Drum Festival ni boleh dikatakan akan menjadi acara tahunan untuk negeri Perak. Dan juga salah satu usaha Tourism Perak untuk menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke Negeri Perak ni.. World Drum Festival ni lagi ohsem bila turut disokong oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzwan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah.
Semua negara yang beraksi pada malam penutup rata-rata mengetengahkan budaya negara masing-masing. Yang paling ohsem malam tu semestinya geng Indonesia, yang bermain gendang guna siku dan kepala.. Perghhhh.. Kiranya idea diaorang memang kreatif, ohsem gila-gila..
Kami juga dibawa ke Royal Belum iaitu hutan simpan yang dekat dengan border Thailand. Dan pengalaman masuk hutan Royal Belum memang takkan dilupakan.. Best sanad-sanad~
Moh kita tengok gambar moh...
Hari kedua, iaitu Hutan Belum, dekat dengan Gerik. Spesifiknya kami pergi Pulau Banding. Naik bot adalah dalam satu jam lebih.. Perghh... Heaven bila angin campur air kena muka masa naik bot..
Gambar diambil oleh blogger paling gojes iaitu Ruby-atul..