terima kasih kat
Tourism Selangor untuk aktiviti riadah hujung minggu yang ohsem ni.. oleleh~
ekcelli, weekend lepas aku join satu Program Kemasyarakatan Warga Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri kat mana lagi kalau tak Kuala Selangor, Selangor Darul Ohsem. Kemasyarakatan beb, masyarakat.. heh
Program ni jugak kolaborasi dengan Tourism Selangor dan Majlis Daerah Kuala Selangor. Kolaborasi ni entah betul entah tidak aku eja.. haha..
Kalau kauorang pergi Kuala Selangor untuk jalan-jalan, elok pergi hari Jumaat petang. Sampai-sampai aje dah nak dekat Maghrib gitu, elok lah terus masuk dekat Kampung Kuantan untuk tengok Kelip-kelip yang makin nak pupus ni..
Disebabkan kamera pun takdelah power sangat, maka dalam keadaan gelap guguk kami tak dapat nak ambik gambar kelip-kelip, gambar kelipkelip atas ni google. Dan apa yang TNB iklankan dekat tv serius shit lain benor-benor keadaan dia.
Apa yang aku dengar diaorang cakap, kelip-kelip ni bontot dia yang menyala ada dua sebab. Pertama nak komunikasi, kedua nak bersenggama. Entah macam mana dia senggama aku pun tak tahu, laga-laga bontot keluar anak kot. Heh~
Hutan Simpan Raja Musa
adegan mencuri pisang
Hari kedua, pagi-pagi lagi ikut warga UPE pergi tanam pokok dekat Hutan Simpan Raja Musa. Lama dah tak masuk hutan. Tapi kat sini tak macam hutan dah sebab ni kawasan tanah gambut, pokok pun takdelah tinggi sangat.. Dari taklimat yang aku dengar sambil makan pisang, hutan ni dulu terbakar agak teruk juga. Lepas tu ada peneroka yang tak berlesen yang tebang pokok kasi tanam itu pokok kelapa sawit. Habis gondol hutan kita. T.T
Kompleks Gerai Ikan Masin Pasir Penambang
Gerai ikan masin ni aku rasa harga dia tak murah dan tak mahal. Sama aje kalau beli tempat lain, cuma kalau nak buat balik bagi sedara-sedara makan okeh aje. Aku cuma beli kerepek ikan kering aje RM10 tiga bungkus besar. Habis budak ni pow. T.T
Kalau pergi Kuala Selangor tak sah kalau tak makan Nasi Ambeng. Cara makan yang betul haruslah makan dalam dulang dan makan ramai-ramai. Barulah angker dan nampak tradisional sikit.
Kilang membuat tembikar tanah liat milik V.N Ramadas
.
Ingatkan nak buat benda ni kena tangan lemah lembut, rupanya tangan kau kena keras, kena kuat, baru lah menjadi.. Aku buat dua tiga bijik bentuk kecik-kecik pun dah lenguh tangan. Haishhh~
Dekat sini, boleh beli tembikar dengan harga murah gila! Periuk memasak yang besar tu pun harga RM15. Kalau masak asam pedas, tomyam dalam periuk tanah liat ni serius rasa dia macam sedap sikit. Kalau kau tak pandai masak tak payah guna periuk ni pun takpe.. haha~
Kampung Nelayan, Sungai Buloh Sasaran
Kalau nak bawak family datang tangkap kerang, korang datang aje dekat sini. Kawtim dengan brader-brader nelayan yang ada dekat sini lepas tu ikut lah diaorang naik bot. Sekali letak sangkar tu dalam laut baru dapat dua tiga bijik kerang. Bukan senang rupanya kerja tangguk kerang ni. Tahu makan kat kedai nak murah, nak banyak.. heh..
Aktiviti kat atas aku rekemen dekat orang yang ada family untuk riadah hujung minggu, eratkan hubungan anak ayah, mak dengan anak, mak dengan bapak. Pergi petang Jumaat, petang Sabtu dah boleh balik dah. Bukannya jauh, Kuala Selangor dekat aje beb.. hehe~
Sekali lagi thanks to
Tourism Selangor untuk aktiviti yang ohsem ni. Selangor ni banyak tempat-tempat yang menarik okeh. Lepas ni tukar jadi
Selangor Darul Ohsem pulak.. haha
Semakan Br1m
Saps Ibu Bapa - Keputusan Peperiksaan
Permohonan Upu Terkini