Malu, serius malu. Tak pernah buat, tak biasa, tak tahu, tak reti, tak kenal, tak memahami, tak yakin, tak berani, tak hensem, aaaaaaaaaa...
Nak pergi taknak pergi? Nak cancel tak nak cancel? Nak ke tak nak? Tapi last-last pergi jugak... heh..
Dua tiga hari lepas, Abe Mejah di jemput oleh penerbit iaitu Encik Hisham untuk ke rakaman program Generasi Y bertempat di Angkasapuri RTM. hew hew hew~
Dan seyesly banyak benda yang sebelum ni Abe Mejah tak tahu tiba-tiba jadi tahu. Walaupun Abe Mejah saiz paling besor atas pentas tu, tapi entah kenapa rasa kecik sangat-sangat bila tengok kiri-kanan. Sapelah aku ni berbanding dengan diaorang. Belah kanan ada model cantik hebak Fatin Suhana, sebelah kiri ada Ustaz Abdul Hadi, perunding motivasi dan juga lecturer UIA, dan pengacara Muaz henseng...
Dan kami bertiga asal dari Terengganu, kebetulan kedua. Dan penonton dari Kolej UIA, kebetulan ketiga..
... ... .. .
oh jeng, jeng gini bohh.. sungguh pung rasa jeng guane banyok ngat kebetulan nih...
Tapi, Ustak rilek aje.. Abe Mejoh duk lepak dengan Ustak dari awal sampai habis, makan dengan Ustak, solat dengan Ustak, makeup dengan Ustak, berbicara hal duniawi dengan Ustak dan macam-macam lagi perkara yang tidak sebegitu lagho.. Takkan nak lepak dengan Fatin Suhana pula, beliau bawak ehem ehem dia. Malu Abe Mejoh nak cucuk jarum. Bawak pula jarum tumpul, haishh...
Apapun, program ni rilek-rilek aje. Takdak serius sangat, dan Muaz selaku pengacara memang pandai control keadaan. Tersasul, tergagap semua Muaz kaver baik. Hebak Muaz. Banyak pengalaman yang Abe Mejoh kutip bertaburan atas lantai bagaikan salji-salji.. heh
Panjang betul intro, nah tengok gambar ah..