Semalam gua tengok cerita Warrior, thanks to Churpchurp. Kalau korang tak apply churpchurp lagi boleh
klik sini. Depa bagi wayang free juga, tak ramai yang tahu. Jadi bila gua cakap tak ramai tahu pada ketika ini maka sudah ramai la tahu.. hahaha...
Warrior serius sedap. Dalam banyak-banyak movie free, cerita ni gua letak tempat ketiga selepas cerita
Super8 dan
Kungfu Panda 2.
Cerita dia simple, aksi last-last serius berdebar-debar. Tumbuk-tumbuk memang jadi, siap gua terkejut dua tiga kali sebab tak sangka dia macam tumbuk betul. Maybe gaduh betul kot.
Sinopsis: Dua beradik, dua-dua fighter. Sorang lawan sebab untuk family. Sorang lagi sebab dulu-dulu dia askar. Dua-dua bapak kuat, body siap ada sayap lagi. Ingat Kotex je ke ada sayap? Body orang taf pun ada sayap juga. Tak caya tanya BengTen. Gaduh memang real jangan risau, ni bukan cerita melayu
gua kasi
9/10 cerita ni. Serius tak rugi. Kalau suka aksi gaduh-gaduh la. Tak suka aksi gaduh pergi tengok Astro Ceria lagi bagus.
***
Apa yang tak best?
Dekat wayang tu juga gua jumpa lecturer gua. Yakni lecturer ketika zaman matrik dulu-dulu. Dah lebih dua tiga empat tahun gamaknya dah tiba-tiba beliau datang tegur. Nama beliau macam biasa tak ingat. Jadi gua mintak maaf tak ingat nama.
Lecturer gua ni lecturer Fizik. Kebetulan pula beliau dapat tiket free juga tengok cerita Warrior. Gua pun dalam hati..
fak..
Beliau dapat tiket free sebab Majalah NEWMAN kasi free. Gua pun sekali lagi dalam hati..
fak..
Apajadah majalah NewMan ni???
kalau di ikutkan tekaan gua ketika itu juga, dah nama Newman, mesti lah majalah untuk lelaki. Dan memang betul, gua google ini memang majalah lelaki. Hahaha..
Dan percaya atau tidak, gua tengok wayang bersama-sama bersama beliau, tukar hall dari geng-geng churpchurp bertukar geng Newman. Satu hall separuh penuh dengan pembaca Newman. Dan kami sama sama tengok cerita pasal lelaki, pelakon lelaki semua taf taf, tak pakai baju pula tu..
Sempat juga ada dua tiga orang mintak nombor gua. Gua kasi aje..
awww~~