Ketika arwah atuk gua ada lagi, beliau lah yang datang ambik gua naik moto pergi masjid. Dari lepas tadika, sampai lah darjah lima gitu beliau tak jemu-jemu bawak gua ni ke masjid.
ahli masjid rupanya si Mejah ni dulu-dulu..
T.T
Kalau yang pesen anak-anak kecik, pergi masjid semayang tarawikh adalah aktiviti yang memberangsangkan. Ya, dapat memupuk semangat cintakan agama sejak dari muda lagi. Amacam? ada pesen ustak dak buat ayat gini?
Ketika tarawikh, apa yang best untuk anak-anak kecik zaman gua dulu-dulu adalah... Selawat dan tasbih time orang tarawikh..
Yang best, budak-budak tak baca yang panjang-panjang tu.. Diaorang suka baca pendek-pendek, kuat-kuat.. haha

tibe-tibe ada budak lain dengar budak baju biru baca kuat-kuat.. Maka bermula lah...
budak-budak.. biasalah tu budak-budak.. Kalau diaorang tak baca kuat-kuat, siapa lagi yang nak baca ye dak? Semangat sikit orang tua-tua.. hehe~
Kat masjid korang camni jugak ke? Ke kampung gua aje budak-budak gini? huhu~