Masa gua darjah enam, UPSR, ada majlis bacaan yassin untuk budak-budak ambik periksa. Jadi ramai lah yang bawak air berbotol-botol dan letak ditengah-tengah sambil orang ramai duduk keliling botol-botol air tersebut.
gambar hiasan - ni bukan gambar orang sembah botol ya..
Tiba-tiba, dalam duk sibuk ramai-ramai pergi letak botol kat tengah-tengah sambil bukak penutup botol, seorang budak ni tersepak botol tu. Dari satu botol yang jatuh dia kena botol yang lain. Maka jadi lah "chain-reaction" dua tiga empat bijik botol jatuh sampai karpet masjid basah.
Disaat darjah enam itu kepala otak gua mengalami ejakulasi dan terus terpikir..
"Kenapa perlu buka penutup botol tu ketika baca yassin? Adakah ayat yassin tak boleh masuk ke dalam botol tertutup dan tidak memberi efek 'power' pada air tersebut?"
Berbelas tahun kemudian yakni semalam, baru gua ingat balik apa yang gua pikir ketika darjah enam tu dan gua tanya lah di fesbuk.
Nah, ketika gua tanya soalan ni di fesbuk, ada yang tak paham sampai chat fb gua. Hahaha.. Ekcelli, bukan gua nak kata benda ni haram. Bukan gua nak kata benda ni tak boleh pun, tapi kalau tengok soalan tu ada "kenapa?" dan "adakah". Jadi saje je nak tahu. Takkan lah korang tak pernah terpikir kot? ke gua sorang je pikir benda ni? haha..
"ikut logik la kan..bacaan surah tu sampai la kt air tu dan kita memang nak fokus kat air tu untuk buat air yasin..kalu tak air dalam tangki rumah pon boleh jadi air yasin la kalu baca dalam rumah"
(bukan nak bahan Ayu, Ayu ni kawan blog gua yang paling lama, siap buat entry khas untuk beliau lagi dulu-dulu)LINK
apa yang gua paham, Ayu cakap sebijik apa yang mak gua cakap ketika gua tanya soalan ni kepada beliau. Bacaan surah tu sampai kat air tu kalau penutup dibuka.
Jadi, ikut logik lukisan paint,
bacaan yasin akan masuk ikut lubang botol atas tu. Kalau tutup botol, bacaan tu tak masuk lah wahai Mejoh woi! Dari gemaan bacaan yasin, gemaan tu akan efek air yasin tersebut dan seterusnya mengubah molekul-molekul air.
Yang pasal molekul-molekul air tu memang betul, memang dia berubah. Dah ada kajian, sila lah google. Dan air yang terubah molekul dia ni lebih baik kualiti dari sebelumnya. Kalau ikut kajian tu lah. Tapi gua memang percaya air yasin ni power. Serius gua percaya.
Apa jadi kalau kita tutup botol? Bacaan tu tak masuk kah? Takde 'power' sangat lah bacaan yasin ni kalau botol tertutup pun tak boleh nak masuk kan? (ini dah masuk soalan 'adakah')
Macam mana dengan orang baca yasin dekat kubur? "kena gali kubur letak corong, baru lah bacaan yasin boleh masuk dalam kubur ke?"
Hang persendakan yasin Mejoh!!! Hang Yahudi!!!
rilek-rilek beb, yang bab kubur tu memang takdak kaitan pun. Saje je gua buat lawak tanya soalan takde kaitan. Baca yasin kat kubur nak sedekah pahala kat arwah. Bukannya nak sedekahkan bunyi kat arwah ye tak? Kan pahala tu benda ghaib, kalau boleh letak corong gitu gua pun nak jugak. Buat lubang corong kat otak, orang baca yasin otak gua serap lah. Tak gitu? hahaha
Baca kat kubur tu nak sedekahkan pahala.
(masa gua form 4 atuk gua mati, pakat baca yasin sedekah pahala kat kubur beliau, masa tu juga gua pikir, kalau kita record bacaan yasin, lepas tu play 24jam kat kubur tu. Maka pahala arwah makin banyak la kan? Ni pengaruh drama TV, orang sakit pasang CD bacaan yasin)
Berbalik kepada penutup air tadi ya habibi ya maulana ya tahi babi ya kucar lanar..
Teori gua saje ni. entoh betul entoh tidok gua pun tak pernah eksperimen dengan air yasin..
Sains UPSR gamaknya. Daripada tiga medium(air, udara, pepejal), bunyi bergerak lebih cepat pada objek pejal, cepat pada air, paling slow pada udara.
paling cepat gila - pepejal (ex: botol, dinding etc)
cepat sikit je - air (omputih-water)
paling slow - udara (omputih-air)
"Dah tu Mejoh, apesal gua selam kepala dalam air dengar sikit-sikit je?"
"Sebab kepala hang masuk air la bangang! Ingat telinga hang telinga ikan duyung?"
Jadi kesimpulannya, gemaan/vibration dari bacaan yasin still masuk dalam air tu!!!! gyahahahahahaha~
ke salah teori ni?
apa pendapat korang? ace komen sikit, gua ni ilmu tak banyok, suka bertanya kenapa kenapa je..