Dah alang-alang ada kat Johor, kena lah melawat Dewan Negeri Johor ni beb.. Apa yang menarik adalah bumbung bangunan yang bentuk macam nanas. Dan bumbung tu jugak cahaya boleh masuk, kiranya mesra alam lah sebab guna cahaya matahari.. hehe~
Ni kiranya bangunan baru juga sebab bangunan lama dah tak dapat tampung jumlah bilangan Adun kawasan. Jadi alang-alang diaorang buat, terus buat besar, nanti kalau tambah Adun takde lah kena tukar tempat lagi..
****
Puteri Harbour
Dari Dewan Negeri Johor, terus ke Puteri Harbour. Puteri Harbour pun dengar kata tempat baru jugak. Akan datang gerenti jadi tumpuan pelancong jugak sebab ni boleh dikatakan tempat kapal-kapal mewah berlabuh.. hehe
Bandar Nusajaya akan datang.
Tak lama lagi akan ada macam-macam benda menarik kat Johor ni. Contohnya Legoland yang update hari tu, lagi satu akan ada indoor hotel yang ada macam-macam games untuk kanak-kanak..
Datang ke Puteri Harbour ni untuk dinner sahaja. Dan layanan, makanan diaorang memang tip top betul..
Thanks to Puteri Harbour kerana sudi belanja makan best. hewhew~
PUTERI HARBOUR
Satellite Club House,
Lot PTD 141090,
79000, Nusajaya Johor Bharu.
Tel : +607-5302122