapat panggilan dari pihak Genting.. Dan gua merupakan antara enam 'student blogger' yang terpilih oleh pihak Genting.. Thanks Maxims Genting!!! hehe..
okeh, gua dapat
1x Genting Outdoor Theme Park ALL DAY PASS dan 1x Buffet Lunch at Coffee Terrace.
mula-mula dengar briefing dulu.. panjang juga sejarah Genting ni.. Tapi apa yang gua hanya ingat adalah Genting Highland diasaskan oleh Tan Sri Lim Goh Tong pada tahun 1965.. dan apa yang menarik hanya 4% daripada tanah Genting Highland depa buat theme park ni.. 96% lagi masih kekal sebagai hutan simpan.. ingatkan tanah genting hanya kat atas bukit tu je..
Briefing ni kat dalam The Visitors’ Galleria, Maxims Genting.. juga sebelah pintu masuk Genting Hotel.. Dan korang semua boleh masuk, free aje.. staff-staff semua peramah.. kat dalam ni kita boleh tahu sejarah genting, maklumat-maklumat kat genting dan banyak lagi..
kami dibawa pula makan buffet di Coffee Terrace. Tempat ni dekat-dekat situ juga.. Mula-mula takut kalau makan banyak nanti muntah-muntah. Tapi sebab dah makanan sedap, bantai sudah.. haha..
ini Rayyan.. banyak gila makan.. hahaha..
Gua rasa semua orang pernah pergi Genting ye dak? dah berapa dekad Genting tu ada kat situ takkan la tak pernah terasa nak pergi kan? hehe..
Lepas briefing, makan, sesi kenal-kenal maka...
har har har.. lawa dak baju superman gua? keh keh keh..
lima student blogger.. sepatutnya ada enam, tapi sorang lagi cancel. tak dapat datang katanya.. sebelah gua Rayyan, Jackie, Aaron dan juga errr... hmmmm.. siapa nama dia eh?
ini pula Denise Tan, tour guide kami.. gua tengok Denise ni cantik la pula, macam wonder girls kan muka Denise.. hehe.. dengan adanya Denise di sebelah kami, maka kami tak perlu beratur panjang lagi.. main potong q je.. haha.. thanks Denise!!!
dengan adanya Denise, gua dapat ambik gambar kat dalam tempat ni.. siap main kejar-kejar lagi.. mesti orang ramai kata gua gila.. grrr
gambar ni lawak.. apesal muka hang macam shin chan
Rayyan???? haha.. okeh, gurau jangan marah
okeh, kalau yang tak pernah pergi Genting Highland, gua rasa korang memang patut kena pergi.. serius best.. permainan memang banyak, dan memang berbaloi dengan apa yang kita bayar.. ace tengok ni..
tak ada la mahal sangat kan? kalau dah ada RM50 pun dah boleh pergi Genting Highland, tempat sejuk juga macam Korea.. walaupun gua tak pernah pergi Korea tapi dah orang kata sejuk mcam Korea gua ikut sahaja cakap sejuk macam Korea.. grrr...
lagi best kalau pergi dengan family, kawan-kawan atau orang tersayang.. boleh bersuka-ria ye dak?? tiket-tiket ni boleh beli online (
link) atau kat KL Sentral, Gombak pun ada..
kalau siapa-siapa yang nak pergi bulan ni atau bulan depan, korang jangan lupa singgah ke Visitor Galeria yang sebelah Genting Hotel tu.. kat sana ada satu majalah, dan muka gua ada kat situ.. keh keh keh..
orait.. adios
terima kasih kepada Maxims Genting!! lain kali ajak la lagi eh.. oh ya, semua perbelanjaan ditanggung pihak Genting kecuali transport nak pergi ke sini.. kena naik bas sendiri la.. hehe.. takpe takpe, tiket bas enam ringgit je pergi balik..