Kita sambung pula cerita
Trip Ke Cherating Pahang hari tu. Untuk hari kedua Tourism Malaysia bawak kami ke
Pusat Penerangan Dan Santuari Penyu !! Kat Malaysia ni dengar kata ada empat sahaja santuari penyu ni, Perak, Terengganu, Sabah dan Pahang.
Pusat penerangan dan pengurusan penyu ini berfungsi untuk melaksanakan
program-program publisiti, menjalankan penyelidikan, penetasan dan
pengurusan penyu lah kiranya..
Jarak dari Kuantan 54km, dan kat sini korang boleh ambik pakej Tapak Perkhemahan Pusat Sanutuari Penyu Cherating (RM35 malam)
Kalau datang sini apa nak buat? Tengok penyu lah, kalau nak cari sendiri memang lah takkan jumpa ye dak? Dekat zoo pun takdak, Aquaria je sekor dua diaorang bela.. huhu~
anak penyu
Ni lah rupanya penyu.. Sebesar bantal kita buat tido tu.. Mungkin muda lagi..
Malam nya kami berpeluang melepaskan anak-anak penyu ke laut. Feeling bapak-bapak, mak-mak pun hado time ni. Saiz dia yang kecik amat memang rasa takut nak pegang. heh..
akhirnya selamat sampai ke laut..Jauh jugak dia berjalan tu..
kalau nak pergi dengan family, elok sangat lah dan tempat ni pun masuk free aje tak payah bayar..
Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating,
KM 45, Jalan Kuantan - Kemaman,
26080 Kuantan, Pahang
Tel : 09-5819087
Fax :09-5819124
penyuphg@tm.net.my