Untuk trip ni, mula-mula sekali kami ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan.
Ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada 1989. Juga ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah. Kiranya mereka jugak berperanan menangkap gajah-gajah liar dan pindahkan ke habitat mereka yang lain.
Tujuan utama of course lah untuk elak gajah-gajah ni pupus, tambah lagi, nak bagi kesedaran kat korang semua betapa pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar.. aceeee~
Masuk adalah PERCUMA bermula dari 2.00 petang,
Antara aktiviti yang korang boleh buat kat sini semestinya:
1) Menonton Video -
video ni berkenaan asal usul gajah, kenapa gajah ni kena pindah dan macam-macam lagi info best pasal gajah.
time ni bagi si Gajah makan tebu. Rupanya gajah boleh mengunyah benda-benda keras termasuklah tangan kita tu. Jadi kena lah hati-hati skit kang tersumbat tangan naya..
Gajah ni nampak dari jauh macam kulit keras, rupanya berbulu-bulu tajam beb.. haha..
Naik belakang gajah pulak rasa macam punggung kita kena urut, tambah lagi bulu-bulu gajah yang geli tu. Rasa macam ass massage pun ado... hehe
Brader Selamat Pagi Malaysia yang pakai baju petak-petak, mandi dengan mat salleh. Suka la tu kan. haha..
Tapi time ni yang mandi dengan gajah dua tiga orang aje, ramai takut air katanya.. hehe..
Apapun, Pusat Konservasi gajah Kebangsaan ni memang best untuk aktiviti riadah dengan family. Takkan lah nak duk terperap dekat rumah aje kan? Bawak aje anak-anak datang sini, masuk pun percuma beb..
*Jangan lupa buat reservation okeh, limited to 150 persons only.
Saturday, Sunday & Public Holidays only : Video Show
Weekdays & Weekends : Hand Feeding, Elephants Rides, Bathing
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah