Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~
Pada cuti semester ini gua dan juga seorang rakan pergi berjalan-jalan di Pantai Batu Burok, Terengganu. Ketika gua berada disana, tiba-tiba gua ternampak ramai peniaga layang-layang. Tanpa berpikir empat kali, gua terus keluarkan duit dan membeli layang-layang tersebut.
Ketika gua sedang asyik bermain layang-layang tanpa menghiraukan tanggapan orang ramai, tiba-tiba secara magiknya ada seorang gadis seksi berjalan berlenggang-lenggang dihadapan gua. Agak terkesima sekejap gua ketika itu kerana awek itu pakai baju singlet aje nampak ketiak, tudung pun tak pakai. Dah la baju beliau ada gambar kartun. Baju gambar kartun memang sejak azali lagi feveret gua ni. Perghh..
Tengok baju beliau ni, siap ada tulisan "beach baby" lagi. Dah nama perempuan kan, nak pergi jalan kat pantai pun kena ada pakaian seragam dia..
Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Peribahasa ini kalau letak dalam karangan ketika darjah enam dulu boleh dapat markah lebih.
Tiba-tiba..
Tiba-tiba sahaja awek seksi tu pergi berlari ke arah pantai yang berombak kuat. Takut juga gua ketika itu, dah la gua ni berenang pun tenggelam timbul. Tanpa berpikir empat kali, gua terus menjadi hero dan terus selamatkan keadaan.
"Hei! Mung buat nape tu ke anok orang!", tiba-tiba gua dengar suara jerkahan dari belakang. Bunyi nyaring dia kalah suara Ziana Zain.
"Saya nok selamatkan budak ni aje", gua berkata-kata agak gagap.
"Selamatkan korok mung, dia nok main air je, mung dok nampok aku ade sini?", kata perempuan itu lagi.
Selepas menjelaskan keadaan sebenar, barulah mereka tahu bahawa gua bukannya lelaki Pedo. Gua cuma lelaki yang berniat baik sahaja. Rupanya awek seksi itu anak saudara mereka, suwit betei kejadian ini.
Tanpa buang masa yang sudah banyak terbuang ini, gua cepat-cepat keluarkan henpon gua dari kocek. Bak kata orang tua-tua kalau terlambat maka melepas lah. Kalau melepas menangis dengan irama lagu pun tiada gunanya lagi.
Hampir-hampir sahaja gua melompat kegembiraan selepas mendapat nombor talipon. Nasib baik gua dapat mengawal emosi cinta ini dan tidak melompat, kalau tidak kemaluan lah nanti.
Sekian sahaja cerita rekaan gua pada kali ini, tata, i lebiu ol~
Dari Kuala Gandah, kitaorang pergi ke Tanjung Lumpur pulak.. Bila diaorang cakap nak makan seafood, dalam kepala dah duk mikir makan udang, sotong, ikan, ketam..
Dan kedai ni pun duk tepi laut. Sepoi-sepoi bahasa gitu..
Restoran Ana Ikan Bakar ni boleh kata lain dari yang lain.. Dengan sos, ikan, layanan, dan jugak tempat makan tu sendiri.. Tradisional beb. Lagipun ni masakan orang Pantai Timur, memang serius memikat perut.
Menu utama kat Restoran Ana Ikan Bakar ni semestinya Ikan Bakar Petai, Sotong Goreng Tepung, Tom Yam, Kailan Ikan Masin, Lala Masam Manis, Kerabu Mangga, dan juga Sata..
Lama dah tak jumpa sata..
ikan sekor ni dia belah dua, letak rempah-rempah termasuk petai, pastu bakar. Cicah dengan sos istemewa khas dari Ana Ikan Bakar.
boleh makan sambil duduk sila. Tradisional..
Harga berpatutan. Buat gathering dengan family pun best juga kan ..
Ana Ikan Bakar Petai
Pantai Selera,
Tanjung Lumpur,
Kuantan
Tel: 019-987 8155 (Haji Baharin), 013-9989175 (Fairuz)
GPS Coordinates: N3 47.898, E103 20.388
Untuk yang duk area Bangi, Ana Ikan Bakar Cawangan Bangi pun hadooo... Cuma tak se-original Tanjung Lumpur lah. Lokasi Bandar Baru Bangi, sebelah Balai Bomba Baru Bangi
Terima kasih pihak Ana Ikan Bakar kerana sudi sponsor makan malam.. Memang sedap, sungguh dop nipu.
Hari kedua Trip ke Johor, kami ke Desaru Fruit Farm. Tapi sebelum tu breakfast dulu kat Marina Beach Resort. Makan Dim Sum pagi pagi buta.. hehe
Brader Hisyam yang memilih Dim Sum, last-last makan sikit juga. hehe
Terus ke Desaru Fruit Farm, tempat ni penuh dengan buah-buah dan tanaman herba. Jadi kalau buat lawatan untuk budak-budak sekolah ni memang mantap.
ambik, buah buah semua stok rendah rendah, leh capai dengan tangan
Kat sini penuh dengan buah buah.. Tapi ikut musim lah ye, hari tu pergi musim buah durian.. Perghh.. heaven betul rasanya. Buah-buah lain ada juga yang tak ikut musim jadi korang boleh datang bila-bila masa aje..
Buah-buahan pelik yang tak pernah nampak. Contohnya Pisang Seribu kat atas tu.. buah dia sampai bawah.. fuhhh~
Selain dapat kenal buah, korang leh ke mini zoo. Siapa tak pernah tengok itik, ayam, unta, arnab boleh aje ke sini.. hehe
Dah habis kat kebun buah.. Rasa lapar dan terus ke kedai makan. Kedai ni kat dalam Desaru Farm, Jadi menu pilihan mestilah daripada buah buah ye dak? Paling best melantak buah puas puas.. hehe
Kat Desaru Fruit Farm, korang leh pilih mana-mana pakej yang korang rasa sesuai. Nak makan buah banyak-banyak ke, nak tour dalam kebun ke, atau nak stay kat sana 3hari 2malam pun ada.
boleh checkout website Desaru Fruit Farm untuk makan buah-buah secara maksima: http://www.desaruff.com/
Abe Mejoh pun pandai buat cupcake juga, muka aje ganas tapi tangan gua ni lembut semacam bila hias cupcake.. fuhh~
Yang sebenarnya sempena sambutan kemerdekaan Malaysia ni, CELCOM sedang adakan satu contest untuk membuat cupcake. Cupcake contest ni bermula dari 30August-23September 2012.
Dan semua rakyat Malaysia boleh join contest ni tak kira lah kat mana korang duk.. Kenapa semua orang boleh join? Sebab peserta kena buat cupcake kemudian upload kat facebook Celcom yang ni.. https://www.facebook.com/cupcakeschallenge .
55 peserta yang paling banyak like akan ke Grand Finale untuk buat balik cupcake diaorang tu depan pengadil.. hehe~
Jadi...
Nak join contest ni punya pasal, gua pun pergilah ke Kelas Membuat Cupcake hosted by Lu Soo Chee , resident cake artist in The Cooking House!!! woohoooo~
thanks to yanayassin.blogspot.com kerana sudi jadi photographer bidan terjun..
kaver perut lepas raya.. =)
Meh sini nak ajar skit cara buat cupcake.. Rupanya senang aje nyah~ Cuma campak aje bahan-bahan pastu kacau-kacau guna tangan pastu siap.. lulz
Cara buat cupcake versi terbangtinggitinggi
1) Letak butter dalam mangkuk, lepas tu campur gula.. Kacau guna senduk ye, guna tangan aje lah sebab bukan banyak sangat buat..
Kacau hingga sekata ye makcik makcik semua..
sambil kacau butter dengan gula boleh lah korang ambil gambar dulu.. kat depan gua tu nama beliau Rozanna Kau Gadis Idamanku.. Nama glemer Rokzeng, haha
2) Pastu, errr... rasanya masukkan Plain Flour dan Baking Powder... Kacau lagi ye makcik makcik, kena guna tenaga jantan sikit lah, patut lah makcik buat kuih yang tepi jalan tu body taf je.. huhu
tengok tangan ciklily.. taf sebab kacau menda alah ni la..
3) Masukkan telor sebijik pastu kacau, pastu masuk satu bijik lagi. Kacau slow-slow kang nanti terpercik..
Cikgu Cupcake, Lu Soo Chee.
4) eh... essence vanilla masuk bila?
5) Pastu tunggu cikgu datang masukkan susu.. satu sudu aje susu ye, tapi meja sebelah cikgu masukkan dua sudu.. huhu~
6) Kacau-kacau lagi .. Biar lembut-lembut tekstur tu..
boleh la ambik gambar lagi ye.. harharhar
7) Dah siap kacau dalam 10minit gitu, ambik cup dan letak menda alah ni.. Letak separuh cup aje, nanti dia mengembang penuh la cup.
8) Masukkan dalam oven selama 13 minit, lepas tu pi lah jalan-jalan ambik gambar dulu.. haha
9) Dah siap bakar cupcake.. woohoooooooo!!!!
10) Then, boleh la buuat aising kat atas cupcake .. benda ni paling cerewet skit, memerlukan tangan yang lemah lembut gerak gemalai.. Kalau dah terer macam gua ni, guna aje dua tangan.. Cepat skit siap..
Akhirnya siap juga cupcake buatan tangan aku sendiri.. *bangga bangga, kembang idung
Fuhh... bukan senang rupanya nak buat kuih cupcake nih.. Makan sekali telan aje, tapi nak buat berejam juga rupanya..
Kenapa gua semangat sangat nak buat cupcake ni???
Sebab Contest Celcom Cupcake ni hadiah dia bernilai RM100 000 !!!!!!! Sape taknak hadiah wooooooooooiii~~~~~
Cara nak masuk contest ni senang aje, buat cupcake rekaan kreatif korang bercirikan kemerdekaan lepas tu upload kat facebook celcom ni : https://www.facebook.com/cupcakeschallenge
hantar sebelum tarikh tutup 23 Sept 2012... 55 peserta jumlah like tertinggi akan ke Grand Finale dan buat cupcake kat depan juri..
dan
Celcom akan bagi free cupcake pada 16 Sept 2012, lokasi cupcake free ni korang boleh check out facebook page cupcakechallenge okeh..
Tanpa cakap banyak gua terus
straight to the point lah, ok? Hehe..
hari kedua kembara Selangor,
Mula-mula breakfast dulu dekat hotel Concorde, dah nama
breakfast dekat hotel takkan nak makan roti canai ye dak? Mesti lah makan benda
yang jarang makan time breakfast.
Telor, sosej, daging nipis dengan air jus. Kurus la gua kalau hari-hari makan macam ni.. Western lah sangat kan? Tak sampai
2jam perut dah lapar balik.. hahaha…
view dari Hotel Corncorde, Shah Alam
Tak puas lagi tidur hotel dah kena gerak. Bangun pula jam
7pagi. Kira awal lah tu bagi student macam gua nih.. haha..
Oh, semalam lupa nak mention, sebenarnya FAM Tour ni bukan
blogger sahaja yang join, media , TGA , Travel Agent dan juga orang yang
berkaitan dengan pelancongan ni join juga. Dapat lah juga merasa berkawan
dengan geng travel agency. Kepada travel agency, kalau nak pergi oversea ajak
lah blog terbangtinggitinggi ye.. hehe
Nah gambar travel agensi, saje nak kipas korang. Nah kipas, nah
aircond..
Mana tadi? Oh ya, breakfast gaya mat salleh. Lepas aje
breakfast kami geng-geng bajet pelancong dari Nepal terus dibawa ke Hulu
Selangor!!! Secara spesifiknya Teratak Riverview untuk 4x4 Adventures. Teratak
riverview ni memang sesuai untuk aktiviti khemah, teroka hutan ke, mandi
sungai, kalau korang ni cikgu-cikgu sekolah boleh ajak anak murid buat aktivit kat sini. Asrama
pun hadooo..
Sampai dekat hulu selangor dalam jam 10.30pagi. Terus aje
kami pilih naik kereta abang paling hensem yang ada kat situ. Driver mestilah ada
beb, bukan kami bawak sendiri kereta besar ni, kau gila nak drive sendiri?
Haha..
Halangan pertama, kena cross sungai. Serius dekat sini ambil
masa 2 3 jam dah sebab banyak gila kereta yang sangkut. Malam sebelumnya hujan lebat, jadi air naik paras tengkuk. Nak tarik pula
tiba-tiba tali yang berat dekat dobloh kilo tu putus.. perghh…
Masa nak daki bukit, dia ada jalan yang dikorek yang muat-muat
aje sebijik kereta. Lepas tu kereta tu stuck kat situ. Nak keluar sumpah tak
boleh sebab kiri kanan ada tanah. Debar gila beb. Serius berdebar gila. Gua bercerita gempak gila, tapi hakikatnya gua tengok aje driver-driver ni tarik kereta.. hahaa..
Dah sampai checkpoint pertama dalam pukul 1. Terus geng-geng
pelancong bajet dari nepal melantak makan nasik, gila lama duk dalam kereta
goyang-goyang.. haha..
Sementara menunggu kereta-kereta lain yang tersangkut dalam
kubur tu, gua keluar dari kereta kejap. Dalam banyak-banyak geng, gua seorang
saja yang pakai selipar jepun. Maka kaki pun terus masuk lumpur paras lutut.
Haram jadah betei.. Menyesal keluar kereta… grrrr…
Akhirnya sampai juga ke lubuk Kawah. Jalan jauh-jauh naik
kereta 4x4 semata-mata nak mandi air terjun? Takde lah, mandi
air terjun tu sampingan sahaja sambil rehat-rehat. Yang utama adalah 4x4 tu
lah.. hehe..
Lepas mandi, tiba-tiba ada kereta rosak lagi. huahahaha, bajet gua cuak lah.. Tapi
disebabkan brader-brader ni semua terer, diaorang terus buat emergency welding
nak baiki bahagian bawah kereta yang dah patah. Akhirnya dengan kuasa bulan
kereta tu pun jadi ok. Mejik lah sangat..
Dari pukul 11pagi sampai la dekat pukul 10malam baru la
aktiviti 4x4 ni habis dengan selamatnya. Nasib baik tak ada siapa yang mati
terbalik. Perasaan naik 4x4 ni lebih kurang naik roller coaster jugak lah. Tapi
kalau roller coaster kita dapat naik dua tiga minit aje. Yang 4x4 ni berjam-jam
lamanya. Kalau nak buat aktiviti 4x4, satu kepala dalam RM500 untuk 2hari
1malam masuk hutan. Amacam? Ada bran?
suara yang gelak kuat tu pakcik driver, harap maklong..
2nd
Checkpoint, Kalumpang Resort & Training Centre
Hoyeah… boleh tidur chalet. Hoho…
Lepas habis sahaja aktiviti 4x4 ni, diaorang bawak kami ke
Kalumpang Resort untuk bermalam. Kalumpang Resort sebenarnya dibina didalam
dusun buah-buahan! Dan kebetulan time ni musim durian woi!!! Pokok durian kiri
kanan ada, tepi bilik pun ado.. Tapi buah durian diaorang punya staff dah
rembat dulu.. arghhhh…
Rambutan, manggis, durian, alah, buah-buah yang dalam dusun
lah. Boss besar Kalumpang Resort ni cakap, kalau nak makan ambik aje dari pokok
tu. Kalau ada buah lah. Tapi dah nama pun penat, ada perempuan bogel duk tepi
pun gua takkan layan punya. haha
Oh ya, ada juga khidmat mengurut kat sini.. RM50 untuk satu
jam. hehehe…
Bilik yang gua tidur ni kos dia dalam RM200 lebih gitu.
Mesti korang rasa macam mahal gila kan? Bayaran dia termasuk lah aktiviti kat
dalam kalumpang resort ni, main air, masuk dusun, dan macam-macam lagi.
Aktiviti bukan korang buat sendiri tapi adalah staff diaorang yang akan jadi
instructor, jadi takde lah datang resort kemudian lost tak tahu nak buat apa.