Thanks to Azuan Penulis skrip via RubyGojes kerana sudi menjemput terbangtinggitinggi ke Teater Muzikal Gerimis Mengundang. Mekacih banyak-banyak.. muah muah~
Watak utama adalah Kamal Adli pelakon Malaysia dan Mikha Tambayong pelakon Indonesia yang sekarang glemer dengan sinetron Na na na na na nada Cinda.. haha..
Juga pelakon Singapura, Shenty Feliziana Sudirman cantik manis gebugebu yang bawa watak Yana dan Mustaqim Mohamed (Riza yang jahat nak mampus rasa nak tumbuk masa ambik gambar. grr). Dan pelakon Najwa P Ramlee, Taiyudin Apa Celup, dan juga group Shiro yang menambah perencah. Kalau tak ada penambah perencah ni tak tahu lah macam mana.
Zamani(Kamal Adli) ni boleh kata playboy juga. Pada permulaan cerita, Zamani mengorat Yana gadis yang lurus. Yana suka gila-gila dekat Zamani. Tiba-tiba datang seorang gadis yang bernama Cinta (mikha). Dan bermulah cinta, curang, persahabatan, dan of course dendam dan pengorbanan hanya kerana cinta.. awww~
Seriusly teater ni best. Dari awal sampai lah penghujung cerita memang tak bosan duduk. Lagi seronok dengan adanya lawak-lawak yang serius tak jangka, dan babak-babak yang buatkan mencarut-carut dalam hati.
Kenapalah si Yana ni bodoh lurus bendul sangat. Kenapalah si watak Riza ni jahat nak mampus. Kenapalah si Zamani ni tak menghargai perempuan.. Kenapa kenapa kenapa.. Bila dah ada rasa benci bila tengok watak-watak dalam teater ni, itu bermakna cerita ni memang menjadi. Siap ada penonton yang menangis lagi. Serius.
moh tengok gambo.. Thanks to Mohd Zaid dan Shahrul Henseng yang sudi ambik gambar.