Kali ni Tourism Malaysia bawak kami ke Dataran Shahbandar pula kat Kuantan Pahang. Sambil rilek-rilek tengok orang lain lepak-lepak, depa ajak kami naik bot.. gi tengok kelip kelip
Dulu-dulu gua udah tengok kelip-kelip ni, tapi tu kat Kuala Selangor. Baru tahu kat Jeti Shahbandar Kuantan pun hado jugak rupanya..
Nak tengok kelip kelip kat Kuantan ni agak jauh juga jalan nya.. Lebih kurang 2 jam gitu lah. Sepanjang jalan boleh lah lu orang tengok tengok tepi ada rumah nelayan, ada kapal karam, ada mamat tak pakai baju, ada orang tangkap udang, ada orang kail ikan kat tepi tepi tu..
best juga pemandangan malam-malam. Yang best bawak bot guna cahaya bulan aje. haahaha~
Ni lah rupanya kelip kelip atau omputih panggil firefly. Nak ambik gambar semasa dia menyala memang tak dapat lah, kamera bukan power sangat pun. Cahaya flash nak lawan cahaya kelip kelip, memang sah tak nampak apa pun..
Tiba-tiba kelip kelip baik hati singgah kat tangan. Ambik la gambo beliau.. hehehe
Kelip kelip ni dia menyala ada dua sebab. Satu sebab nak komunikasi, satu lagi sebab nak senggama jantan betina. Yang gambar atas tu gambar kelip kelip senggama lah tu. Berlaga bontot aje dapat anak. hahaha~
Lokasi : Jeti Shahbandar Kuantan Pahang.
Waktu operasi 7.30malam setiap hari kecuali hari Rabu. Dewasa tiket RM38, budak kecik pun sama harga. LOL..