Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~
Sunday, March 17, 2013
Jalan-jalan Lanchang, Konsert Nusantara 1Malaysia - Bersama Astrid , Geisha Band, D'masiv
Selagi lagi terbangtinggitinggi.com berjalan-jalan sambil berhibur.. hehehe~
Terima kasih kepada Universal Music Malaysia yang baik hati menjemput ke Konsert Nusantara 1Malaysia yang berlangsung di Lanchang Pahang. Kiranya ni first time lah pergi Lanchang nih.. Hijau sungguh hutan-hutan, nak bernafas pun seronok beb...
Ekcelli, sebelum pergi Lanchang, malam sebelumnya artis Indonesia, Astrid, Geisha Band, D'masiv diaorang semua buat persembahan dekat Jusco AU2 Keramat weh..
Yang paling orang ramai duk jerit-jerit ofkos lah penyanyi Indonesia Geisha and Astrid. Peminat Vanilla Coklat semua yang datang ni.. heh.
Lanchang, Pahang
bersama orang kuat Universal Music Malaysia iaitu Juan dan blogger Ruby
Pentas yang belum siap jam 3pm.
Hang ingat lagi lagu dari band Cool yang nyanyi lagu "Bebas, peribadimu.. Perhatikan lah bebas~" . Lirik dia lebih kurang gitu lah, dulu masa kecik-kecik aku selalu nyanyi. Bila dapat jumpa depan mata vokalis band Cool ni rasa macam "eh, brader ni tak tua-tua pun.. eh?" hahaha~
GX4 - Group gabungan daripada band Shades, Cool, Nico, A to Z
Astrid yang nyanyikan lagu Tentang Rasa OST Vanilla Coklat
Ini lawak - Geisha tanya "kamu dari mana?", yang depan jawab "LOMBOK"
Momo dari Geisha Band - Kenangan Hidupku
Lepas karok depan pentas nyanyi lagu Indonesia, nyanyi lagu team GX4, aku masuk dalam bilik retis. Nak tahu jugak apa yang depa sembang sebelum buat konsert ye dak? Last-last tengok diaorang duk makan jajan sambil gelak-gelak. Orang pro beb, orang pro..
abang tangankiri (lefthanded)
d'masiv
kantoi rembat biskut jajan orang. haha
Momo Geisha ni baik gila.. dia cakap aku ni cowok genteng. Serius.
D'masiv, Sixsense, Lefthanded, buat persembahan aku dah tak ambik gambar dah. Penat sangat melompat masa lagu rock Geisha. haha~
Video khas dari Astrid dan Geisha. Tak sampai tiga minit, sila tengok. Aku paksa ni.. grrrr..
semua gambar diambil oleh Ruby - blogger paling gojes abad ini~ yihi~