Dulu-dulu kalau ingat balik sebelum ada blog ni, mak aku suka sangat buka blog redmummy.com. Ya lah, blog ibu-ibu, mak pun suka tengok macam-macam benda dalam redmummy.com tu, contohnya handbag. Jadi senang cerita aku dapat tahu pasal Nuffnang secara tidak langsung sebab redmummy juga.
Buat blog terbangtinggitinggi ni tahun 2009, tapi cuma sign-up blogger aje, lepas tu tak update dekat setahun juga. Kenapa? entah la beb, aku pun tak tahu.. haha..
Mula-mula join Nuffnang ni iaitu 4 Julai 2010. Perghhh, dah setahun lebih rupanya.
Dalam bulan Julai tu juga first time dapat invitation untuk pergi
LG Cookie Party. Aku pergi sorang, takde geng langsung. Aku tak kenal siapa-siapa langsung. Time tu juga jumpa redmummy. Sebab mak aku minat redmummy punya pasal, ambik lah gambar dengan beliau. Maybe redmummy dah tak ingat kot. Hahahaha..
LG Party Julai 2010
Lepas setahun perut dah kembang, perut aku pun sama kembang juga. haha..
Daripada first event tu, aku kenal ramai blogger daripada Nuffnang. Daripada berkawan dengan geng-geng kolej aku start kawan dengan pakcik-pakcik, makcik-makcik, dan juga gadis-gadis lawa. Eh? gadis lawa? haha..
Serius aku puji cara diaorang handle event ni. Makanan pun tak pernah tak sedap. Kalau pergi event makanan, aku makan banyak-banyak stok untuk seminggu tak payah makan. Tu pasal lah baru setahun perut jadi kembang semacam ni.
Bukan makan aje sedap oi! Ada benda lain jugak! hahaha
Kalau bab berseronok ni aku tak reti sangat, jenis lelaki yang tak reti nak berseronok dengan diri sendiri. Kalau budak-budak kolej ajak mandi sungai ke, pergi daki gunung ke, serius dua tiga kali ajak belum tentu aku pergi. hahaha.. Bukan apa, student beb, kena pikir duit minyak lagi, duit makan lagi, duit shopping lagi.. kah kah kah.. Alasang mung
Benda paling best?
Dapat Blackberry Torch free... hehe.. Tapi aku jual terus, sebab skrin PC hilang kena curi, terus beli skrin besor gedabak dan juga beli Blackberry Curve sebagai pengubat hati yang luka lara.
Torch yang sempat pegang dua tiga jam je. Disember 2010
Kalau bab-bab tengok wayang serius aku suka. Tengok wayang free weh, lagi-lagi dapat jadi
GPlussMY. Kadang-kadang dapat premier screening untuk media. Yang tak kadang-kadang tu dapat lah jumpa kawan-kawan blogger. Setiap kali ada wayang free aku buang tiket dalam almari baju. Aku tengok-tengok balik gila banyak. Itu yang selamat lempar dalam almari, yang lempar kat tempat lain? ayoyo
Yang berjaya dikumpul, yang tak berjaya entah kemana entah.
Benda yang sampai sekarang tak boleh lupa adalah kena jadi model untuk Wrangler Fashion Show. Siap kena catwalk lagi. Hahaha... Seharian duk dekat Wrangler untuk belajar jalan dengan betul. Last-last bila dah start hape benda tak ingat. Tapi macam biasa muka rilek ajee lah. Pengalaman ni beb.. Pengalaman.
hang pernah nampak model tutup mata? kah kah kah
Kalau korang baca blog aku dari dulu sampai sekarang serius blog aku memang tak ada ilmu apa pun. Entry merepek bukan-bukan aje yang banyak. Tapi serius, aku blogging sebab nak berseronok, nak release tension pun ada. Dan aku tak ikut pun gaya mana-mana blog lain. Aku buat gaya bangang aku sendiri. hoho
BE tak banyak? Advertorial tak pernah dapat? Loh, rilek-rilek sudah, bagi aku ada blog ni serius best. Tak payah nak pikir sangat pasal duit daripada Nuffnang. Kalau ada, aku terima aje lah, gila kau orang nak bagi duit tapi kau taknak? Tapi kalau tak ada aku rilek-rilek aje, tak ada nya nak meraih simpati apa semua. Entry gila-gila aku tetap jalan. Kalau ada, syukur. Kalau tak ada chillex sudah.
Dah setahun lebih rupanya, dapat banyak pengalaman, dapat ramai kawan-kawan. Dari yang pangkat besar-besar, orang seni, orang tak berapa nak seni, orang yang gila-gila, orang cantik, budak-budak kecik, budak besar, dan macam-macam jenis orang lagi.
Benda ni lah kita tak dapat beli dengan duit.
Teruskan blogging, tak kiralah anda memilih innity, advertlet,
Nuffnang atau apa sahaja. Yang penting HAPPY. =)
Saya Hamzah Ian. Ini cerita saya bersama Nuffnang
Come 16 December 2011, 500 bloggers from around the Asia-Pacific region will flock to Kuala Lumpur, Malaysia for the Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 in Putrajaya Marriott. The Awards aims to not only honour the region's best bloggers, but also to bring together blogger communities from across Asia-Pacific. The Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards is brought to you by Volkswagen Malaysia and Putrajaya Marriott.