Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~

Friday, September 16, 2011

Ku Ingin Terbang Tinggi Di Awan

Scha : Ni hamzah yang i jumpa hari tu kan? (LINK DULU KALA)

Hamzah : ha'ah

Scha : Ambik la gambar letak dalam blog terbang

Hamzah : ok


Scha : thanks hamzah, len kali jumpa lagi

Hamzah : ok ok..


p/s: dah tinggi gua ni rupanya, dulu scha tinggi lagi.. hoho
gambar diambil oleh ciklilyputih.com

Saturday, September 10, 2011

Cara Terbaik Buang Bulu Ketiak - Petua Mejah Ian-

Sejak pertumbuhan bulu-bulu secara mengejut iaitu bermula kira-kira sepuluh tahun dulu-dulu, gua telah melakukan pelbagai ekperimen. Bak kata omputih 'Meleysia Buleh'

Petua Cabut Bulu Ketiak
Waktu paling sesuai untuk cabut bulu adalah ketika iklan. Nak nak kalau tengok TV3. Sumpah banyak gila bab dia punya iklan, maka banyak la bulu yang dapat cabut. Silap haribulan boleh cabut bulu lain lagi. Lagi sedap kalau ada itu tweezer. Nikmat dia sedap sikit time sakit. hahaha..

Efek cabut bulu ketiak ni adalah dia lambat sikit tumbuh. Bulu next time dia tumbuh jarang-jarang je sebab dah cabut sekali akar. Efek lain lenguh kepala sebab tunduk lama sangat. Takpe, yokoyoko ada.






Cukur Bulu Ketiak
Kalau bab mencukur sumpah gua terer. Bagilah posisi apapun gerenti gua akan buat dengan baik. Waktu paling baik untuk bercukur bulu ketiak adalah ketika berak. Kenapa waktu berak? Entah la beb..


Tapi efek mencukur ketiak adalah, bulu ketiak akan cepat tumbuh, makin lebat, dan juga beliau akan jadi makin kasar. Juga tidak lupa ketiak menajdi hitam jadah. Kadang-kadang lupa basuh berak, dah bangun baru perasan melekit lekit. eh?

tips: lepas cukur jangan le letak deodorant/bedak atau jilat jilat.. Nanti masuk kuman. Maka makin hitam ler.. Tak cekci nyah~







Wax bulu ketiak
untuk bulu ketiak lebat camgampang jangan la guna wax. Jadah apa entah lebat-lebat guna wax. Kang tercabut kulit sekali baru tahu.

Untuk wax gua pernah guna sekali aje dulu time sekolah asrama. Syok juga rasa beliau. Tapi kalau tak ada menatang wax boleh juga juga salotep. (entah macam mana eja salotep)

Setakat ni gua syak guna salotep adalah cara paling angker. Berdebar dia boleh tahan juga. Efek dia ketiak anda macam bogel comel je. Tumbuh pun sebulan sekali. Tapi kalau pesen bulu cipanzi susah juga.



Lazer
Menurut kawan-kawan bapuk gua, ya gua ada kawan bapuk.

menurut beliau, laser ni mahal sikit. Kalau guna duit nupnang mahunya sepuluh kali cash out baru boleh pergi buat laser. Gua tak pernah try lagi. Jadah apa cabut bulu pun kena guna duit? haha



Bakor Guna lighter
Ambik lighter, nyalakan api dan bakor bulu ketiak.. baru la adventure orang kata. Baru sekali buat. Serik dah.




esok balik KL, sedih juga.. =(

Korang Sambut Hari Lahir? jadah?

Sejak masuk kolej yakni 'masing-masing buat hal sendiri sebab ni hidup kau', agak jarang gua sambut hari-hari berupa 'anniversary' ni.. Contoh hari merdeka/hari ibu/hari kapel-kapel..



***



Hari dilahirkan, bukan hari lahir

Apa ni bang mejah? Kan hari lahir tu.. kompem la kami sambut.. Dapat hadiah, party lagi.. bla bla..

Ya, lu orang sambut.. sambut cara jadah.. haha


Pertama sekali dengan bapak.. Bapak lu orang kalau anak pertama ni dia caring sikit time bini nak beranak. Sanggup tunggu bini sakit lapan belas jam sekalipun.. Itu tak termasuk kena cekik dengan bini time beranak. haha.. Terima kasih dekat bapak.

Kedua, ibu..
Cara sambutan yang paling betul adalah dengan ibu korang sendiri beb.. Kenapa? Sebab hari tu merupakan hari mak-mak korang duk kangkang meneran separuh mati.. Patutnya lu orang semua sembah cium kaki mak-mak ni time birthday sebab time hari lahir lah golongan mak-mak berkorban paling banyak. 


Kalau duk jauh macam oversea ka, duk Bangladesh ka lu orang patut kolling mak tu.. cakap "Terima kasih mak kerana lahirkan saya," bukannya kolling pakwe sebab dapat free celcom tujuh hari.. Takpun ada juga yang bangang tunggu kolling dari mak nak suruh mak ucap 'hepi birthday', 


Takpun kalau duk rumah cuba duk depan mak, suruh mak cerita sikit pengalaman beranak kan lu orang semua. Kalau ikutkan mak gua cerita serius sadis. Mak gua beranak dengan bidan kampung aje, dalam rumah.. Kalaulah jadi pape time tu mesti gua tak tulis blog gamaknya..



Hadiah.. kalau kemampuan bagi la kat mak hadiah sikit-sikit.. Takde duit beli pashmina beli inner tudung pun okeh la. Ya, gua tahu harga tudung takkan sama dengan harga mak-mak sakit beranak.. Memang tak sama. Yang utama menghargai beb.. 


Ini tidak, duk sambut dengan kawan-kawan gaya macam mat salleh tapi kulit hitam gampang. 






berilmiah juga blog gua ni rupanya...

Wednesday, September 7, 2011

Kenapa Anda Patut Raya Di Rumah Hamzah?

Gua : Mak, ada orang nak datang raya ni..
Mak : Owh, boleh ajak makan sekali nanti..
Gua : Wokeh wokeh
Mak : Laki ke perempuan?
Gua : perempuan.
Mak : Ada jugak kawan kau datang... tahniah..


Kenapa korang patut beraya dirumah gua? hahaha.. sadis gila tahun ni, dua orang je kawan gua datang beraya.. sobsss

Mereka blogger pertama yang datang beraya. Juga yang pertama jumpa mak gua.. Ya, gambar ni amat kabur kerana gua yang snap. Seni kabur namanya, lu orang apa tahu pasal seni bergambar.. hahaha..



Juga dapat makan kuih raya rekaan gua sendiri. 'Almond London Bapak Hang' nama biskut ni. Satu lagi kuih 'Jem Ditabur Habuk'.. dua jenis kuih raya ni gua reka sendiri, kalau tahun depan ada orang jual dekat pasar lu orang sila bagitahu. Boleh gua minta royalti. haha..



Ini sos bilis. Nama manja dia budu. Tapi sebab diaorang ni budak datang dari jauh yakni budak Negeri Sembilan katanya, maka tak biasa makan budu.. hahaha... Kenapa tak cakap awal-awal nak datang, boleh la mak gua masak sedap sikit. 


Pakej beraya di rumah gua disertakan sekali dengan jalan-jalan keliling kampung. Gua selaku tourist guide tak bertauliah bawak aje dekat Tasik Puteri. 



Ni siapa punya kamera muka gua jadi kabur ni oi!!! hahaha... dua orang gadis yang datang beraya. Dua dua tak makan budu. Dari Negeri Sembilan katanya, gila jauh sanggup pula datang sini. Tenkiu tenkiu.. Hanna dan Cik Fa nama budak dua orang ni. comel-comel pula.. awwmmm



Pakej 'Beraya Di Rumah Hamzah' disertakan sekali khidmat photographer hebat iaitu gua sendiri. hahaha..  Mana gambar gua ni woi!!!! dua tiga keping je????








Makacih adik Hanna dan juga adik Fafa datang beraya. Dapat sorang satu duit raya lima ploh ringgit. Tahun depan datang la lagi makan nasik dengan budu ya.



cantik orangnya, tapi anak dara dua orang ni tak basuh pinggan lepas makan. Ini la dua orang kawan yang datang beraya dekat rumah. Mekacih mekacih...  

Saturday, September 3, 2011

"Makcik"

Malu juga gua nak cerita ni.. hehe..

"Makcik" ya..

Satu malam gua tak tidur, serius ni tak tidur. Dalam pikiran kepala gua malam tu macam mana agaknya kalau gua pergi beraya umah keluarga si gadis cincin kecik ni..

1) Hafal nama adik beradik. Adik beradik dia ada sembilan orang. Ya rabbi, adik beradik gua sendiri pun kadang-kadang lupa...

2) Panggilan yang perlu dipanggil, Kalau kakak paggil kakak lah. Kalau makcik panggil makcik lah. Mak sedara ada sorang duk kat umah tu. Jadi gua takut sangat kalau tersilap panggil kakak, takpun tersilap panggil nenek.. haha

3) Pekerjaan bapak. Ni paling penting bak kata terfaktab. Nanti nak borak senang. Buat research dulu, kalau meniaga alat-alat kahwin kena cakap benda yang ada kaitan. Jangan terkeluar cakap pasal blog pula.

5) Tabiat gua suka duduk goyang kaki. Macam bos dalam cerita drama TV3 tu.

6) Perlu ke sediakan duit raya?? standby je sorang singgit. Cukup la tu buat beli cekelat.

7) Buat skrip, hafal, dan praktis dalam kereta. 

"pakcik, saya nak mintak izin bawak anak pakcik beraya"
"pakcik, saya nak mintak izin bawak anak pakcik beraya"
"pakcik, saya nak mintak izin bawak anak pakcik beraya"
"pakcik, saya nak mintak izin bawak anak pakcik beraya"

-ulang sampai la ke rumah-



Konklusi :


1) Tak ingat nama adik beradik juga.. hahaha

2) Nasib baik betul itu akak beliau. hahaha

3) gua kelu untuk berkata-kata.. Research gua buat abis semua hilang tak ingat.. haha

4) Kaki tak goyang dah.. Pakai spender punya pasal, biasa pakai boxer.. 
(*apa kaitan boxer dengan goyang kaki?)

5) Takde orang mintak duit raya pun.. Pakat tengok gua ramai-ramai.. Nasib baik kulit gelap,

6) Skrip "pakcik, saya nak mintak izin bawak anak pakcik beraya" gua tak ingat kerana pemikiran gua pikir lain.. "kenapa ada spender sidai dekat pagar raya-raya ni?"

Muka makcik serupa dengan Rozita Che Wan, tapi versi pakai tudung dengan kurung.. hehe

Muka kakak dia pula macam Neelofa, juga versi tudung dengan kurung.


Muka pakcik???








tapi gua berjaya juga bawak beliau keluar beraya.. first time ni. Korang tahu apa budak-budak kecik lagi..

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...