gua Mejah, in case lu orang sudah lupa pada gua. hehe..
pada cuti sekolah lebih kurang sama macam minggu ni iaitu suatu ketika dahulu, gua telah berjaya disunatkan. Ya, percaya atau tidak.
kalau ingat-ingat lupa lah, masa tu ketika gua darjah lima gamaknya, cuti sekolah lebih kurang macam ni juga, cuti seminggu.
Sebelum bersunat, seperti kanak-kanak lain, gua dengar macam-macam cerita pasal aktiviti persunatan ni. Ada orang kata bersunat kalau umur semakin meningkat kemaluan akan semakin sakit. Kalau hipotisis subjek sains darjah lima, semakin meningkat umur semakin sakit kemaluan.
Ada yang kata sakit macam gigit kerengga, ada juga yang lebih-lebih buat cerita tok mudim silap potong sampai habis. Gila babi punya tok mudim.
Masa gua bersunat dulu-dulu, bapak gua tanya, nak sunat ramai-ramai ke, atau nak sunat dekat klinik? gua pilih Klinik Ahmad masa tu sebab pikir privacy sikit. Tapi binatang haram punya klinik punya privacy, dah macam upacara potong conec beramai-ramai dah kat dalam tu. Yang gua ingat ada budak kecik umur lima tahun sorang, pakcik india mualaf sorang.
Dalam bilik memotong pula ada seorang nurse perempuan dan ada doktor lelaki. Jadi semua sekali ada lima termasuk atuk dan juga bapak gua. Privacy lah sangat kan.. Walaupun area pemotongan cuma kat bawah tu aje, tapi gua sampai sekarang tak paham kenapa doktor tu suruh gua bogel. arghhh...
entah kenapa, gua rasa klinik dekat malaysia patut ada seorang nurse perempuan. Untuk bagi semangat. Serius rasa macam kena rasuk semangat jin pun ada.
Paling sedap bila balik rumah, gua kan anak lelaki sulung. Maka aktiviti persunatan ibarat satu keramaian. Maka pakcik pakcik apa lagi. Pakat tengok apa dah jadi dengan kemaluan gua yang dah bersunat ni. Nasib baik pakcik yang tengok. Kalau makcik?
siap satu entry.
dah, gua mau tido.. tata.. selamat bercuti adik adik yang bersekolah. Kepada bakal isteri, sila jangan bagitahu mak anda pasal entry ni. Mekacih..