Kini anda boleh komen pada blog ini menggunakan facebook! Cuma klik pada tajuk entry dan scroll ke bawah untuk tinggalkan komen menggunakan profile facebook korang! wooohooo~

Tuesday, October 23, 2012

Perempuan Pinang Lelaki ..


Rilek beb, rilek.. Memang tajuk agak pelik, "perempuan meminang lelaki". Sebab apa pelik? Sebab amat jarang berlaku dalam masyarakat majmuk di negara kita ni..

perghhh ayat intro, macam 30 minit Ustak Don pula.. haha..



Baidewei, ehem...




1) Perempuan kalau dia nak meminang, kena pinang lelaki macam mana?

Bukan senang perempuan nak meminang lelaki ni. Alang-alang pergi meminang lelaki, cari lah lelaki yang super. Yang beragama + baik tingkah laku + kaya + hensem + muda + single +dan macam2 jenis lagi benda super


Takkan lah perempuan meminang lelaki semata-mata sebab minat kat pesen lelaki rempit pulak kan.. Tak berbaloi beb.. Serius tak berbaloi tebalkan muka pergi pinang orang laki.. Kalau pesen laki macam tu tak payah pinang takpe kan? heh..







2) Kenapa perempuan nak meminang lelaki?

Macam gua cakap kat atas tadi, alang-alang kau meminang lelaki, mesti lah nak lelaki yang super terus. Setakat mat rempit tak payah pergi meminang diaorang pun takpe.. haha~


Dan Lelaki Super ni susah nak cari. Susah betul nak jumpa ye dak?

Bila dah jumpa Lelaki Super ni korang kena lah cepat-cepat dapatkan beliau. Kang nanti dikebas orang pula. Benda rare mesti ramai yang nak betul tak? hehe~


gambar adalah imaginasi penulis sahaja.




3) Bila dah jumpa Lelaki Super tu, apa yang saya perlu buang Bang Mejah?

haaaaa..

Bila dah jumpa lelaki yang serba serbi elok, takkan nak pergi pinang terus ye dak?


Mula-mula hang sebagai perempuan harus lah ada cermin. Tujuan gua cakap gini awal-awal sebab nak suruh korang pergi cermin diri sendiri dulu. Macam si jantan nak meminang si makwe lah. Kena cermin diri sendiri dulu jugak..

Tengok diri kita sendiri dulu, kain yang dipakai cukup ke tidak. Bila time solat adakah selalu tipu member cakap hang ni sedang period walhal hang memang takdak darah pun.

Senang cerita, tengok diri sendiri dulu.. Takkan lah kau ni kerja penari tiang lepas tu nak pergi meminang Ustaz Don pulak kan? Gerenti lah si Ustak rejek terus ye dak? Beliau pun nak jodoh yang elok juga..






4 ) Okay, gua dah paham bang Mejah, tapiiiii nanti apa pulak orang kata? perigi cari timba?

Lul...


Cuba bayangkan.. Hang ni pergi pinang Lelaki Super, lepas tu Lelaki Super pulak terima pinangan korang tu. Sebab apa dia terima? Mesti lah sebab dia rasa hang ni Perempuan Super juga..

Ingat orang terima bulat-bulat ke? Mesti lah dia check dulu..

Kalau orang kata hang ni perigi cari timba, lantak lah beb.. Dah kau dapat kawin dengan Lelaki Super kot..

Susah tu nak cari..





5) Itupun kalau Lelaki tu terima gua, kalau dia rejek pinangan gua camne? Malu wehh, mana nak letak muka gua ni. Dah la perigi cari timba.. Timba pulak tak suka kat perigi.. wuwuwwuwu


mari dengar satu cerita..

Dulu-dulu, Umar pernah tawarkan anak perempuan beliau kepada Usman.. Tapi si Usman pula menolak pinangan dari pihak Umar..

Umar tak patah semangat. Beliau nak juga anak perempuan beliau kahwin dengan orang baik-baik. Maka Umar tawarkan anak perempuannya kepada Abu Bakar.

Pun Abu Bakar menolak juga..


Tiba-tiba ada lelaki yang lagi baik dari Usman, lagi hensem dari Abu Bakar tahu pasal perkara ni.. Lelaki Super tu pun meminang anak gadis Umar untuk dirinya sendiri..

Dan Lelaki Super tu adalah Rasulullah kita.. =)

***


Kalau si lelaki tu menolak pinangan korang, jangan risau beb. Mungkin Tuhan nak bagi lelaki yang lebih baik kepada korang..



sekian, tenkiu sebab baca.. haha~





p/s : Lelaki Super ini tiada kaitan dengan blog Super Hamzah

p/s : entry ni dibuat atas perminataan seorang pembaca blog terbangtinggitinggi sejak bulan puasa lagi.. Moga dapat membantu.. woohooo


Comments
25 Comments

25 comments:

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said... [MEJAH JAWAB]

alamak da kawen la plak.. kalo xkawen mau aku pinang oltromen..huahua

-MsGoodNite- said... [MEJAH JAWAB]

Logik..

Maria Menado~ said... [MEJAH JAWAB]

awesome. saya try. kehkeh.

citah bukan mazid said... [MEJAH JAWAB]

usman dan abu bakar xnak kahwin dgn anak umar sebab diorang rasa diorang yg tak layak dgn anak umar..anak umar terlalu baik utk diorang..

just tambah ape yg pernah aku baca.. itu aje.
:)

hani said... [MEJAH JAWAB]

aah...
lambat la tips ini dikeluarkan utk aku abam mejah..

kalo tak musti aku dh gi minang amzah eh, silap! lelaki super tu. er.. faizal usin mungkin? errr lagi..

Anonymous said... [MEJAH JAWAB]

Ape slhnye pompuan menari tiang nk kt ustaz... Bgus ape.. Sepatutnya ustaz terima, sbb boleh didik wanita itu kejln yg benar

dear yayah said... [MEJAH JAWAB]

wah, mmg best entri ini.. sy suka :)

Baiz Mamat said... [MEJAH JAWAB]

hahahha lawok2..perigi cari timba..

Unknown said... [MEJAH JAWAB]

ok..nak pinang abam sebelah rumahla..hehehe

Liyana Anuar said... [MEJAH JAWAB]

untuk wanita2 single sahaja okay~ :p

fatian athiea said... [MEJAH JAWAB]


memang membantu!
makin lama makin matang entry kau mejah.
keep it up!


sejuk hati aku bila kau relate dengan cerita2 Rasul..
sangat logik dengan setiap persoalan & jawapan!

Hans Hanis said... [MEJAH JAWAB]

hahahah
betul2

Unknown said... [MEJAH JAWAB]

wow.. super hensem entry ni..

bia perigi cari timba... jgn jd perigi buta..

Honestly, nour. said... [MEJAH JAWAB]

Boleh jadikan panduan ni.Hahaha :D

Geng Borak said... [MEJAH JAWAB]

gambar nombor 3 tu macam hampesss... wakakakakakaa

Ain Norainsyah said... [MEJAH JAWAB]

Mejah takde orang masuk minang ke.:P

Unknown said... [MEJAH JAWAB]

sama la birth date kta..hehe..jom sggah blog sy! :D suka blog encik oltromen :p

syakirahmn said... [MEJAH JAWAB]

hahahaha.

okeyy. sekarang jugak aku pegi meminang! haha

blog-tips-kurus said... [MEJAH JAWAB]

tazkirah yg bagus.. tahniah ya! :-)

MissNadia said... [MEJAH JAWAB]

beraninya dia pinang lelaki.. at last dapat juga lelaki pilihan hati, yang baik.. first time baca cerita ni

Anonymous said... [MEJAH JAWAB]

terbaiklah ustaz mejah..

Anonymous said... [MEJAH JAWAB]

blog ayam, lembu, oltromen mcm dah lesu semuanya..buat la entry baru, asik repost je.pastu kat fb pun wall penuh bisness je.watla pasge bisness sndiri.kami nak tgok oltromen beraksi.bukan patung baju.

wisata bakti alam said... [MEJAH JAWAB]

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

aswadz said... [MEJAH JAWAB]

tak salah pun perigi cari timba.

Mashe said... [MEJAH JAWAB]

gua sokong ni.

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...