Jejai, atau nama betul dia Azhar bin Ramli. Blogger www.teratakarmo.com
Jejai ni salah seorang rakan blogger yang paling awal aku jumpa. Aku jumpa Jejai kat event LG Cookie Monster. Masa tu kiranya first time aku joint event-event ni.
Event LG Cookie. Bro jejai paling kiri.. |
Dan dari pertemuan pertama tu tanpa disangka sampai sekarang berkawan dengan Bro Jejai ni.. Sedar tak sedar dah dua tahun kita berkawan bro. Tak sangka, dulu time aku budak-budak tak tahu pape pasal blogging ni, ko lah yang ajar sedikit sebanyak.
Minggu lepas, aku dapat tahu yang Bro Jejai ni sedang menghidap Lung Cancer Stage 4. Ya allah, kau ni Bro, dah sangat-sangat kritikal tu. Tapi bila aku jumpa ko kat event mana-mana ko tak cakap pun ko ni sakit. Muka ko tetap happy. Gurau ko tetap ada...
Tapi bila dah Lung Cancer Stage 4 ni, kira dah kritikal sangat ni.. Kos nak berubat pun semakin meningkat. Company yang Bro Jejai kerja tu pun dah taknak bayar dah kos perubatan Jejai ni. Dan makin hari kos berubat untuk penyakit ni makin meningkat..
Dari berita yang aku tahu dari rakan blogger lain yang rapat dengan Jejai, Jejai ni memang taknak penyakit dia orang tahu. Sampai diaorang kena berjanji takleh pecah rahsia pasal ni. Tapi bro, kawan-kawan semua sayang kat kau bro.. Sebab tu kawan-kawan sebar jugak walaupun ko marah. Kitaorang tak sampai hati tengok keadaan ko macam ni..
Sekarang ni pun dah nak Raya. Kos perubatan ko pun makin meningkat. Dan makin lama makin banyak duit yang Jejai perlukan untuk rawatan Lung Cancer Stage 4 ni..
Bro Jejai tak pernah mintak tolong, tak pernah nak mintak duit, tapi kami rakan-rakan tak sanggup dah tengok keadaan Jejai, isteri, dan anak-anak 4 orang ni makin lama makin susah. Sebab rawatan kanser ni bukannya murah weh..
Jika korang nak membantu, boleh terus transfer ke akaun Bro Jejai atau akaun isteri beliau.
Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
Maybank Acc Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman )
Bantu setakat boleh, kalau sepuluh ringgit pun sepuluh ringgit lah.. Sekarang Jejai yang sakit, mana tahu esok lusa kita pula sakit..
Hanya Allah yang menyembuhkan, tapi kita kalau berusaha lebih lawan penyakit ni, mungkin Allah akan tolong..
semoga Bro Jejai selamat.. amin..
korang juga boleh baca mengenai #saveJejai kat link-link bawah ni, niat kami hanyalah semoga Jejai selamat, tu je..