Terima kasih kepada pihak Brisik Restaurant kerana sudi jemput terbangtinggitinggi untuk makan-makan sempena Ramadhan nih..
Brisik ni sebenarnya satu restoren Indonesian Siamese Cuisine. Jadi makanan dia ala-ala macam kita juga, jadi takde hal kalau nak berbuka puasa kat sini. Tekak kita kan tekak kampung.. hehe~
Untuk juadah Buffet Berbuka Puasa ni, Brisik menyediakan macam-macam jenis masakan untuk orang yang nak berbuka kat sini.
untuk starter ada Rojak buah, Gadogado, tauhu bakar, Grilled Veggies, Fruit salad, Pasta salad, Fried honey chicken, Keropok dan mee goreng
Main Course 1: Ikan bakar yang korang boleh pilih : Kembungpepes / Pari / Tilapia / Bawal / Lele / Seafood
Main course 2 : Steamboat di setiap meja dengan pelbagai bahan2 makanan untuk dicelup dengan tomyam sup dan chicken soup.
Meh tengok chef chef memasak.. hehe~