Lepas berseronok dengan air panas semula jadi, Mr Lau dari Discover Orient terus bawak ke Restoran Nasi Ayam Mama.. Tapi apa yang kami rasa best dekat restoran mama ni adalah Kari Ikan Bawal diaorang. First impression tengok macam tak menarik, tapi bila dah hirup kari tu perghhh...
Kalau korang nak ke Pangkor semesti nya singgah sini dulu untuk lunch makan Kari Ikan.
No 63, 65 Persiaran PM 3/2
Pusat Bandar Seksyen 3, 32040 Seri Manjung
tel: 013-5841960
![]() |
Ana Rafali pun join sekali Trip ke Pangkor ni.. hehe |
Lepas makan, terus ke Jeti Lumut dan naik feri. Kami pergi ketika weekdays, jadi tak ramai orang. Kalau korang nak bercuti, sila lah bercuti weekdays, selesa dan hati pun tenang aje..
comel juga Ana Rafali buat muka gini. |
akhirnya sampai ke Pangkor Island Beach Resort. Terima kasih kepada pihak hotel, layanan korang memang tip top sesuai dengan status lima bintang..
Harga bilik ni kalau tak silap RM487 untuk satu malam. Harga bilik ni bergantung kepada view lah. Ada yang jenis Garden View dan tak nampak pantai. Nasib baik dapat bilik depan pantai. Sampai masuk bilik terus tukar baju dan ajak Ruby mandi air masin.. hehe~
Lepas tengok sunset, kami makan di Daddy's Cafe. Luch tadi dekat Mama, dinner dekat Papa.. Haish, laki-bini berniaga gini lah ye, dua-dua bukak kedai, haha.. Makan sambil mengadap laut. Kalau bawak makwe sambil makan sini memang romantika betul.. Lokasi Daddy's Cafe dekat Teluk Nipah.

Hari Kedua
Bangun pagi, breakfast hotel dan terus naik bot Encik Keong, cara beliau bawak bot ni lebih hebat dari roller coaster siap drift lagi..
Untuk hari kedua, terus pergi snorkeling. Laut dekat Pulau Pangkor ni memang sangat-sangat jernih, selam kepala terus boleh nampak ikan.. Walaupun tak reti berenang, korang jangan risau, aku pun tak reti jugak. haha.. Terjun aje, penyelamat kan ramai..
Lepas round-round pulau dengan bot, kami ke tempat makan. Lepas makan mandi, lepas mandi makan lagi. Lepas tu kena kejar dengan monyet lari masuk laut. Lepas tu makan lagi.. Heaven beb.. Heaven.
Dinner, kami makan di hotel. Makanan yang paling best kat hotel ni semuanya sedap. Heh, tapi yang paling maveles ialah roti canai kari kambing. Roti canai yang paling sedap sepanjang hidup..
Mejah bersama minah salleh berbikini. |
Hari Ketiga
untuk hari ketiga, satu aje aktiviti. Kemas beg dan pergi pekan jalan-jalan beli souvenir untuk family dan orang KL. Nak lagi best jalan-jalan dalam pangkor ni korang kena lah sewa teksi van yang kaler pink tu. Harga dari RM60-100. Bergantung pada situasi.
Dan kami jalan-jalan seluruh pulau sambil pakcik driver jadi pemandu pelancong. Dia pergi explain tempat ni apa jadi, tempat ni sejarah macam mana.. Berbaloi juga untuk harga RM100 sebab dia akan pusing satu pulau. Hebat juga pakcik van kaler pink ni.. awww~
Sini boleh makan satay free, tak beli pun takpe. |
![]() | ||||||||
Bersama Yana Artis di celah-celah kehidupan pulau |
Jeti Sg Pinang Kecil, tempat hasil ikan |
Jalanraya di pekan |
Fu Lin Kong Temple |
Kota Belanda |
masih lagi di Pangkor, kami singgah makan di Restoran Ye Lin. Menyediakan makanan chinese yang super duper sedap dan semestinya halal. Satu kepala harga dia murah aje, RM20 ringgit lebih dan korang boleh makan macam-macam.. Sangat-sangat berbaloi dan ini tempat makan yang mesti korang pergi kalau ke Pangkor.
Bye bye Pangkor, nanti saya datang lagi time honeymoon okeh. |
p/s: gambar diambil oleh YanaArtis dan RubyGojes