Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~
Friday, December 28, 2012
Apa Yang Korang Tak Patut Buat Kat Laki Korang [Tips Untuk Makwe]
Lelaki ni, kalau dah sayang dia sayang betul. Dia tak kisah sangat kalau makwe ni kaki kikis duit, kikis bulu, dah nama sayang kan.. heh
Tapi kalau dia benci si makwe, memang dia benci betul.. Jadi lu orang yang selalu update status
'sayang laki' kat fesbuk tu gua mohon sangat-sangat...
1) Jangan Cerita Pasal Pakwe Lama..
Pesen jenis tak reti bersyukur orang kata. Apa jadah lu orang cerita pasal pakwe lama? Nak kasi lelaki ni jeles ke apa? Atau nak bandingkan pakwe dulu lebih baik ke apa?
2) Jangan Kutuk Ibu Kepada Laki Anda
benda ni gua tengok di kalangan laki bini lah.. Macam biasa drama melayu, menantu memang tak pernah nak sebulu dengan mak mertua ye dak? Tapi kalau tak suka, diam diam sudah ler..
3) Jangan sesekali kutuk member baik pakwe
Kalau benda tu betul takpe lah jugak, ini tidak, main sedap mulut aje..
4) Bercakap Pasal "BERPISAH"
Berpisah, bercerai, clash, break, atau apa jadah perkataan sekali pun, jangan lah duk sebut-sebut. Kecik hati orang laki ni.. Tambah-tambah lagi ugut nak breakup kalau lelaki tak buat apa yang makwe nak.
Nohorom sungguh perangai gini..
5) Jangan Kutuk Pasal Pekerjaan Pakwe/Suami
Kerja beb.. Berkerja ni kadang-kadang susah juga. Ada jenis yang kerja kais pagi makan pagi aje, kerja tu lah yang menanggung makan pakai pakai si lelaki.. Jadi jangan lah duk perli atau kutuk-kutuk pula..
Daripada hang duk kutuk, baik hang tolong hulur seribu dua, membantu lah sikit..
Terimalah seadanya okehhh..
Friday, December 21, 2012
NIKMATI BERAKHIRNYA DUNIA
wazzup,
Orang Mayans zaman dulu-dulu suka sangat buat ramalan.
Antara ramalan paling femes-emes adalah pengakhiran dunia ataupun dunia nak
kiamat.
Of course lah takkan nak percaya benda gitu ye dak?
Tapi tapi tapi,
Kalau tengok movies yang ala-ala dunia nak kiamat ni cun juga. Berdebar weh. Naik bulu roma
SyFy Original Movies macam biasa, dengan movies diaorang
yang super cool akan siarkan movies yang jalan cerita ala-ala “end of the
world”. Kalau cerita dunia kiamat gerenti ada meletup-letup, orang mati, cinta
terakhir dan macam-macam lagi lah.
kita pulak duk depan TV sambil makan kacang.. *makan nasik sekali
kita pulak duk depan TV sambil makan kacang.. *makan nasik sekali
METAL TORNADO
DECEMBER 5, WEDNESDAY @ 8.20PM
Tornado + Metal. Perghh.. Negara diaorang kan selalu ada
tornado, maybe disebabkan selalu dilanda bencana alam, saintis diaorang cipta
satu cara untuk menyimpan dan ubah tornado ni jadi tenaga. Tapi benda ni tak
dapat dikawal sampai la jadi magnetic dan tarik besi-besi seterusnya jadi
‘Metal Tornado’
COLLISION EARTH
December 12, Wednesday @ 8.20PM
Bumi berlanggar? Ini lagi dahsyat. Tapi korang rilek-rilek
aje goyang kaki sambil tengok depan TV. Cerita Collision Earth ni pasal planet
Utarid atau nama glamer Mercury yang terkeluar dari orbit dan akan langgar bumi
weh.. Boleh ke saintis diaorang cipta satu cara nak elak benda ni?
SUPERCYCLONE (2012)
Premiers December 19, Wednesday @ 8.20 pm (SG/MY)
Premiers December 19, Wednesday @ 8.20 pm (SG/MY)
Mega cyclone ni dijangka akan melenyapkan United States dari
peta dunia. Kiranya ni cyclone yang paling dahsyat. Tapi, sebelum cyclone tu
sempat musnahkan US, Ming-Na meteorologist dengan kepandaian beliau dengan
berani selamatkan keadaan. Fuh, nasib ada Ming-Na.
Ming-Na ni pernah berlakon cerita Stargate. Cerita femes
SyFy dulu-dulu. Hehe
SyFy Original Movies di siarkan setiap Rabu 8.20PM ulangan pada Sabtu 10.50PM. SyFy HD, only on HyppTV Channel 165.
hoyeahhh!
SyFy Original Movies di siarkan setiap Rabu 8.20PM ulangan pada Sabtu 10.50PM. SyFy HD, only on HyppTV Channel 165.
hoyeahhh!
Sunday, December 16, 2012
Apa Lelaki Perlu Buat Kalau Hendak Meminang Si Mawke
1) Bagi tahu dahulu nak datang meminang
Korang kenalah bagitahu dahulu bila nak datang meminang si makwe tu.. Jangan main pinang aje ikut suka hati korang. Ni bukan zaman dulu beb, zaman dulu lain, zaman sekarang lain. Bagitahu pukul berapa, haribulan bila.. Baru lah senang keluarga perempuan nak bersedia orang nak datang rumah...
2) Kenali dahulu orang yang korang nak pinang itu.
Ya, lu orang kena lah kenal dahulu siapa makwe tersebut. Kalau perkahwinan ni dah di arrange oleh mak ayah, maka lu orang berhak tahu beb. Tengok lah gambar dulu ke, tak pun search nama beliau kat pesbuk, manalah tahu beliau ada blog ke..
3) Bawak lah wakil untuk nyatakan hasrat meminang tu,
Ya, kalau boleh bawak lah mak ayah lu orang. Kalau mak ayah sudah meninggal, bawak lah pakcik makcik ke yang boleh jadi wakil. Kiranya nak tunjuk kesungguhan korang tu..
Jangan duk bawa rakan-rakan rempit pula ya..
4) Diam, Biar Orang Tua-Tua Aje Bercakap
Ya, lu orang sebagai anak jantan, kena lah hormat orang tua. Jangan duk menyampuk ye. Kalau nak menyampuk pun lu kena lah bagitahu slow-slow. Biar beradap orang kata..
5) Dah.. gua tak tahu nak tulis apa dah..
Nah, Adab dan tatacara meminang/melamar dalam Islam:
1. Melihat calon/ wanita.
2. Tidak melamar wanita yang telah dilamar Lelaki lain (meskipun belum memberi jawaban).
3. Merahasiakan pelamarannya (tidak mengumumkan ke orang banyak)
4. Wanita yang dilamar terbebas dari segala mawani` (pencegah) dari sebuah pernikahan.
5. Wanita melamar laki-lakiSecara syar’i tidak masalah.
Renung-renungkan dan selamat beramal~
Tuesday, October 23, 2012
Perempuan Pinang Lelaki ..
Rilek beb, rilek.. Memang tajuk agak pelik, "perempuan meminang lelaki". Sebab apa pelik? Sebab amat jarang berlaku dalam masyarakat majmuk di negara kita ni..
perghhh ayat intro, macam 30 minit Ustak Don pula.. haha..
Baidewei, ehem...
1) Perempuan kalau dia nak meminang, kena pinang lelaki macam mana?
Bukan senang perempuan nak meminang lelaki ni. Alang-alang pergi meminang lelaki, cari lah lelaki yang super. Yang beragama + baik tingkah laku + kaya + hensem + muda + single +dan macam2 jenis lagi benda super.
Takkan lah perempuan meminang lelaki semata-mata sebab minat kat pesen lelaki rempit pulak kan.. Tak berbaloi beb.. Serius tak berbaloi tebalkan muka pergi pinang orang laki.. Kalau pesen laki macam tu tak payah pinang takpe kan? heh..
2) Kenapa perempuan nak meminang lelaki?
Macam gua cakap kat atas tadi, alang-alang kau meminang lelaki, mesti lah nak lelaki yang super terus. Setakat mat rempit tak payah pergi meminang diaorang pun takpe.. haha~
Dan Lelaki Super ni susah nak cari. Susah betul nak jumpa ye dak?
Bila dah jumpa Lelaki Super ni korang kena lah cepat-cepat dapatkan beliau. Kang nanti dikebas orang pula. Benda rare mesti ramai yang nak betul tak? hehe~
![]() |
gambar adalah imaginasi penulis sahaja. |
3) Bila dah jumpa Lelaki Super tu, apa yang saya perlu buang Bang Mejah?
haaaaa..
Bila dah jumpa lelaki yang serba serbi elok, takkan nak pergi pinang terus ye dak?
Mula-mula hang sebagai perempuan harus lah ada cermin. Tujuan gua cakap gini awal-awal sebab nak suruh korang pergi cermin diri sendiri dulu. Macam si jantan nak meminang si makwe lah. Kena cermin diri sendiri dulu jugak..
Tengok diri kita sendiri dulu, kain yang dipakai cukup ke tidak. Bila time solat adakah selalu tipu member cakap hang ni sedang period walhal hang memang takdak darah pun.
Senang cerita, tengok diri sendiri dulu.. Takkan lah kau ni kerja penari tiang lepas tu nak pergi meminang Ustaz Don pulak kan? Gerenti lah si Ustak rejek terus ye dak? Beliau pun nak jodoh yang elok juga..
4 ) Okay, gua dah paham bang Mejah, tapiiiii nanti apa pulak orang kata? perigi cari timba?
Lul...
Cuba bayangkan.. Hang ni pergi pinang Lelaki Super, lepas tu Lelaki Super pulak terima pinangan korang tu. Sebab apa dia terima? Mesti lah sebab dia rasa hang ni Perempuan Super juga..
Ingat orang terima bulat-bulat ke? Mesti lah dia check dulu..
Kalau orang kata hang ni perigi cari timba, lantak lah beb.. Dah kau dapat kawin dengan Lelaki Super kot..
Susah tu nak cari..
5) Itupun kalau Lelaki tu terima gua, kalau dia rejek pinangan gua camne? Malu wehh, mana nak letak muka gua ni. Dah la perigi cari timba.. Timba pulak tak suka kat perigi.. wuwuwwuwu
mari dengar satu cerita..
Dulu-dulu, Umar pernah tawarkan anak perempuan beliau kepada Usman.. Tapi si Usman pula menolak pinangan dari pihak Umar..
Umar tak patah semangat. Beliau nak juga anak perempuan beliau kahwin dengan orang baik-baik. Maka Umar tawarkan anak perempuannya kepada Abu Bakar.
Pun Abu Bakar menolak juga..
Tiba-tiba ada lelaki yang lagi baik dari Usman, lagi hensem dari Abu Bakar tahu pasal perkara ni.. Lelaki Super tu pun meminang anak gadis Umar untuk dirinya sendiri..
Dan Lelaki Super tu adalah Rasulullah kita.. =)
***
Kalau si lelaki tu menolak pinangan korang, jangan risau beb. Mungkin Tuhan nak bagi lelaki yang lebih baik kepada korang..
sekian, tenkiu sebab baca.. haha~
p/s : Lelaki Super ini tiada kaitan dengan blog Super Hamzah
p/s : entry ni dibuat atas perminataan seorang pembaca blog terbangtinggitinggi sejak bulan puasa lagi.. Moga dapat membantu.. woohooo
Wednesday, September 26, 2012
Ter-Mengurat Awek Seksi Di Pantai Batu Burok
Pada cuti semester ini gua dan juga seorang rakan pergi berjalan-jalan di Pantai Batu Burok, Terengganu. Ketika gua berada disana, tiba-tiba gua ternampak ramai peniaga layang-layang. Tanpa berpikir empat kali, gua terus keluarkan duit dan membeli layang-layang tersebut.
Tiba-tiba sahaja awek seksi tu pergi berlari ke arah pantai yang berombak kuat. Takut juga gua ketika itu, dah la gua ni berenang pun tenggelam timbul. Tanpa berpikir empat kali, gua terus menjadi hero dan terus selamatkan keadaan.
Ketika gua sedang asyik bermain layang-layang tanpa menghiraukan tanggapan orang ramai, tiba-tiba secara magiknya ada seorang gadis seksi berjalan berlenggang-lenggang dihadapan gua. Agak terkesima sekejap gua ketika itu kerana awek itu pakai baju singlet aje nampak ketiak, tudung pun tak pakai. Dah la baju beliau ada gambar kartun. Baju gambar kartun memang sejak azali lagi feveret gua ni. Perghh..
Tengok baju beliau ni, siap ada tulisan "beach baby" lagi. Dah nama perempuan kan, nak pergi jalan kat pantai pun kena ada pakaian seragam dia..
Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Peribahasa ini kalau letak dalam karangan ketika darjah enam dulu boleh dapat markah lebih.
Tiba-tiba..
Tiba-tiba sahaja awek seksi tu pergi berlari ke arah pantai yang berombak kuat. Takut juga gua ketika itu, dah la gua ni berenang pun tenggelam timbul. Tanpa berpikir empat kali, gua terus menjadi hero dan terus selamatkan keadaan.
"Hei! Mung buat nape tu ke anok orang!", tiba-tiba gua dengar suara jerkahan dari belakang. Bunyi nyaring dia kalah suara Ziana Zain.
"Saya nok selamatkan budak ni aje", gua berkata-kata agak gagap.
"Selamatkan korok mung, dia nok main air je, mung dok nampok aku ade sini?", kata perempuan itu lagi.
Selepas menjelaskan keadaan sebenar, barulah mereka tahu bahawa gua bukannya lelaki Pedo. Gua cuma lelaki yang berniat baik sahaja. Rupanya awek seksi itu anak saudara mereka, suwit betei kejadian ini.
Tanpa buang masa yang sudah banyak terbuang ini, gua cepat-cepat keluarkan henpon gua dari kocek. Bak kata orang tua-tua kalau terlambat maka melepas lah. Kalau melepas menangis dengan irama lagu pun tiada gunanya lagi.
Hampir-hampir sahaja gua melompat kegembiraan selepas mendapat nombor talipon. Nasib baik gua dapat mengawal emosi cinta ini dan tidak melompat, kalau tidak kemaluan lah nanti.
Sekian sahaja cerita rekaan gua pada kali ini, tata, i lebiu ol~
Wednesday, September 19, 2012
Ana Ikan Bakar [Original] : Makan Sedap Di Tanjung Lumpur Pahang
Dari Kuala Gandah, kitaorang pergi ke Tanjung Lumpur pulak.. Bila diaorang cakap nak makan seafood, dalam kepala dah duk mikir makan udang, sotong, ikan, ketam..
Dan kedai ni pun duk tepi laut. Sepoi-sepoi bahasa gitu..
Restoran Ana Ikan Bakar ni boleh kata lain dari yang lain.. Dengan sos, ikan, layanan, dan jugak tempat makan tu sendiri.. Tradisional beb. Lagipun ni masakan orang Pantai Timur, memang serius memikat perut.
Menu utama kat Restoran Ana Ikan Bakar ni semestinya Ikan Bakar Petai, Sotong Goreng Tepung, Tom Yam, Kailan Ikan Masin, Lala Masam Manis, Kerabu Mangga, dan juga Sata..
Lama dah tak jumpa sata..
ikan sekor ni dia belah dua, letak rempah-rempah termasuk petai, pastu bakar. Cicah dengan sos istemewa khas dari Ana Ikan Bakar.
boleh makan sambil duduk sila. Tradisional..
Harga berpatutan. Buat gathering dengan family pun best juga kan ..
FB Ana Ikan Bakar[ LINK ]
Ana Ikan Bakar Petai
Pantai Selera,
Tanjung Lumpur,
Kuantan
Tel: 019-987 8155 (Haji Baharin), 013-9989175 (Fairuz)
GPS Coordinates: N3 47.898, E103 20.388
Pantai Selera,
Tanjung Lumpur,
Kuantan
Tel: 019-987 8155 (Haji Baharin), 013-9989175 (Fairuz)
GPS Coordinates: N3 47.898, E103 20.388
Untuk yang duk area Bangi, Ana Ikan Bakar Cawangan Bangi pun hadooo... Cuma tak se-original Tanjung Lumpur lah. Lokasi Bandar Baru Bangi, sebelah Balai Bomba Baru Bangi
Terima kasih pihak Ana Ikan Bakar kerana sudi sponsor makan malam.. Memang sedap, sungguh dop nipu.
Friday, September 14, 2012
Desaru Fruit Farm [Trip ke Johor]
Hari kedua Trip ke Johor, kami ke Desaru Fruit Farm. Tapi sebelum tu breakfast dulu kat Marina Beach Resort. Makan Dim Sum pagi pagi buta.. hehe
Brader Hisyam yang memilih Dim Sum, last-last makan sikit juga. hehe
Terus ke Desaru Fruit Farm, tempat ni penuh dengan buah-buah dan tanaman herba. Jadi kalau buat lawatan untuk budak-budak sekolah ni memang mantap.
ambik, buah buah semua stok rendah rendah, leh capai dengan tangan
Kat sini penuh dengan buah buah.. Tapi ikut musim lah ye, hari tu pergi musim buah durian.. Perghh.. heaven betul rasanya. Buah-buah lain ada juga yang tak ikut musim jadi korang boleh datang bila-bila masa aje..
Buah-buahan pelik yang tak pernah nampak. Contohnya Pisang Seribu kat atas tu.. buah dia sampai bawah.. fuhhh~
Selain dapat kenal buah, korang leh ke mini zoo. Siapa tak pernah tengok itik, ayam, unta, arnab boleh aje ke sini.. hehe
Dah habis kat kebun buah.. Rasa lapar dan terus ke kedai makan. Kedai ni kat dalam Desaru Farm, Jadi menu pilihan mestilah daripada buah buah ye dak? Paling best melantak buah puas puas.. hehe
Kat Desaru Fruit Farm, korang leh pilih mana-mana pakej yang korang rasa sesuai. Nak makan buah banyak-banyak ke, nak tour dalam kebun ke, atau nak stay kat sana 3hari 2malam pun ada.
boleh checkout website Desaru Fruit Farm untuk makan buah-buah secara maksima: http://www.desaruff.com/
Desaru Fruit Farm
No. 1 Hentian Penawar,
Sg Cemaran, 81900, Desaru Kota Tinggi, Johor.
Telephone: +607 822 5886/ +607 822 3886
Fax: +607 822 4886
Subscribe to:
Posts (Atom)