Zass, Zass Zass, testis testis one two three..
Pesen bawak pakwe/makwe
Kalau ada reunion, ataupun geng-geng korang ajak berjalan sesama geng, Sila lah jangan bawak pakwe atau makwe sekali. Kalau si pakwe/makwe pandai bergaul tak apa juga, ni nak duk berkepit macam celaka. Orang nak beramas mesra dengan rakan-rakan tapi beliau nak duk satu ceruk berasmara pula dekat kat sana. Budus, hari lain tak boleh dating ke?
Jangan Main Henpon/Ipad/Blackberry/facebook/twitter/ dan benda-benda yang sama celaka dengannya..
Tak puas lagi online dekat rumah? Gua pantang betul kalau gua bercakap pung-pang pung-pang tapi rakan kat depan duk main tuwit-tuwit. Ni adab beb, adab bertemu rakan-rakan. Balik rumah lu nak online sambil berak pun gua tarak hal.
Rakan-rakan sila beradab dalam meminjam
Manusia ni tak boleh lari dari meminjam. Serius. Tak kira lah lu meminjam duit, barang, atau meminjam awek rakan-rakan. Sila jaga adab dalam meminjam. Pernah juga gua dengar Ustat tu cakap, "bagi hutang ni lebih baik daripada bersedekah" . Yelah, nak mendidik kita supaya bertanggungjawab lah. Tapi bila dah lewat bayar, mintak pun taknak bagi itu memang celaka punya perangai. Kalau tak dapat lunas, cakap awal-awal. Kalau lambat bayar, cakap juga awal-awal. Celaka takde adab langsung.
Janji Palsu/Janji Harapan
Ni pesen ibarat bercakap berapi-api tapi mulut busuk kohong. Kalau benda yang tak berlaku lagi sila jangan bagi janji palsu. Nanti rakan dapat harapan palsu. Hang tahu "harapan" ni nilai dia sangat besar? Macam janji nak kawen tapi sekarang si pakwe baru tingkatan lima. Ceh, celaka punya janji.
Pesen Kutuk Rakan
Kutuk kawan-kawan boleh. Tapi kena lah tengok tempat lah gila. Ini tidak, baru jumpa entah sape-sape hang dah terus cerita keburukan rakan sebelah. Ini bongok namanya. Takpun ada satu pesen lelaki yang gua kenal, nak mengorat awek tapi dia bergurau kutuk-kutuk rakan kat tepi. Gurau bewok natang gitu. grrr...
Kawan Yang Tak Fikir Orang Lain
Ni pesen celaka juga. Ya, memang lah rakan-rakan patut tolong menolong. Hari ni lu tolong gua, besok lusa gua gerenti tolong lu. Tapi.. Tapi agak-agak lah kalau nak mintak tolong orang lain. Jangan lah melampau-lampau sangat.
kalau ada lagi sila tambah kat ruangan komen.. Nah gambar Neelofa sebijik, dengan ucapan pantun,
"Kalu kawan macam natang,
Kita layan pun macam natang"
Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~
Friday, March 30, 2012
Wednesday, March 14, 2012
Zaman Hamzah Mengaji
Ingat-ingat balik, masa gua umur darjah satu, mak gua suruh pergi mengaji. Beza antara mengaji dekat kampung dengan mengaji dekat bandar Kolompo ni banyak beb.. Serius banyak. Sekarang ni pula orang tak hantar anak-anak pergi mengaji dah, sekarang budak-budak sekolah ada kelas KAFA ke apa entah yang petang-petang tu..
Permulaan
Permulaan mengaji Quran yang pertama gua adalah dekat rumah Mak Cik Aji. Reason kenapa orang kampung panggil beliau macam tu adalah, dulu-dulu berapa kerat lah sangat yang mampu pergi haji ye dak? Nama beliau sebenar pun gua tak tahu. Hahaha~
Pulut kuning. Ketika mak gua hantar pergi mengaji masa mula-mula, mak buat pulut kuning bagi dekat Mak Cik Aji. Upah-upah guna duit takde beb, ada orang bagi gula, beras, apa yang kau ikhlas kau bagi. Tapi dah macam satu upacara majlis tahlil dah sebab mak gua buat banyak-banyak, semua anak murid buleh makan, buleh tambah. hehe~
Mengaji
Seperti kebiasaan, mak gua hantar sekali aje. Hari-hari lain yakni lepas habis sekolah gua dan kakak dua orang naik basikal pergi mengaji. Jarak perjalanan dia lebih kurang satu batang rokok Nusantara kalau naik kereta. Jauh lah tu,
Tapi budak-budak apa tahu jarak dekat jauh, pergi mengaji ni ibarat pergi main. Mengaji kejap main banyak.. haha
Semangat
Pernah sekali semangat benor nak pergi mengaji, lupa time tu pakai short aje. Tak pasal-pasal kena ceramah pasal aurat. Bukan ke gua tak baligh lagi time ni? harhar~
Ngeri
Perkara paling angker gua rasa time mengaji adalah bila selendang kakak gua terselit masuk dekat rantai motosikal. Celaka betul, leher dia berparut macam orang nak gantung bunuh diri dah time tu. Gua lagi lah, kena tarik sekali. Refleks tertarik kepala katanya. Jelaka betul. haha~
Shortcut
Jarak rumah Makcik Aji sumpah jauh dari gua punya rumah. Kalau basikal rosak ke, tayar pancit ke, tu bukan alasan tak pergi mengaji. Entah kenapa dulu rasa berdosa je kalau tak pergi. Kena pergi jugak beb, wajib pergi bak kata mak.
Kalau jalan kaki, gua lebih suka masuk kawasan sekolah, lepas tu dia boleh keluar ikut belakang. Dari belakang sekolah masuk kawasan rumah orang. Selamba badak aje masuk kawasan rumah orang kampung takdak hal, takdak orang nak marah. Tapi makhluk lain marah.. Jelaka betul...
Habis
nak habiskan satu bijik quran tu punya lah lama beb. Makan masa dua tiga tahun juga, sebab pergi mengaji bukan target nak habis cepat, tapi target nak main. Sekali pergi baru habis satu muka surat, tu tak kira melencong tempat lain pergi main.. hahaha~
Tapi bila dah nak habis, gua rasa bangga gila-gila. Perasaan macam orang grad pun ada. Last day umpama macam hari pertama datang, mak kirim bawak pulut kuning. Makan ramai-ramai meraikan sudah habis baca satu bijik quran.
Sekarang?
Budak darjah tiga pun pandai lepak Pavilion. Jakun ambik gambar dalam jamban pula tu. Jelaka..

Thursday, March 1, 2012
Riuh Di Royal Belum World Drum Festival
Seperti entry lepas, akhirnya Royal Belum World Drum Festival berakhir dengan jayanya. Terima kasih banyak-banyak kepada Kilatan Unggul Events yang jemput terbangtinggitinggi ke acara ini. Oyeah~
Drum Festival ni boleh dikatakan akan menjadi acara tahunan untuk negeri Perak. Dan juga salah satu usaha Tourism Perak untuk menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke Negeri Perak ni.. World Drum Festival ni lagi ohsem bila turut disokong oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzwan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah.
Semua negara yang beraksi pada malam penutup rata-rata mengetengahkan budaya negara masing-masing. Yang paling ohsem malam tu semestinya geng Indonesia, yang bermain gendang guna siku dan kepala.. Perghhhh.. Kiranya idea diaorang memang kreatif, ohsem gila-gila..
Kami juga dibawa ke Royal Belum iaitu hutan simpan yang dekat dengan border Thailand. Dan pengalaman masuk hutan Royal Belum memang takkan dilupakan.. Best sanad-sanad~
Moh kita tengok gambar moh...
Hari kedua, iaitu Hutan Belum, dekat dengan Gerik. Spesifiknya kami pergi Pulau Banding. Naik bot adalah dalam satu jam lebih.. Perghh... Heaven bila angin campur air kena muka masa naik bot..
Gambar diambil oleh blogger paling gojes iaitu Ruby-atul..

ini group dari Japan, perempuan bila main drum serius nampak cool..
Penari dari Vietnam, masa diaorang buat persembahan aku tak snap gambar. Eksaited sangat tengok diaorang sampai lupa. haha... Nasib baik duk tepi pentas, habis aje terus ambik gambor.. menggoda betul, wohooo~
Sudah jodoh agaknya.. Jalan-jalan balik hotel tiba-tiba jumpa depa duk jalan ramai-ramai. Terus panggil nak ambik gambar sekali lagi.. facebook pun dah add, sampai sekarang tunggu approval. =.=
Hari kedua, iaitu Hutan Belum, dekat dengan Gerik. Spesifiknya kami pergi Pulau Banding. Naik bot adalah dalam satu jam lebih.. Perghh... Heaven bila angin campur air kena muka masa naik bot..
Gambar diambil oleh blogger paling gojes iaitu Ruby-atul..
Subscribe to:
Posts (Atom)