Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~
Friday, June 10, 2011
Super Duper Premiere Movie
oh deng... kalau kerja tengok wayang je boleh tak? kalau kerja jadi pengulas wayang boleh tak? kalau kerja duduk saje makan tidur boleh tak?
=.=
Sori sori, gua hanya nak review tiga movie sahaja.. kira entry pukal lah ye, sebab semalam gua exam jadi entry sebelum ni schedule semua nya... har har har..
Hari Isnin : Woodhinkedtoo, Good vs Evil
hari isnin minggu lepas gua dan rakan-rakan seperjuangan dapat tengok citer ni..
Review: cerita ni pasal himpunan kisah-kisah dongeng.. dan cerita ni tak sedap -titik-
apa yang sedap hanyalah jumpa Yuyu, bersama bloggers lain dan juga dapat tiduri Nisa Kay.. huh?
ermmm... gua sebenarnya tak ada geng nak tengok cerita ni.. Gua dapat empat tiket dari Nuff, tiga tiket gua bagi kat orang yang like page Terbang.. kira siapa cepat dia dapat lah.. Dan ketiga mereka tak ada blog.. camne tu der???hahaha.. Lain kali bagi kat page tu je la.. keh keh..
dan citer ni lagi tak sedap dari citer kartun tadi.. nak preview juga??? grrrr
preview : Dylan ni detektif, pastu dia siasat satu kes bunuh.. Pastu ada zombie, ada vampire, ada spare-part untuk zombie dan juga mafia-mafia monster..
argghhhhhhh... dulu gua minat dia punya komik.. tapi macam biasa movie takkan sama kualiti dengan komik yang kita baca.. komik tu dari tahun 1985 lagi tahu dak?? dan Hollywood musnahkan komik ni dengan hanya satu cerita.. grrrrr
****
Hari Rabu : Super 8
apa yang korang paham pada poster ni??? okeh, gua tak paham mula-mula then..
hahaha... ingatkan bulan besor tadi.. cisss.. poster ni memang terbaik
Seyesly ini adalah cerita terbaik yang pernah gua tengok pada tahun 2011 ni.. dah nama Steven Spielberg mesti la cerita gila-gila kan??? cerita terbaik, kadang-kadang terkejut beruk juga lah. Nasib baik tak peluk Ujang Porno..
Dan ni kategori cerita action, memang berbaloi kalau korang pergi tengok kat wayang.. serius terbaik.. kereta api meletup, scene perang, bunuh-bunuh, cinta-cinta sikit, pastu bunuh balik, makan orang.. perghhhhh... kalau lah ada orang ajak sekali lagi serius gua tengok lagi..
Preview : sekumpulan budak-budak terakam satu adegan dimana satu makhluk telah keluar dari ketapi yang crash sebab berlanggar dengan cikgu sains diaorang.. kenapa cikgu sains tu pergi langgar keretapi ni? haha..
lepas dia langgar keretapi tu, makhluk ni terus keluar dan bermula la kejadian pelik kat bandar bernama Lilian ni.. Mkhluk apa? kalau gua cerita tak best la kan?
okeh itu alien <--- (*cite jugak)
"Production value.. production value" <--- ayat ni memang duk dalam kepala gua sejak semalam.. kalau dah duk dalam kepala maknanya best gila babi la kan?? har har har..
ni pun takde geng nak pergi, jadi Ujang telah mengofferkan diri untuk tengok sekali.. dem dem.. tapi beliau bagi tiket kat adik beliau lah nama Yien.. sedih betul gua ni tak ada teman nak tengok wayang.. sobsss..
******
gua dah jimatkan masa korang betul dak??? hahaha.. Tak payah la tengok dua bijik cerita kat atas tu, hangpa semua pi tengok cerita Super 8 dah la.. Super 8 gua bagi 9.2/10 sebagai rating..