terima kasih kepada Genting & Nuffnang kerana sudi menjemput.. Korang memang ohsem.
Gua pasti ramai yang dah pergi Genting ye dak? Kalau ikutkan ini kali ke lima trip ke Genting ni. Kali terakhir tahun lepas juga pergi atas
jemputan Genting.
Untuk trip kali ni gua agak sedih juga sebab berat sudah melebihi 75kg, maka banyak game yang tak boleh main. Bila tengok gambar tahun lepas dengan tahun ni memang tiba-tiba rasa down, gambar tahun lepas lagi kurus. arghh...
Tapi mana lah sempat nak main semua game kan? Jadi kena pilih-pilih jugak. Waktu terbaik untuk korang pergi Genting semestinya weekday. Orang tak ramai, beratur pun tak panjang. Pandai-pandai lah cari cuti
Untuk trip kali ni untuk pertama kalinya gua try untuk terbang kat Genting Sky Venture, lokasi dalam First World Plaza. Bayaran dia RM38 kalau korang ada wristband outdoor unlimited pass. Kalau takde dan saje-saje datang genting semata-mata nak main Sky Venture maka harga dia RM50. Outdoor unlimited pass RM66 + Skyventure RM38 = RM104.
Tapi thanks to Genting gua dapat free. Gyahaha~
Nak kata terbang tak juga, terapung lah ni. Mula-mula gua takut juga, tapi takkan lah mati kot bila masuk dalam ni ye dak? Paling bodo kencing dalam seluar aje, haha.. Angin ni datang dari bawah kuat nak mampus. Kalau korang kurus kering jangan risau, speed angin diaorang akan ejas sesuai dengan berat dan saiz badan.
 |
"Mejah, come to papa" |
 |
"terbang Mejah! bukak kepak tu!!", kata penyokong-penyokong dari belakang. |
 |
"uncle, jangan tengok bontot" |
 |
"bang, jangan pegang telor" |
 |
aku pun pelik kenapa muka buleh jadi jelaka gini. Cuba berusaha tutup mulut, angin kuat sangat beb.. |
Serius, korang patut pergi main Sky Venture. Best gila main angin sambil terbang terapung-apung. Heh
 |
bye Genting, tahun depan jumpa lagi. Lebiu. |