Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~

Monday, January 17, 2011

Gua Pendek Sangat Ke?

Lepas balik je dari event Om Nom Nom gua terus ke Stadium Hamzah.. Seyesly gua tak ambil idea nama Hamzah dari nama stadium ni.. keh keh



Habis sudah game basketball.. 



tengok mamat ni betul-betul.. Nama beliau Taha. Asal Nigeria.. pemain basketball untuk team mana entah gua dah tak ingat dah.. apa yang gua ingat pasal Taha ni beliau ni sangat tinggi gila babi dan team beliau dapat tempat ke tiga.. seyes shit tinggi gila-gila..

gua ingat nak jadikan Taha ni sebagai maskot terbangtinggitinggi lah.. ke guane Taha? 

Dan gua dah ajar Taha serba sedikit pasal bahasa melayu.. kiranya ayat-ayat basic la kalau jumpa orang melayu.. 

gua ajar perkataan "berehhhh" (sambil angkat ibu jari) , "guane mung" (kena angkat tangan), dan juga " Oloh" (sambil angkat kening dengan gaya terkejut)

Dan beliau gabungkan perkataan terebut menjadi  "Olohhh.. guane mung bereh?"

dem dem.. grrrr..

Thursday, January 13, 2011

Bukan Niat Gua Nak Skodeng Gadis-Gadis Ni..

Sebab gua boring dah dua tiga hari tengok gadis-gadis bermain basketball maka semalam gua dengan senang hati nak tengok gadis-gadis main volleyball.. eh, volleyball tu bola tampar la kan? ke slapball ikut orangputih? arghh..

video


best juga main volleyball eh..

abaikan bola yang terkena kepala kameraman tu.. siapa kameraman biarlah rahsia.. har har

Monday, January 10, 2011

Perempuan Dan Basketball

Gua tak tahu kenapa, semester ni gua bizi gila-gila.. internet pun macam haramjadah lembap..

Tahun ni entah macam mana gua kena handle itu game basketball.. Ini semua pasal Universiti Sport Carnival punya pasal, jadi kalau sape-sape budak uia meh datang kat court basketball perempuan tu.. gua ada kat sana selama seminggu.. argh.. dem dem...

bercakap pasal basketball perempuan,

Ekcelli selama gua hidup kat dunia ni gua main basketball dua kali sahaja, dan bila gua jadi big bos organize menatam ni gua jadi blur kejap.. 

perempuan+ basketball + lompat-lompat + perempuan body mantap = gua tak jadi nak buat keje..

demmit.. 

Nasib baik diaorang tak pakai singlet dengan seluar pendek macam orang amerika tu.. kalau pakai macam tu mahunya gua suruh main lama-lama.. bukan niat gua nak tengok lama-lama, tapi itu dah memang keje gua.. har har har..

Tapi mereka-mereka ni main basketball macam main netball je gua tengok.. takpe lah, sekurang-kurangnya ada semangat kesukanan pada diri mereka.. bagus-bagus.. 


harap-harap budak-budak perempuan yang main basketball tu tak baca entry gua ni.. keh keh

gmbr ni gua tiru entry cimomot

Wednesday, January 5, 2011

One Step Closer to the Maxis Om Nom Nom Race


Eh.. apa benda Om Nom Nom ni? Kalau ikut dictionary kat google Om Nom Nom bermaksud makan dengan cepat dan gelojoh.. Dan bila Nuffnang dan Maxis menganjurkan 'The Maxis Om Nom Nom Race' semestinya Hamzah Ian kena masuk!!!

oyeahhhh...

Jadi kenapa Hamzah Ian nak masuk Om Nom Nom Race ni?



Pertama semestinya sebab MAKAN!!! Siapa tak suka makan? mesti la semua orang suka makan.. Kat Malaysia ni bermacam macam tempat makan ada dan bermacam jenis makanan sedap ada..

Dan dengan adanya Maxis Finder301 dan iphone4 korang dapat cari tempat makan yang menarik,sedap dan semestinya lebih pantas!!! http://itunes.apple.com/my/app/maxis-finder301/id375530216?mt=8#

Dan sebab kedua adalah Maxis Om Nom Nom Race ni seakan Amazing Race.. Jadi ini merupakan cabaran untuk mencari tempat makan dengan sepantas yang boleh.. fuhyooo..

makan + berlari + makan + food review + makan + main iphone + makan + Maxis =

Nampak menarik kan? arghhh... 

Lagi menarik apabila sepanjang cabaran Om Nom Nom ni peserta kena la update entry pasal makanan.. Dan untuk perkara tersebut semestinya Maxis Broadband adalah pilihan utama!!! Tengok la pelan broadband dari Maxis.. terbaik kan?



Sebab ketiga adalah hadiah yang keboom ni... wow.. Tapi kalau tak menang dapat goodie bags pun ok je.. harap-harap ada la baju saiz M.. yup saiz M sebab rasanya makin kurus dah.. har har har..

1st Prize: A trip to Hong Kong 3 days 2 nights with 5-star accommodation (for the winning team members of 4 pax) worth RM10,000- (And also 1 free smartphone each)
2nd Prize: 4 x free smartphone – 1 per winning member.
All 60 participants will be rewarded with Maxis goodie bags.



Jadi tunggu apa lagi? meh la ramai-ramai masuk Maxis Om Nom Nom Race ni... kita tengok siapa yang kuat makan, siapa yang kuat berlari dan siapa yang kuat muntah.. hoho..


dan team hamzah ian adalah Shahrol, Cik lily, dan daydeck.. mereka memang kuat makan.. keh keh keh..
maklumat lanjut:

Tuesday, January 4, 2011

Cinta










Saturday, January 1, 2011

Ceh, Sudah Tahun Baru.

Gua ni tahun baru tak tahun baru sama je bagi gua.. Ada azam takde azam bagi gua sama sahaja, apa gua nak gua usaha, apa gua taknak gua buat bodoh.. bukan tunggu tahun baru baru nak ada azam..

Orang kata tahun baru ni permulaan yang baru.. boleh mulakan balik apa yang korang buat sebelum ni.. kiranya reset lah.. arghh.. dalam hidup gua takde butang reset.. grrrr..

Semalam member gua pergi parti mana ntah, balik pukul 4 5 pagi.. malas gua nak ambik tahu apabila beliau pot pet pot pet cakap itu best ini best..

ceh.. tahun baru cuma nombor sahaja yang lain.. satu satu satu satu.. tapi hidup gua masih sama, muka gua makin hari makin tua.. Seluar gua semakin hari semakin mengecil.. arghhh..

Apa pun definisi tahun baru bagi lu orang gua harap bahagia hendaknya.. gua dengan cara gua, lu semua dengan cara lu..

Selamat Tahun Baru.. terima kasih Tuhan diri ini masih ada nyawa



=)

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...