Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~

Tuesday, April 24, 2012

Aktiviti Hujung Minggu : Jalan-jalan Kuala Selangor

terima kasih kat Tourism Selangor untuk aktiviti riadah hujung minggu yang ohsem ni.. oleleh~



ekcelli, weekend lepas aku join satu Program Kemasyarakatan Warga Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri kat mana lagi kalau tak Kuala Selangor, Selangor Darul Ohsem. Kemasyarakatan beb, masyarakat.. heh


Program ni jugak kolaborasi dengan Tourism Selangor dan Majlis Daerah Kuala Selangor. Kolaborasi ni entah betul entah tidak aku eja.. haha..



Kalau kauorang pergi Kuala Selangor untuk jalan-jalan, elok pergi hari Jumaat petang. Sampai-sampai aje dah nak dekat Maghrib gitu, elok lah terus masuk dekat Kampung Kuantan untuk tengok Kelip-kelip yang makin nak pupus ni..




Disebabkan kamera pun takdelah power sangat, maka dalam keadaan gelap guguk kami tak dapat nak ambik gambar kelip-kelip, gambar kelipkelip atas ni google. Dan apa yang TNB iklankan dekat tv serius shit lain benor-benor keadaan dia. 

Apa yang aku dengar diaorang cakap, kelip-kelip ni bontot dia yang menyala ada dua sebab. Pertama nak komunikasi, kedua nak bersenggama. Entah macam mana dia senggama aku pun tak tahu, laga-laga bontot keluar anak kot. Heh~


Hutan Simpan Raja Musa

adegan mencuri pisang

Hari kedua, pagi-pagi lagi ikut warga UPE pergi tanam pokok dekat Hutan Simpan Raja Musa. Lama dah tak masuk hutan. Tapi kat sini tak macam hutan dah sebab ni kawasan tanah gambut, pokok pun takdelah tinggi sangat.. Dari taklimat yang aku dengar sambil makan pisang, hutan ni dulu terbakar agak teruk juga. Lepas tu ada peneroka yang tak berlesen yang tebang pokok kasi tanam itu pokok kelapa sawit. Habis gondol hutan kita. T.T





Kompleks Gerai Ikan Masin Pasir Penambang


Gerai ikan masin ni aku rasa harga dia tak murah dan tak mahal. Sama aje kalau beli tempat lain, cuma kalau nak buat balik bagi sedara-sedara makan okeh aje. Aku cuma beli kerepek ikan kering aje RM10 tiga bungkus besar. Habis budak ni pow.   T.T

Kalau pergi Kuala Selangor tak sah kalau tak makan Nasi Ambeng. Cara makan yang betul haruslah makan dalam dulang dan makan ramai-ramai. Barulah angker dan nampak tradisional sikit. 




Kilang membuat tembikar tanah liat milik V.N Ramadas

Ingatkan nak buat benda ni kena tangan lemah lembut, rupanya tangan kau kena keras, kena kuat, baru lah menjadi.. Aku buat dua tiga bijik bentuk kecik-kecik pun dah lenguh tangan. Haishhh~

Dekat sini, boleh beli tembikar dengan harga murah gila! Periuk memasak yang besar tu pun harga RM15. Kalau masak asam pedas, tomyam dalam periuk tanah liat ni serius rasa dia macam sedap sikit. Kalau kau tak pandai masak tak payah guna periuk ni pun takpe.. haha~




Kampung Nelayan, Sungai Buloh Sasaran


Kalau nak bawak family datang tangkap kerang, korang datang aje dekat sini. Kawtim dengan brader-brader nelayan yang ada dekat sini lepas tu ikut lah diaorang naik bot. Sekali letak sangkar tu dalam laut baru dapat dua tiga bijik kerang. Bukan senang rupanya kerja tangguk kerang ni. Tahu makan kat kedai nak murah, nak banyak.. heh..


Aktiviti kat atas aku rekemen dekat orang yang ada family untuk riadah hujung minggu, eratkan hubungan anak ayah, mak dengan anak, mak dengan bapak. Pergi petang Jumaat, petang Sabtu dah boleh balik dah. Bukannya jauh, Kuala Selangor dekat aje beb.. hehe~


Sekali lagi thanks to Tourism Selangor untuk aktiviti yang ohsem ni. Selangor ni banyak tempat-tempat yang menarik okeh. Lepas ni tukar jadi Selangor Darul Ohsem pulak.. haha




p/s: gambar diambil oleh YanaYassin




Semakan Br1m

Saps Ibu Bapa - Keputusan Peperiksaan

Permohonan Upu Terkini
Comments
45 Comments

45 comments:

tapibukanaku said... [MEJAH JAWAB]

aku gi jugok sini! projek kerajaan jugop! hahah.. best2..

ascil.punye.lah said... [MEJAH JAWAB]

tangguk kerang ingat kan sekali tangguk dapat penuhh.haishhh susah jugak.aku ni tahu makan je. ahahaah.

Jenny Pa-un said... [MEJAH JAWAB]

nasi ambeng wahhh.. ohsem haha.. teringin nak try nasi ambeng :)

MizzTina said... [MEJAH JAWAB]

naissss...

miss no right said... [MEJAH JAWAB]

tempat aku ni :O

Yana Yassin said... [MEJAH JAWAB]

Best nyer buat aktiviti camginie,.. giler best. :))

Dora Natasha said... [MEJAH JAWAB]

Walaupun aku orang Kuala Selangor (Tg Karang) aku tk jejak lagi tempat2 tuh. haha. naper tak singgah sawah padi gi menggagau ikan sawah?heee

ceklala said... [MEJAH JAWAB]

bestnye dpt join aktivit camni!! peluang tak dtg selalu ye dak :)

Akim Iqbal said... [MEJAH JAWAB]

Aku teruih nak pi selangor. Jeng jeng kjeng

hani said... [MEJAH JAWAB]

selangor memang ohsem!! teori senggama yang menarik di situ!haha..

utan tu dah macam semak samun je aku nengok hoh..

nasik ambeng mmg best gilesss!!!

Sizzling Suzai said... [MEJAH JAWAB]

haiyooooo..ini kampung saya ma...hahaha tp smpi skg la xpnah msuk kmpg kelip2 tu lg..hahaha lein kali bwk kanta pmbesar ble kaji cane mrk 'brsenggama' hahahha XD

! Arjunakirana ! said... [MEJAH JAWAB]

perghhh kat PERAK pun ada cuma tak di publish oleh kementerian pelancongan jeee.. sebab tak banyak peruntukkan... KETAM KERANG SOTONG semua ada... heehehhe... by the way masuk ke alam semulajadi nie memang best... :)

Anasyg said... [MEJAH JAWAB]

ini sangat seronok - sy duk k.s gak tapi ta pernah pg kg kuantan tu 0 ^^ oh, eksaited na btau mak bapak

Umie Nadhirah said... [MEJAH JAWAB]

waiseh

Belog Budak Steady said... [MEJAH JAWAB]

Saya pon dok Kuala Selangor juga....!

Aida Ab Jalil said... [MEJAH JAWAB]

seronok merasa tangguk kerang? haha bru tahu susah senangnye ye?

Mell Mariann said... [MEJAH JAWAB]

sonok aih g jalan2... nak p hanimun kat sini r.. lomentik sikit.. haha..

neway.. tq drop komen kat entry saye.. hihi

Cik Farhana said... [MEJAH JAWAB]

Wow Best !! teringin tgk kelip2 , msty chantek ! :)

btw, nice blog. done folloe u ^^,

Anonymous said... [MEJAH JAWAB]

oh kelip-kelip. dulu pernah bekerjasama dgn tnb utk selamatkan kelip-kelip. slogan dia, keep us glowing! projek under peringkat ngeri selangor. 10 sekolah terlibat. tu semua kenangan. best!

kami johan. alhamdulilah. awesome sngt bila dpt naik sampan dan tgk kelip2.

Noor Fatin said... [MEJAH JAWAB]

xpenah sampai sana lagi.. hahaha

Mr.She said... [MEJAH JAWAB]

ni yg terasa nk nyanyi lagu lagi best mcm dlm iklan myvi nih. hewhew :3

Raudhah said... [MEJAH JAWAB]

wow ! best nya jalan2 . datang lah johor pulak ye :)

cimöt said... [MEJAH JAWAB]

best nye!

Atiqah Wadiah said... [MEJAH JAWAB]

ouh..ohsemnyer selangor..untunglah blh tgk kelip2 kan?hoho

Cik tikah said... [MEJAH JAWAB]

bestnya. boleh buat macam macam benda :D

Afasz said... [MEJAH JAWAB]

memang aktiviti kemasyarakatan la ni....

nice activity

Nurul Farhan said... [MEJAH JAWAB]

sronok tgk adegan mencuri pisang tu.. ekekekeke

jeely jelly said... [MEJAH JAWAB]

nasi ambeng kat johor pun kaww sedappp ! :D

mie said... [MEJAH JAWAB]

pernah dengar je kampung kelip2 ni..
tapi xpernah sampai..
eehhee

Anonymous said... [MEJAH JAWAB]

dah penah p tempat kelip-kelip tu, haha bila terkena flash je, kelip-kelip ti takde lampu.


kampung nelayan pun pernah. hehe, seronok tangkap kerang, neves juga sebab tgh laut.

Ieqahgajah said... [MEJAH JAWAB]

such a wonderful moment laa hamzah oii :)

Dkna Abza said... [MEJAH JAWAB]

macam best jer kan p sana..tapi jau tu dari putrajaya ke kuala selangor..

Unknown said... [MEJAH JAWAB]

Best tu.. Jeles lah..

Munn Jaafar said... [MEJAH JAWAB]

lecehnya tangkap kerang?? ingat letak sekali sebaldi dpt...hihi

hazman aka species1980 said... [MEJAH JAWAB]

PERGHH.... tengok nasik ambeng tue.... memang buat aku geram je ....lepas nie nak test makan sedulang la pulak... hahahaha

NisaAdnan said... [MEJAH JAWAB]

macam seronok je main tanah liat tuu. kepingin sihh ^^

wani brahim said... [MEJAH JAWAB]

perghh tangan keras ya..ada keras macam batu baru menjadi sebiji tembikar ke ahhahaaa..tak pandai masak tak payah masak heheheh

NAL said... [MEJAH JAWAB]

wah, kelip2..teringin nak tgk depan2..

aku HaniAsyira said... [MEJAH JAWAB]

best nyer.. nak join gak..

nak mkn nasi ambeng..

tirahzairi said... [MEJAH JAWAB]

jalan2 xajak pon...nk itot...beshnyeee~
majok lah!!! tbe2 kan~~~

LiNda said... [MEJAH JAWAB]

lor...ingtkn sekali angkat sangkar kerang tu boleh le dapat penuh kerangnye.ish2..best le mejah dpat jelajah kuala selangor..:)

Nana said... [MEJAH JAWAB]

kat mane ni?xpenah pegi punnn..

haziqa said... [MEJAH JAWAB]

ok ni pon sama. under tourism. errm, jeles.

haha. nice activity :)

izz iizza said... [MEJAH JAWAB]

nasi ambang oh nasi ambang..nampak sedapnya..^_^

aindzaya said... [MEJAH JAWAB]

seronoknyer jenjalan..gaya hidup da mcm org kg da..huhu

"Binatang pun pandai berkasih sayang. Manusia?".

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...