Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~
Saturday, August 25, 2012
Jejaka Pemalu Dalam Utusan 25 Ogos 2012
"Bangun-bangun! Bang bangun bang!", kata adik gua sambil tangan kanan pegang surat khabar Utusan hari ni..
Popular di blog, tidak di dunia realiti?
Amboi KakLyn (penulis utusan), tajuk kontroversi betul.. hehehe.. Terima kasih kepada Kak Lyn yang cantik dan masih bujang dari Utusan sebab sudi siarkan saya dalam Utusan keluaran hari ni 25 ogos 2012, dalam ruangan ".COM"... hehe
Gambar bersama Kak Lynn takde sebab malu nak bergambar dengan perempuan.. ~
Jom beli paper utusan hari ni, ~
Hari ni jugak, meh tengok TV1 Generasi Y. Jam 2 petang hari ni juga 25 ogos 2012!!!
kat tv nama sebenar, dalam utusan nama Hamzah.. fuhh, apesal suara aku jadi garau semacam je. hoho~
Selamat Raya semua!!!
Wednesday, August 22, 2012
Dapatkan Duit Raya Walaupun Hang Dah Tua Bangka
yezzzaaa~ selamat raya gua ucapkan, dan selamat pengantin baru bagi yang kawin time raya nih.. hehe~
Bagi anak-anak muda yang berumur 20-an ni, akan sampai satu ketika orang takkan bagi duit raya dah.. Lu orang pun macam, "eh, waddehel pakcik? gua student lagi beb, nak jugak duit raya!"
tapi ayat tu korang cakap dalam hati je lah, budak-budak aje yang cakap straight to the point.. ye dak? hehe
Antara sebab hang tak dapat duit raya :
1) Baju raya hang meletop sangat kalah baju Siti Nurhaliza ketika buat konsert.
![]() |
Gambar ini tiada kaitan dengan entry |
Tapi sekarang, hah.. Apa kelas baju raya mak pilih, mak tolong bayar udah ler.. Umur 20, raya pakai high heel, beg tangan lagi, tudung tu kalau boleh fesyen paling baru Radiusite, kerongsang lagi,
pastu hang datang umah gua mintak duit raya.. Buat gua terangsang adalah.. nohorom betul..
2) Muka hang terlalu matang
Ya! muka lu orang semua ni dah macam mak budak dah. Kalau yang laki tu muka macam bapak budak.. Muka takde babyface langsung.. ptuihh..
Eh, silap.. sori-sori, tak baik hina muka orang.. huhu..
Maksud gua adalah, muka hang ni makeup kalah makeup artis weh.. Bila pakcik makcik tengok hang pun diaorang tak jadi nak kasi duit raya, takde ciri-ciri keanak-anakan gamaknya.. huhu
3) Hang dah kerja, ada duit sendiri
Time raya tu, hang jangan lah duk heboh kat orang len kerja apa lu buat. Duk senyap-senyap sudah. Tapi kalau tak kabor kat orang lain nanti nampak macam loser pulak tanam anggur je pat lima tahun..
Gini lah, terima aje kenyataan.. Hang dah besor, nak duit raya pi kerja dapat gaji pi joli... Huhu~
Jadi.. Kalau hang nak jugak duit raya banyak-banyak dari orang kampung, apa yang sepatutnya lu orang buat?????
1) Pakai baju sekolah ketika beraya di rumah orang lain.
Pernah dak dengar cerita dari mak ayah, dulu-dulu depa pakai baju sekolah aje time raya. Sebab nanti dah sekolah takyah beli baju baru.. sedih wooo~
pakai je baju sekolah, pastu pergi beraya keliling kampung. Bawak beg sekolah sekali nak isi duit tu.. hehe~
Setakat ni je lah entry kali ni, penat gua tulis entry guna ebook adik gua darjah 5. Sekarang kan cuti raya, maka segala perkakas update blog seperti pc, sofware edit gambo dll semua gua tinggal kat KL nu.. wuwuwu~
Tuesday, August 21, 2012
Selamat Hari Raya
Salam,
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog TerbangTinggiTinggi.. Segala salah silap sepanjang saya blogging harap dimaafkan.
Selamat Hari Raya juga kepada orang tersayang.. =)
Tips Taknak Habiskan Duit Ketika Bulan Pose
1) Pergi ke Bazar seorang diri aje.
Ya, jangan bawak pasangan korang ke bazar ye.. Kalau husband suka membazir maka bini sila lah jangan bawak laki.. Begitu lah sebaliknya..
Bukan apa, kalau pergi berdua mula lah menggedik nak itu ini ye dak? Makan nye tidak..
2) Pergi bazar bawak duit cukup-cukup aje
Kenapa lu orang membazir ? Sebabnya mudah, lu orang ada duit lebih. Tips nya mudah aje, bawak ic dengan duit sepuluh ringgit cukup... Kad ATM, duit lima ploh, jangan bawak ke bazar ye. Kalau dah sampai kat bazar semua benda kita nak beli ye dak? tak bawak duit maka tak membazir lah.. hewhewhew~
3) Sekali sekala, berbuka lah kat masjid
Ya, orang-orang bujang macam gua ni selalu juga ke masjid. Makan free beb. Makan pun tiap-tiap hari best je.. Pahala pun dapat, pas makan terus semayang. Mohre pun hado lepas tu.. hehehe~
4) Masak sendiri kat rumah
Ya, zaman sekarang ni laki bini sama-sama kerja. Paling bodo pun gua dengar si bini masak nasik dengan air aje, lepas tu lauk beli luar. Takde, tak salah pun perbuatan tu. Ikut suka hati lu orang lah..
Tapi, nak masak lepas penat kerja ni satu hal juga. Tapi, apa kata lu orang yang dah berlaki-bini ni ceriakan sedikit waktu berbuka puasa tu.. Baru lah semangat hari-hari masak kat umah.. hehehe~
Sekian terima kasih, selamat pose semua... harharhar~
Saturday, August 18, 2012
Bantuan Untuk Rakan. #SaveJejai
Jejai, atau nama betul dia Azhar bin Ramli. Blogger www.teratakarmo.com
Jejai ni salah seorang rakan blogger yang paling awal aku jumpa. Aku jumpa Jejai kat event LG Cookie Monster. Masa tu kiranya first time aku joint event-event ni.
Event LG Cookie. Bro jejai paling kiri.. |
Dan dari pertemuan pertama tu tanpa disangka sampai sekarang berkawan dengan Bro Jejai ni.. Sedar tak sedar dah dua tahun kita berkawan bro. Tak sangka, dulu time aku budak-budak tak tahu pape pasal blogging ni, ko lah yang ajar sedikit sebanyak.
Minggu lepas, aku dapat tahu yang Bro Jejai ni sedang menghidap Lung Cancer Stage 4. Ya allah, kau ni Bro, dah sangat-sangat kritikal tu. Tapi bila aku jumpa ko kat event mana-mana ko tak cakap pun ko ni sakit. Muka ko tetap happy. Gurau ko tetap ada...
Tapi bila dah Lung Cancer Stage 4 ni, kira dah kritikal sangat ni.. Kos nak berubat pun semakin meningkat. Company yang Bro Jejai kerja tu pun dah taknak bayar dah kos perubatan Jejai ni. Dan makin hari kos berubat untuk penyakit ni makin meningkat..
Dari berita yang aku tahu dari rakan blogger lain yang rapat dengan Jejai, Jejai ni memang taknak penyakit dia orang tahu. Sampai diaorang kena berjanji takleh pecah rahsia pasal ni. Tapi bro, kawan-kawan semua sayang kat kau bro.. Sebab tu kawan-kawan sebar jugak walaupun ko marah. Kitaorang tak sampai hati tengok keadaan ko macam ni..
Sekarang ni pun dah nak Raya. Kos perubatan ko pun makin meningkat. Dan makin lama makin banyak duit yang Jejai perlukan untuk rawatan Lung Cancer Stage 4 ni..
Bro Jejai tak pernah mintak tolong, tak pernah nak mintak duit, tapi kami rakan-rakan tak sanggup dah tengok keadaan Jejai, isteri, dan anak-anak 4 orang ni makin lama makin susah. Sebab rawatan kanser ni bukannya murah weh..
Jika korang nak membantu, boleh terus transfer ke akaun Bro Jejai atau akaun isteri beliau.
Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
Maybank Acc Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman )
Bantu setakat boleh, kalau sepuluh ringgit pun sepuluh ringgit lah.. Sekarang Jejai yang sakit, mana tahu esok lusa kita pula sakit..
Hanya Allah yang menyembuhkan, tapi kita kalau berusaha lebih lawan penyakit ni, mungkin Allah akan tolong..
semoga Bro Jejai selamat.. amin..
korang juga boleh baca mengenai #saveJejai kat link-link bawah ni, niat kami hanyalah semoga Jejai selamat, tu je..
Tuesday, August 7, 2012
Kad Raya 2012 Untuk Pembaca Blog TerbangTinggiTinggi
Assalamualaikum..
yezaaa~
Kad Raya datang lagi!!!
Seperti tahun lepas, TerbangTinggiTinggi akan bagi kad raya kat korang semua! Dan seperti tahun lepas juga, kad raya ni diberi secara percuma sebagai tanda penghargaan dan juga terima kasih kat korang..
terima kasih banyak-banyak..
kalau tahun 2011 , kad raya yang diberi lebih kurang 50 keping sahaja, ramai yang bagi alamat saat akhir tapi gua sendiri tak dapat nak bagi kad raya, sebab dah habis.. maaf ye kepada tak dapat tahun lepas..
gambar kad raya tahun 2011.
Dan semestinya design Kad Raya tahun ni korang takkan dapat kat mana-mana kedai kerana dibuat khas untuk pembaca TerbangTinggiTinggi.. Design kad raya tu rahsia, penerima kad aje tahu nanti.. hehe~
Cara-cara untuk dapat Kad Raya dari TerbangTinggiTinggi ni mudah aje:
1) Like FB Kanda & Dinda di sini--> https://www.facebook.com/KandaDinda.my
2) Buat status kat Facebook korang. Dan status Facebook korang tu hendak lah ada mention/tag Kanda & Dinda fanpage dan TerbangTinggiTinggi fanpage okeh.. Status tu ikut kreativiti korang lah nak tulis apa, contohnya gini :
3) email printscreen status dan alamat surat menyurat korang ke hamzahian@gmail.com .
4) tarikh akhir hantar email adalah 9 Ogos 2012 jam 11.59 malam. Sebab minggu depan Pos Malaysia dah tak terima surat/kad untuk dihantar sebelum raya.
5) jangan risau, kad raya ada banyak.. email aje okeh, gerenti dapat punya...
6) Kalau kurang faham, leh PM dan tanya kat facebook/email/twitter.
Bak kata pepatah, Janji Ditepati.
p/s: ada sape2 nak bagi kad raya kat aku? huhu
Ramadhan Buffet di Palace of The Golden Horses
Banyak betul jemputan time bulan puasa ni.. dan banyak juga lah terpaksa tolak sebab gua pun bizi dengan kerja bazar juga.. aishh~
baidewei,
Palace of Golden Horses pun ada buat Buffet Ramadhan untuk mereka yang nak berbuka puasa kat sini, dan terima kasih kepada pihak Palace of Golden Horses kerana sudi menjemput. =)
antara blogger yang sudi hadir. Kenapa gua berbaju melayu? yang tu entry akan datang, hehe~
Dan, Palace of Golden Horses masa ni sedang host satu dinner untuk Anak Yatim dari Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Taman Baiduri.
Untuk buffet kat sini, diaorang ada dua jenis masakan. Satu masakan Utara, satu lagi masakan orang-orang Selatan.
Malaysian Appetizer & Salads: Ayam Dara Goreng Berkunyit, Serunding Ayam, Kerabu Lidah Lembu, Kerabu Udang Celon, Pecal Kampung, Acar Betik Muda, Pais Udang dan banyak lagi lah.. Yang sebut kat sini kiranya yang special dan best.. hehe~
Menu Utama : Nasi Tomato, Nasi Putih, Dalcha Tulang Rawan Kambing, Udang Kapitan, Ayam Masak Kari Berkentang, Sambal Sotong Berpetai, Sayur Campur Goreng Mamak.
Moh tengok gambar makanan, memang sangat-sangat sedap.. Lapar, apa benda pun sedap kan? hehe
cara susunan buffet ni ala-ala bazar ramadhan gitu, dari hujung hall sampai lah hujung satu lagi.. punya lah banyak makanan diaorang hidang, tak dapat nak rasa semua..
amacam? Nampak cara hidangan pun dah lawa, makan lagi lah, rasa nak makan lagi dan lagi je.. haha..
lama dah tak jumpa ciklily nih.. hai ciklily~
Harga dia lak, lebih kurang aje dengan hotel-hotel lain, yang penting layanan first class dan mantop:
RM98++ for adult,
RM68++ senior citizen (60 years and above)
RM68++ senior citizen (60 years and above)
RM48++ for child (5-12 years old)
Free for one person for every four full-paying guests.
Palace of The Golden Horses,
Jalan Kuda Emas,
Mines Resort City,
43300 Seri Kembangan
Selangor
tel: En Syukry 019-653 9701
dan semestinya halal~ hoyeah
Cinta Memerlukan Duit
Anak-anak
muda kata, kalau dah cinta, kalau dah sayang, duit tu boleh tolak tepi.
Anak-anak muda kata, duit bukan segala-galanya.
Hokaloh~
Duit bukan
segala-galanya, tapi segala-galanya memang pasti perlukan duit. Nak bercinta
pun guna duit, duit topup, duit belanja makan, duit beli kete nak suruh makwe
selesa time dating, duit minyak pula nak gi dating, Dah kalau anniversary pula
nak juga beli hadiah,
“kasih
sayang pun dah cukup”, kata seorang makwe muda
Heh~
tiba-tiba,


Come on~
Realiti
kehidupan beb.. Zaman sekarang bukan zaman Romeo Juliet dah, bukan zaman Hang
Tuah Tun Teja dah, ni zaman duit beb..
Dah untuk
orang-orang macam Abang Kurus Kering ni macam mana? Takkan lah selama-lamanya
nak forever alone kot.. hehe
Sebab itu lah
MBSB (Malaysian Building Society
Berhad) sekarang sedang menyediakan Pinjaman
Peribadi MBSB khas untuk kakitangan kerajaan, badan berkanun,
syarikat-syarikat yang ada potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)!
Kenapa MBSB ?
- Kadar payout yang tinggi berbanding koperasi dan bank lain
- Kadar keuntungan yang rendah berbanding dengan kadar pasaran
- Blacklist layak memohon
- Tidak perlu penjamin
- Tempoh yang lama hingga 20tahun
- Pesara kerajaan pun boleh memohon
- Ada insuran
- Penstrukturan hutang dan lebihan tunai di tangan
Siapa layak memohon ni?
- Kakitangan Kerajaan Pusat
- Kakitangan Kerajaan Negeri
- Kakitangan Agensi Berkanun
- askar DBKL dan swasta ( tidak boleh memohon)

Jadi..
Sila
emailkan butir-butir
- Nama
- No telefon
- Slip gaji terakhir
- Jumlah gaji bersih selepas elaun tetap
- Jumlah potongan bulanan
Dan hantar
kepada PinjamanMBSB7@gmail.com . Atau nak berhubung terus dengan
wakil berdaftar MBSB dengan sms MBSB LOAN ke 0172677369. Wakil dari MBSB akan
hubungi korang kurang dari 48jam dari masa email/sms dihantar~
=)
Subscribe to:
Posts (Atom)