Tanpa banyak cakap, meh sini nak cerita apa kebenda Fam Tour ni. Ehemm..
2-4 Disember lepas, Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor buat satu program "Fam-Tour Kembara Selangor Shines 201". Untuk apa program ni?? Mesti lah untuk melancong dalam negeri Selangor.. hahaha… Walaupun dah lama duk Gombak baru tahu dalam Selangor banyak lagi tempat yang tak pernah pergi.. haha..
Jadi, sebab depa ajak jalan-jalan pusing Selangor, tambah-tambah free tak payah bayar apa pun, tambah-tambah baru aje lepas exam, gua join saja tanpa banyak soal.. hehe..
So, apa yang kami buat hari pertama FAM Tour ni??
Pertama sekali berkumpul dekat Masjid Biru Shah Alam. Tapi sebab terbabas tidur sampai pukul 7, naik pula KTM sampai Shah Alam, ingat ni cerita Doremon kalau lambat boleh guna pintu suka hati? Hahaa..
Dalam jam 9.30 Encik Yusry pun call, “Encik Hamzah tak payah pergi Masjib Biru, terus pergi Bukit Cerakah. Kami dah bergerak dah”
Sobsss.. kena tinggal… Padan muka.
(pengurusan masa urusetia memang terbaik, kalau dalam kertas tulis gerak jam 9.00, memang pukul 9.00 la diaorang gerak)
Taman Botani Negara, Shah Alam. (bukit cerakah)
Owh.. Ingatkan dalam rumah ni ada musim durian ke, musim rambutan ke, musim cempedak ke.. hahahaha… ok tak lawak langsung..
Musim panas, sejuk, bunga dan luruh.. kira bajet duk oversea lah. Bukan semua musim ada dalam ni okeh, Cuma satu rumah tu musim dia berubah-ubah ikut masa. Kalau sekarang ni kat ober-c dah musim sejuk dah, jadi rumah ni pun bertukar jadi sejuk nak mampus. Hohooo
Kemudian ke Taman Cendawan. Tapi apa yang magik nya taman cendawan ni adalah, cendawan tak ada langsung! Hahahaha.. tapi yang banyak gila pokok-pokok herba kat sini, ada yang boleh makan macam tu aja. Alah, macam makan nasi dengan budu la rasa dia..
Serius tahi tempat ni kalau riadah-riadah dengan anak bini memang best. Nak buat tempat ambik gambar wedding pun lagi cantik dan lagi best dari Frim. Hoho..
gambar air terjun tak sempat ambik, tapi air terjun dari air empangan tu jugak la.. Tak sempat ambik sebab melantak makan nasik. Lapor beb.. lapor..
2nd Checkpoint, Royal Theatre Shah Alam.
Lepas semayang Jumaat di Masjid Biru, kami terus pergi ke next stop iaitu Royal Theatre, Shah Alam. Kebetulan malam nya ada Maharaja Lawak Mega kat sini. Dapat la tengok macam mana gayanya backstage dan preparation sebelum live Maharaja Lawak ni..dapat juga jumpa Boboi, Mr Os, dan juga artis yang tak ingat nama.. hahaha
Royal Theatre ni sebenarnya baru siap. Dan fungsi dia lebih kurang sama macam Istana Budaya. Tapi apa yang bestnya, Royal Theatre ni kemudahan dia super awesome, siap ada stage yang gerak-gerak lagi. Air-cond takde, tapi diganti dengan udara semulajadi. Mesti korang macam.. “waddedell? Tak panas ke duk ramai-ramai dalam tu?” oi oi, zaman dah canggih beb, rasa udara dia macam air cond juga. Dah nama pun super awesome, mesti lah canggih gila system dia kat sini.. hoho..
3rd Checkpoint, State Library, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
Kalau sebut library, dalam kepala mesti pikir ada buku, dan ada buku lagi, dan buku lagi.. haha.. tapi dekat state library ni ada macam-macam beb. Gymnasium, tempat game, internet laju, dan paling best ada XD Theatre 6D Ride Motion(wayang yang ada kerusi gerak-gerak, angin tiup,air simbah atas muka).
bila pikir-pikir balik adakah ni library dengan kemudahan macam mall ataupun mall dengan kemudahan library?
Lagi satu, nak masuk library ni kena bukak kasut, sebab tema diaorang ala-ala “My Second Home” lah. Serius bersih, sebab tu lah kalau pergi sana nak tidur garu-garu telor sambil baca buku pun boleh. Haha..
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
Jalan Kelab Golf 13/6,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
4th Checkpoint, Hotel Concorde, Shah Alam
Dah penat, kami dibawa ke hotel jap. Simpan barang, mandi selam air, tukar baju terus pergi dinner.. Tema dinner adalah culture night. Macam-macam pesen ada, ada yang jadi pak haji, ada jadi pengantin, Chinese dengan Indian punya culture pun ada. Haha.. macam biasa blogger ni mana pernah ikut tema, kalau ikut mesti kalah punya..
Dalam banyak-banyak hadiah lucky draw tu, tak ada satu pun mengena! Arghhhh!!!Kenapalah gua tak dapat Galaxy Tab!!
Habis dinner, balik bilik dan terus tidur mati. Esok ada lagi…oyeah..