Dan gua pergi jamban kerana makan terlalu banyak.
Kerana terlalu asyik berak, gua hampir-hampir sahaja terlepas rakaat pertama semayang tarawikh ni. Maka gua dengan muka yang puas kerana berak berada bersama-sama dengan saf kanak-kanak. Dan ya, ini memang kanak-kanak betei.
Mula-mula rukuk pertama lagi, gua hampir hampir sahaja nak sepak kanak-kanak yang ada dekat sebelah. Kenapa? Kerana depa duk pakat tunjuk buntot pakcik mana entah yang tersedut kainnya ke dalam bontot. Paham dak?
Akhirnya apabila takhiyat akhir, kanak-kanak ni buat apa yang gua selalu buat dulu-dulu.. Pura-pura semayang jugak padahal baru je tadi dia duk gelak sebab bontot pakcik tu nampak cute.
"Assalamualaikumwarahmatullahhhh", pak imam ucapkan salam tanda dua rakaat tarawikh tamat..
"asslamualaikumwarahmatullahhhh", gua pula ucapkan salam dan kepala berpaling kearah kanan.
"waalaikumussalamwarahmatullahhh", salam gua dijawab budak yang gelak-gelak tadi..
arghhhhh...