Banyak betul jemputan time bulan puasa ni.. dan banyak juga lah terpaksa tolak sebab gua pun bizi dengan kerja bazar juga.. aishh~
baidewei,
Palace of Golden Horses pun ada buat Buffet Ramadhan untuk mereka yang nak berbuka puasa kat sini, dan terima kasih kepada pihak Palace of Golden Horses kerana sudi menjemput. =)
antara blogger yang sudi hadir. Kenapa gua berbaju melayu? yang tu entry akan datang, hehe~
Dan, Palace of Golden Horses masa ni sedang host satu dinner untuk Anak Yatim dari Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Taman Baiduri.
Untuk buffet kat sini, diaorang ada dua jenis masakan. Satu masakan Utara, satu lagi masakan orang-orang Selatan.
Malaysian Appetizer & Salads: Ayam Dara Goreng Berkunyit, Serunding Ayam, Kerabu Lidah Lembu, Kerabu Udang Celon, Pecal Kampung, Acar Betik Muda, Pais Udang dan banyak lagi lah.. Yang sebut kat sini kiranya yang special dan best.. hehe~
Menu Utama : Nasi Tomato, Nasi Putih, Dalcha Tulang Rawan Kambing, Udang Kapitan, Ayam Masak Kari Berkentang, Sambal Sotong Berpetai, Sayur Campur Goreng Mamak.
Moh tengok gambar makanan, memang sangat-sangat sedap.. Lapar, apa benda pun sedap kan? hehe
cara susunan buffet ni ala-ala bazar ramadhan gitu, dari hujung hall sampai lah hujung satu lagi.. punya lah banyak makanan diaorang hidang, tak dapat nak rasa semua..
amacam? Nampak cara hidangan pun dah lawa, makan lagi lah, rasa nak makan lagi dan lagi je.. haha..
lama dah tak jumpa ciklily nih.. hai
ciklily~
Harga dia lak, lebih kurang aje dengan hotel-hotel lain, yang penting layanan first class dan mantop:
RM98++ for adult,
RM68++ senior citizen (60 years and above)
RM48++ for child (5-12 years old)
Free for one person for every four full-paying guests.
Palace of The Golden Horses,
Jalan Kuda Emas,
Mines Resort City,
43300 Seri Kembangan
Selangor
tel: En Syukry 019-653 9701
dan semestinya halal~ hoyeah