Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~

Thursday, March 10, 2011

The Eagle - Press Screening

semalam gua pergi ke Press Screening untuk movie terbaru The Eagle.. kiranya ini kali pertama lah bersama dengan orang-orang media dan juga pengkritik filem.. waaaaaa..

terima kasih Nuffnang. 

Jadi meh sini nak kritik sikit... har har har..



siapa tak kenal Channing Tatum? loh, hero dalam citer Step Up tu.. gua pelik juga.. Mamat ni berlakon citer epik? menjadi ke? Dan seorang lagi Jamie Bell.. mamat ni gua tak tahu sape.. haha..

synopsis The Eagle dari Hamzah (subtitle takde, tapi nasib baik gua bijak)

The Eagle ni adalah satu patung burung helang emas.. Eagle ni kiranya simbol kepada askar Rom lah.. Tapi selepas bapak Marcus ni kalah berperang dengan orang asli, Eagle tu hilang dan tiada siapa tahu menatam tu ada kat mana.

Marcus, lakonan Channing Tatum pada mulanya adalah seorang Commander askar Rom yang ditugaskan di tempat yang terpencil.. Dan ketika Marcus ni bertugas, berlaku rusuhan dan Marcus berjaya selamatkan askar-askar dia, tapi Marcus cedera dan khidmat Marcus dihentikan.

okeh, pertengahan citer apabila Marcus selamatkan seorang hamba dari terbunuh bernama Esca. Esca ni daripada geng orang asli Briton, lakonan Jamie Bell. Untuk membalas jasa Marcus, Esca berjanji untuk taat setia menjadi hamba yang soleh.. ayat gua macam haram dah.. demmit.. grrr

lepas tu, Marcus dengar khabar angin The Eagle tu ada kat utara.. utara Rom okeh.. dan untuk kembalikan maruah bapak dia, maka Marcus dan hambanya Esca mengembaralah ke utara untuk mencari patung Eagle... 

dan bermula lah pengembaraan dua orang lelaki (ending korang kena tengok sendiri).. ini first time gua tengok citer hollywood takde awek cun langsung.. dan dalam pengembaraan ni la baru Marcus tahu siapa Esca ni sebenarnya.. har har har (gelak jahat)






lepas Press Screening jumpa producer dan juga pengkritik filem dari Thailand, Encik Jun-Kin (Ken)
link kritikan filem dari Encik Ken
link K-Team production

Encik Ken ni duk depan gua.. pastu gua tersenyum kat dia.. terus beliau ajak minum. Sembang punya la lebat pasal industri filem tanah air walaupun gua ni tengok movie download free.. LOL

***




soalan : best ke citer ni Hamzah????

Hamzah : ermmm.. best la jugak



p/s: gua malu nak keluarkan kamera pinjam berbateri AA

Wednesday, March 9, 2011

Suka, Sayang, Cinta















***

apa? ingat ni cerita romeo and juliet? ingat semua cerita ada "happy ending?"







Tuesday, March 1, 2011

JATUH CINTA LAGI..

lama tak update kan? sori sangat-sangat..

"bro, nak pegi Penang tak? malam ni bertolak.", kawan gua tetibe mesej..

"ok gak, baru lepas exam jalan-jalan best gak", gua cakap lepas tu terus kemas beg, dan terus naik bas.. 

ni orang kata keje gila tiba-tiba je pergi penang tak tahu hujung pangkal.. padahal bukan depa ajak pi jalan-jalan, tapi suruh jadi fasilitator.. (*betul la eja fasi camni kan).. 

nadia dan fatin.. nadia ada blog juga.. tapi gua taknak letak link.. nanti beliau tahu gua ada blog.. keh keh..

"Abang Faez... ooo Abang Faezzz", 

"ye saya", gua jawab sambil malu-malu.. lama dah orang tak panggil abang manja-manja.. hehe



adik-adik yang manis.. keh keh keh.. 

pagi-pagi gua akan berpoco-poco.. senamrobik jadah omputih tu takdak la okeh? 

gua letak tangan dalam poket bukan sebab main telor.. tapi sebab sejuk gilo.. lepas subuh kot.. arghh

adik-adik manis jadi zombie... jadi zombie ni macam kemestian setiap kem je gua rasa.. ceh.. tapi best gak bila tengok gadis-gadis jadi zombie.. keh keh..

ini gua punya group.. dapat #1 keseluruhan.. hebat juga gua ni.. keh keh..


adakah gua makin tua? apa hal muka mereka-mereka suci bersih lagi? 

video


rindu Bertam Indah... ada juga gambar main padi, makan mee udang sungai dua, tapi gambar-gambar tu gua tak tahu guna kamera siapa.. kalau tak buleh letak... hoho

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...