Pertama sekali, sori lama tak hupdate. Bizi dengan duniawi. Maksud gua bizi dengan dunia realiti. Tapi facebook tetap gua online. Kan ada belekberi? Oh ya, belekberi masuk air.
Kedua, mintak maaf gua tak pernah reply komen saudara dan saudari. Bukan bajet hebat, bukan bajet terer, bukan bajet otai, cuma gua sendiri tak tahu nak reply apa. Tapi kalau ada orang tanya begitu begini, gua akan reply di blog orang tersebut atau facebook kalian.
2.1 tahniah anda masih lagi membaca sampai sini.
Ketiga, internet broadband gua dah matikan. Penat membayar, jadi nak taknak gua guna wifi kolej. Kadang-kadang dia laju. Kadang-kadang perlahan. Biasalah, benda free, hidup pun menumpang aje.
Keempat, gua baru aje beli wifi adapter. Celaka, kenapa perlu tulis dalam perenggan keempat? Ohya, adapter ni gua beli harga RM150. Dia punya antena ada dua, 48dBi, 150Mbps. Kalau dekat lowyat gua dah check, paling cool hanya 5dBi, 300Mbps kalau harga around hundred fifty lah. Satu kolej binatang ni boleh sedut. Serius tak menipu sangat. So kalau nak roger lah gua, pandai-pandai lah carik email/facebook/twitter. (IKLAN)
Kelima, selepas ini gua berjanji akan update selalu. Paling cikai sekali seminggu. Sekian terima kasih kerana baca sampai sini. tepuk tangan ramai-ramai.
Oh ya, i lebiu. Muahh