Dewasa kini isu perigi mencari timba tidak lagi asing kepada masyarakat kita. Bahkan, kalau tidak mencari alamatnya keseorangan lah korang dan tiada zuriat lah korang nanti ye dak? Dah kenapa ayat skema nak mati nih? grrrrr..
1) Pandangan Pertama
Pandangan pertama ni paling penting beb, bak kata orang putih first impression gitu. Pertama sekali kalau hang jenis tak pakai tudung tapi semata-mata nak mengorat lelaki, terus pakai tudung siap berjubah lagi. Jadi senang cerita jadi lah diri korang sendiri. Nanti dah kapel 2 3 bulan si pakwe tiba-tiba jumpa hang pakai bikini dekat pantai Morib macam mana? heh..
2) Jangan Eksaited Sangat
perempuan, bila jumpa lelaki hensem kat mana-mana terus aje gosip dengan rakan sebelah. Kalau nak dekat lelaki tu sila lah buat malu-malu sikit.
3) gunakan 'Body Language' sebaik yang mungkin
Orang tua-tua kata, orang yang kurang bercakap ni orang yang berjaya. Orang yang terlebih cakap pula kadang-kadang kita tak tahu pun dia cakap apa sebenarnya. Jadi untuk mengelakkan korang tersalah cakap, gunakan bahasa badan yakni body language. Senyum, mata tengok beliau dan kemudian senyum lagi. Ini sudah cukup mencairkan hati lelaki. Tapi jangan lah terlebih bagi signal guna body pula ya..
4) Biarkan lelaki menjadi HERO
kadang-kadang orang yang kita minat ni kita tak kenal pun. Nak mulakan percakapan pun kita tak tahu. Jadi untuk mengatasi rasa awkward tersebut, apa kata hang suruh lelaki tu jadi HERO kejak. Buat-buat jatuh depan dia pun jadi lah. Manalah tahu nanti dia usung pergi klinik ke, barulah macam drama tivi ye dak?
5) Jangan Terlalu Dedahkan Body
Yang pesen pakai seksi-seksi tu kenapa? Sampai sekarang gua tertanya-tanya juga. Nak kata selesa pakai dedah gitu tapi bila duduk rumah pakai kain batik juga. Kalau hang mengorat orang laki dengan menggunakan body seksi, maka yang korang dapat adalah pakwe yang minat body seksi aje lah. Kebanyakan lelaki minat misteri beb. Misteri. Contohnya ada orang bagi hadiah, better hadiah yang berbalut dengan kertas siap reben-reben daripada hadiah yang terang lagi bersuluh itu cawan kaca beli kat Maydin.
p/s: baca juga cara jaga hati pakwe