Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~

Friday, September 14, 2012

Desaru Fruit Farm [Trip ke Johor]



Hari kedua Trip ke Johor,  kami ke Desaru Fruit Farm. Tapi sebelum tu breakfast dulu kat Marina Beach Resort. Makan Dim Sum pagi pagi buta.. hehe

Brader Hisyam yang memilih Dim Sum, last-last makan sikit juga. hehe


Terus ke Desaru Fruit Farm, tempat ni penuh dengan buah-buah dan tanaman herba. Jadi kalau buat lawatan untuk budak-budak sekolah ni memang mantap.











ambik, buah buah semua stok rendah rendah, leh capai dengan tangan



Kat sini penuh dengan buah buah.. Tapi ikut musim lah ye, hari tu pergi musim buah durian.. Perghh.. heaven betul rasanya. Buah-buah lain ada juga yang tak ikut musim jadi korang boleh datang bila-bila masa aje..


Buah-buahan pelik yang tak pernah nampak. Contohnya Pisang Seribu kat atas tu.. buah dia sampai bawah.. fuhhh~


Selain dapat kenal buah, korang leh ke mini zoo. Siapa tak pernah tengok itik, ayam, unta, arnab boleh aje ke sini.. hehe


Dah habis kat kebun buah.. Rasa lapar dan terus ke kedai makan. Kedai ni kat dalam Desaru Farm, Jadi menu pilihan mestilah daripada buah buah ye dak? Paling best melantak buah puas puas.. hehe




Kat Desaru Fruit Farm, korang leh pilih mana-mana pakej yang korang rasa sesuai. Nak makan buah banyak-banyak ke, nak tour dalam kebun ke, atau nak stay kat sana 3hari 2malam pun ada.

boleh checkout website Desaru Fruit Farm untuk makan buah-buah secara maksima: http://www.desaruff.com/

Desaru Fruit Farm
No. 1 Hentian Penawar,
Sg Cemaran, 81900, Desaru Kota Tinggi, Johor.
Telephone: +607 822 5886/ +607 822 3886
Fax: +607 822 4886 
Comments
13 Comments

13 comments:

::FAIZ:: said... [MEJAH JAWAB]

love durian

Fatin Farhana Binti Ramli said... [MEJAH JAWAB]

mak aih .. panjangnye pisang tu .. pelik la ..

Faizul Osman said... [MEJAH JAWAB]

walaupun sy tinggal kat kota tinggi, sy tak pernah lg pergi kat desaru fruit farm tu...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/petua-dato-aziz-satar.html

hazman aka species1980 said... [MEJAH JAWAB]

perghh...boleh makan buat sampai muntah la kat sini

SoLy SoLicious said... [MEJAH JAWAB]

waahh... bile tgk gmbr buah byk2 tu teringat lak kebun ayah kt kg..dh lame benor x p..huhuu

Zinnirah Humaira said... [MEJAH JAWAB]

Durian T______T

Adylia Qarissa said... [MEJAH JAWAB]

dkna suka durian kat pic last... nyum nyum ;p

Juno said... [MEJAH JAWAB]

Wehh takut gila tengok pisang seribu.
Tahan stok sebulan goreng pisang.

Nazrul Ashraff said... [MEJAH JAWAB]

perghhh. nikmat gila.

blog-tips-kurus said... [MEJAH JAWAB]

mohon buat discovery pasal pisang itu. 1st time tengok.. :-)

Ash Give said... [MEJAH JAWAB]

lawak pulak gambar kau loncat tu.. kambing tu pun tengoook je hahahaha

Terbang Bersamaku said... [MEJAH JAWAB]

untungnya dpt makan buah-bauhan segar dari ladang..=)
p/s: jeles nie, kt org johor pun tak pegi lgi tempat nie...uhuhu..=,="

Tauke Budu said... [MEJAH JAWAB]

mejah aku tengok mu koho sihat loni...

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...