Ketika saya tingkatan satu hingga tingkatan tiga, saya bersekolah asrama campur lelaki perempuan. Kawasan sekolah saya ni kawasan dia berbukit, dikeliling oleh kedai-kedai, perumahan dan sungai.
Jarak antara asrama lelaki dan perempuan ni dipisahkan oleh dewan makan. Takde lah besar mana pun...
Asrama kami ni tinggi tiga tingkat. Manakala dewan ditengah satu tingkat sahaja. Maka aktivi menonton perempuan boleh dikatakan seperti acara sukan harian. Nak lagi berjaya untuk skodeng, lampu koridor lelaki semuanya gelap gelita. Nak bagi orang perempuan tak nampak muka lah kalau skodeng ni.. Bijak juga, mesti kecik-kecik minum susu ibu.
dari tingkap lelaki, boleh tengok secara jelas ke dalam bilik perempuan. Nampak mata aje. |
Nak lagi berjaya upacara skodeng, ada yang sanggup bangun jam 5 pagi setiap hari. Kenapa? Nak tengok perempuan pergi jamban, kerana pe'el perempuan ni mandi lama, jadi ada antara mereka yang bangun awal untuk mandi supaya tak berebut nanti. Setiap kali pintu jamban dibuka, selama beberapa mili second itu lah peluang orang lelaki skodeng. Ya, tak sampai sesaat..
Rakan saya cerita, beliau pernah nampak orang paling lawa Fatimah tingkatan lima Jaya salin pakaian. Sampai sekarang cerita beliau skodeng Fatimah berkumandang ketika reunion sekolah.
Tak habis disitu sahaja, di surau pun orang skodeng juga.
skodeng dekat surau ni saya sendiri tak tahu siapa yang start buat aktivi durjana ni. Saya masuk tingkatan satu aje diaorang dah skodeng dah. Bukan ada orang perempuan bogel dalam surau pun, tapi ni cara untuk cuci mata tengok perempuan lawa.
Ada yang tiap-tiap malam duk skodeng, nak cari jodoh katanya. Ceh... Pernah sekali kawan saya kena cucuk mata beliau dekat sikat rambut.. Kebetulan beliau intai wanita ada betul-betul depan mata.. haha..
Tapi saya tak sekodeng lah, saya baik. Betul, sumpah pengakap
Yang masalah lelaki yang skodeng perempuan ni satu. Satu hal lagi kenapa ada sesetengah perempuan yang sengaja membiarkan diri di-sekodeng? hmmmm...
Sama la juga keadaan kalau perempuan pakai seksi kat mall tu.. Kalau saya tengok lurah mereka mencebik marah. Ish, complicated sungguh...