Tajuk kalau boleh nak panjang lagi.. Haishh~
Pahang ni besor, serius besor.. Kalau setakat gi Pahang tapi jalan-jalan kat mall Kuantan tu apa lah menariknya. Tak berbaloi beb..
ni entry lepas kat Pahang,,,
SATU,
DUA,
TIGA, EMPAT, LIMA .. Sampai lima entry buat untuk Pahang, betapa banyak benda korang leh buat..
Kampung Sanggang , Pahang
Apa yang menarik kat sini adalah diaorang jadikan permainan gasing ni macam satu budaya. Ada pertandingan, ada pameran gasing, cikgu gasing, anak murid gasing, dan macam-macam lagi lah..
walaupun kecik tapi lagi terer dari aku.. huhu,
ingat gua tak reti main? Heh
Kat sini siapa takleh main diaorang akan ajar sampai leh main.. Siapa nak beli gasing jual kat KL buleh beli harga murah. RM6 aje.. Kampung Sanggang, Pahang..
***
Homestay Desa Murni, Temerloh Pahang. (Kampung Stay)
Mulanya aku pelik juga, kenapalah bawak ke homestay ni.. Bila dah datang, hambik kau, homestay ni betul-betul punya homestay. Kalau nak merasa rumah kayu lantai papan feeling zaman Hang Tuah boleh datang sini. Rumah jenis lain pun ada juga, tapi tarikan utama ofkos lah rumah tradisional kan..
Di usahakan oleh Dato' Haji Sahariman Hamdan (Presiden Persatuan Homestay Malaysia). Antara anak melayu yang berjaya dengan bisnes homestay ni.
Kampongstay Desa Murni
Kampung Ketam 1 , Kerdau.
Temerloh, Pahang.
019-9865070 ( Dato’ Hj Sahariman )
09-2847949
Durian Musang King, Karak
odw balik ke KL, singgah dulu di Karak. Pekena durian Musang King, makan puas puas. Tak layan dah durian jenis D24, D101 bila nampak durian Musang King ni.. Nak beli sendiri mahal pula, dah orang bagi makan kita makan ajo lah~
Thanks to Chew Ka Sin sebab sudi sponsor durian banyak-banyak. Nak dapat durian dengan harga borong boleh ke Kg Karak dan tanya orang kampung mana rumah Chew Ka Sin yang jual durian.
Nak kenal durian Musang King senang aje, tengok kat bontot durian tu. Dia ada bentuk bintang yang tersangat-sangat jelas.. Dan durian Musang King ni senang terbukak kat bahagian bawah dia. Jadi kalau nak beli tu hati-hati lah ye..
dah dapat makan durian Musang King mahal ni terus tak hirau kamera dah.. Lantak ah, nak makan sampai muntah.. hahahaha
suka durian yang kecik, besor besor tak best. Isi durian kecik ada satu dua je, manis berganda ganda.
Dah tamat entry Trip ke Cherating Pahang anjuran Santai Travel dengan kerjasama Tourism Malaysia. Lain kali ajak lah lagi ye.. hehehe~